X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Kes Pembunuhan Kejam, 2 Beradik Mangsa Amuk Dikelar Semasa Tidur!

15 Jan, 2019
Kes Pembunuhan Kejam, 2 Beradik Mangsa Amuk Dikelar Semasa Tidur!

“Saya dah tiga hari tak sedap hati. Rasa macam berat nak tinggal anak-anak sendirian rupanya ini kejadian yang akan berlaku."

Baru-baru ini, berlaku kes pembunuhan kejam di Malaysia di mana seorang lelaki telah membunuh 2 kanak-kanak yang masing-masing berusia setahun manakala kakaknya, 4 tahun.

Pasangan adik-beradik tersebut telah dikelar oleh suspek yang dikatakan mengamuk ketika semua orang sedang tidur, menyebabkan kedua-dua kanak-kanak tersebut meninggal dunia di tempat kejadian.

Kes pembunuhan kejam ini berlaku di Kampung Tengah, Jalan Kuala Sungai Yan, Kedah.

Kes Pembunuhan Kejam: Lelaki Amuk dan Bunuh 2 Kanak-Kanak

kes pembunuhan kejam, kes amuk, tips keselamatan, keselamatan diri, keselamatan rumah, mona fendy, canny ong, pembunuhan kanak-kanak, pembunuhan ngeri, 2 adik beradik dikelar, adik beradik dibunuh

Sumber: Kosmo

Kejadian berlaku jam 11.45pm apabila ibu mangsa Noorhasyelawati Yusoff, 37, terdengar suspek memanggil suaminya yang kebetulan tidak berada di rumah ketika itu.

Dia yang pada ketika itu berada di bilik bawah bersama 2 anaknya yang sedang tidur, manakala anak sulungnya, 7 tahun, tidur di bilik bersebelahan.

“Saya keluar dan ternampak suspek melibas abang ipar, Soberi Saad, 50, pada kiri muka sebelum suspek meluru ke arah saya dan cuba menikam perut, namun gagal kerana terlindung langsir.” 

Noorhasyelawati terus keluar dari rumah dan meminta pertolongan dari ibu saudaranya di rumah bersebelahan. Semasa itulah, suspek meluru ke bilik di mana anak-anaknya sedang tidur dan membunuh dua mangsa yang tidak bersalah itu.

“Saya berlari untuk melihat keadaan anak sebelum menemui mereka sudah kaku. Anak saya yang masih kecil dikelar pada leher. Saya tidak boleh angkat mereka kerana terlalu banyak darah di atas tilam,”

Perlakuan suspek sangat kejam! Nurul Hanim ditemui dengan kesan tetak pada belakang badan manakala adiknya, Muhammad Hafiz, ditemui dalam keadaan lehernya dikelar! Kedua-duanya juga mengalami kecederaan di kepala.

Kes Pembunuhan Kejam: Suspek Disahkan Positif Ganja

kes pembunuhan kejam, kes amuk, tips keselamatan, keselamatan diri, keselamatan rumah, mona fendy, canny ong, pembunuhan kanak-kanak, pembunuhan ngeri, 2 adik beradik dikelar, adik beradik dibunuh

Sumber: Kosmo

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid, berkata hasil ujian air kencing yang dijalankan ke atas suspek yang berusia 49 tahun mendapati dia positif dadah jenis ganja. 

Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui punca sebenar mengapa dia bertindak mengelar kedua-dua mangsa sehingga maut. Suspek kini direman selama 7 hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Tips Keselamatan Diri: Utamakan Keselamatan Walaupun Anda Berada Dalam Rumah

kes pembunuhan kejam, kes amuk, tips keselamatan, keselamatan diri, keselamatan rumah, mona fendy, canny ong, pembunuhan kanak-kanak, pembunuhan ngeri, 2 adik beradik dikelar, adik beradik dibunuh

Menurut bapa saudara mangsa, selepas dia dilibas dengan parang, dia bergegas mendapatkan bantuan dan tidak menyangka sama sekali suspek akan masuk ke rumah dan seterusnya ke bilik di mana kanak-kanak itu sedang tidur.

Apakah yang kita boleh lakukan sekiranya rumah berisiko dimasuki orang luar?

Berikut merupakan beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan risiko serangan dari orang yang tidak dikenali:

  • Kunci pintu rumah sepanjang masa, walaupun pada waktu siang.
  • Simpan barang-barang berharga di tempat yang tidak terdedah untuk mengelak rumah menjadi tumpuan.
  • Pastikan anda membawa telefon bimbit ketika berjumpa tetamu dan letakkan nombor telefon kecemasan di ‘speed dial‘.
  • Pastikan anda tidak membuka kunci pintu grill sekiranya anda tidak mengenali tetamu yang datang.
  • Ketika berbual dengan tetamu yang tidak dikenali, jarakkan badan anda dari pintu bagi mengelakkan risiko diserang melalui pintu grill.
  • Sekiranya tetamu datang ke rumah pada waktu rawak, contohnya pada tengah malam, jangan benarkan tetamu masuk. Ini kerana pada waktu tersebut (waktu tidur), risiko lebih tinggi kerana sukar bagi anda mendapatkan bantuan jiran.
  • Pastikan seluruh ahli keluarga mengetahui jalan keluar selain pintu utama, sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.
  • Pastikan anda tahu di mana kedudukan sebarang objek yang boleh dijadikan senjata. Ingat, hanya anda sebagai tuan rumah yang tahu di mana barangan dalam rumah anda berada.

Tips Keselamatan Rumah: Bagi Yang Beragama Islam

Bagi yang beragama Islam, berikut adalah sedikit perkongsian untuk diamalkan bagi mengelakkan rumah dimasuki pencuri atau orang asing:

Selepas rumah anda telah dikunci dengan rapi, letakkan tapak tangan kanan ke pintu atau dinding rumah dan bacalah ayat-ayat doa seperti berikut:

  1. Mengucap dua kalimah syahadah.. (1x)
  2. Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.. (3x)
  3. Baca Ayatul Kursi.. (1x)
  4. Baca Surah Yasin ayat ke-9.. (1x) “Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun” Yang Bermaksud : “Dan KAMI adakan dihadapan mereka dinding-dinding dan dibelakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat”.
  • Lafazkan “Bismillahitawakkaltu’Alallah” ; “La haulawala khuwata illabillah ‘ill ‘Aliyil ‘Aziim”

Diharap perkongsian ini bermanfaat.  Semoga keluarga mangsa mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Sumber: Kosmo/Sinar Harian/Metro

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

Kes kanak-kanak lemas – Jangan jadi mangsa!

Stories Rakan Kongsi
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Dibelenggu Masalah Kulit Kering dan Gatal? Sapukan Losyen Ini Untuk Kelegaan Serta Merta
Dibelenggu Masalah Kulit Kering dan Gatal? Sapukan Losyen Ini Untuk Kelegaan Serta Merta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
How to Improve the Appearance of a C-Section Scar Quickly
How to Improve the Appearance of a C-Section Scar Quickly

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

Disunting oleh:

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Kes Pembunuhan Kejam, 2 Beradik Mangsa Amuk Dikelar Semasa Tidur!
Kongsikan:
  • Akibat Berang Minta Cerai, Suami Bunuh, Kerat & Buang Badan Isteri Dalam Hutan Kini Direman Polis

    Akibat Berang Minta Cerai, Suami Bunuh, Kerat & Buang Badan Isteri Dalam Hutan Kini Direman Polis

  • Rumah Dipenuhi Lumuran Darah, Lelaki Nekad Tikam Diri Selepas Bunuh Isteri & Anak

    Rumah Dipenuhi Lumuran Darah, Lelaki Nekad Tikam Diri Selepas Bunuh Isteri & Anak

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Akibat Berang Minta Cerai, Suami Bunuh, Kerat & Buang Badan Isteri Dalam Hutan Kini Direman Polis

    Akibat Berang Minta Cerai, Suami Bunuh, Kerat & Buang Badan Isteri Dalam Hutan Kini Direman Polis

  • Rumah Dipenuhi Lumuran Darah, Lelaki Nekad Tikam Diri Selepas Bunuh Isteri & Anak

    Rumah Dipenuhi Lumuran Darah, Lelaki Nekad Tikam Diri Selepas Bunuh Isteri & Anak

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.