''Dia Parking Van Depan Rumah & Turun Nak Ambil Raudhah!'' Ibu Kongsi Detik Hitam Cubaan Menculik

Kes culik boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuklah kawasan rumah. Seperti kisah menggerunkan yang terjadi oleh ibu ini perlu dijadikan iktibar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Golongan kanak-kanak bawah usia 12 tahun antara yang paling ramai menjadi sasaran dalam kes culik di Malaysia. Biarpun ibu ayah sudah berhati-hati, namun kejadian ini boleh berlaku di luar jangkaan kerana taktik licik yang digunakan oleh para penjenayah.

Tiada siapa menginginkan perkara sebegini berlaku terhadap anak mahupun ahli keluarga sendiri. Ada antara mangsa yang pulang dalam keadaan selamat dan ada juga sampai sekarang masih tidak ditemui.

Kes culik hampir berlaku di hadapan rumah

credit to sources

Menurut perkongsian seorang ibu di laman Facebook miliknya, Ruby La Ressa, dia menceritakan bagaimana kejadian cubaan menculik anak perempuannya beberapa hari yang lalu.

Semalam dalam lebih kurang pukul 12.15 tengah hari, aku menyapu dalam rumah dan depan pintu rumah dan menyedari ada sebuah van jenis Vannet berwarna kelabu. Pemandunya adalah seorang lelaki memakai topi serta baju berkolar warna oren.

Dia pandu dengan perlahan sangat di hadapan rumah. Aku hanya fikir mungkin dia mencari alamat rumah untuk menghantar barang. Jadi aku biarkannya sahaja dan sambung menyapu semula sehinggalah ke bahagian dapur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Van tadi pun telah berlalu pergi setelah usha rumah aku (ini yang aku perasan ya). Bila berada di dapur, Aleesya dan Raudhah turun dari tingkat atas rumah. Kemudian Aleesya ke dapur bagitahu aku, ”Mama, orang memang suka parking depan rumah kita kan?”

Aku pun intai dari tingkap dapur, aku tengok van tadi telah parking betul-betul di hadapan rumah aku. Jadinya aku tidak sedap hati dan perhatikan gerak lelaki berkenaan.

Masa itu juga aku nampak dia melambai-lambai macam memanggil seseorang, aku pelik dia panggil siapa pula?

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam masa yang sama aku langsung tidak terfikirkan Raudhah. Apabila aku anjak badan ke belakang sedikit, Pam!!! Aku nampak Raudhah sudah kat depan (porch) seorang diri sebab dia keluar nak ambil tuala mandi.

Apabila aku pandang van itu semula, aku tengok lelaki tadi sudah pun keluar dan turun dari van!! Aku menjerit sekuat hati ”Adik!!!!! Masuk!!!!!!”

Raudhah terkejut sampai tualanya juga terjatuh. Aku dari dapur berlari ke depan. Bila lelaki tu nampak aku berlari, dia terus melarikan diri dengan masuk van dan memecut selaju yang mungkin.

Kau bayangkan sampai tayar van dia boleh bergesel dengan pasir depan rumah. Memang lajulah dia tekan pedal minyak. Kalau aku leka dekat dapur, Allah tak dapat untuk aku bayangkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pagar depan rumah sememangnya sudah berkunci. Tetapi pagarnya rendah. Orang tu pun boleh lepas kalau dia panjat. Selepas kejadian berkenaan, aku terus buat laporan polis. 

Kejadian berlaku di Seksyen 18, Shah Alam, Selangor. Aku berharap sangat korang pantau pergerakan anak-anak lebih-lebih lagi sekarang ini musim cuti sekolah. Van dia tidak buruk, masih cantik lagi.

credit to sources

Kami sudah pun pasang CCTV dekat rumah. Apa yang patut kami buat, kami usahakan untuk keselamatan anak-anak dari kes culik. Semoga Allah melindungi anak-anak kita semua. Amin.

Tips pencegahan anak-anak menjadi mangsa culik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Pastikan komunikasi terbuka antara ibu ayah dan anak-anak

Maklumkan kepada anak-anak tentang semua maklumat penting. Mereka perlu mengingati nombor telefon anda, nombor rumah dan alamat. Sekiranya terjadi apa-apa perkara tidak diingini, lebih mudah untuk mereka meminta tolong.

#2. Ajar mereka untuk menjauhkan diri daripada orang tidak dikenali

Ia mungkin kedengaran sangat mudah, namun agak sukar untuk anak melaksanakannya. Jika seseorang yang tidak dikenali menawarkan apa-apa kepada anak-anak, mereka perlu bertanyakan pada ibu ayah terlebih dahulu. Akan tetapi jika anda tiada di rumah, adalah lebih baik mereka tidak menerimanya sama sekali.

#3. Kepantasan dan menjerit sebagai perisai

Sekiranya seseorang mengejar anak atau memaksa mereka masuk ke dalam kenderaaan, tindak balas yang terbaik adalah menjerit, bertindak dengan cepat untuk menyerang dan melarikan diri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan syarat, penjenayah tidak memiliki sebarang senjata berbahaya. Adalah lebih baik juga anda mengajarkan anak-anak tentang seni mempertahankan diri seawal usia mereka.

Sumber: Ruby La Ressa, Alaf21

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Google image

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.compekerja-asing