''Saya Sedih Adik Masih Kecil, Kenapa Orang Itu Tembak Mami,'' Anak Sulung Wanita Hamil Ditembak

Kes tembak seorang ibu hamil 7 bulan telah mencetuskan hiba orang ramai. Lebih menyedihkan lagi arwah meninggalkan tiga orang anak masih kecil

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu mengandung 7 bulan maut ditembak, ‘tinggalkan’ tiga anak-anak kehilangan kasih sayang. Itu tragedi sedih menimpa seorang wanita yang meninggal dunia 4 Jun lalu apabila terlibat dalam kes tembak.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Kes tembak wanita hamil, kes tembakan di perut mangsa
  • “Sekarang saya dah tiada mami” – anak arwah

Wanita berusia 26 tahun itu ditemukan orang awam sekitar jam 4 petang sebelum dimaklumkan kepada pihak polis.

Kes tembak: kesan tembakan di perut wanita hamil

Laporan berita Astro Awani menyebut, dia bekerja sebagai peniaga telah ditemuii terbaring di tempat duduk pemandu. Pemeriksaan polis kemudian mendapati, terdapat kesan tembakan di bahagian kiri perut mangsa.

Selain itu, turut ditemukan satu kelongsong peluru pada bahagian kaki tempat duduk penumpang belakang sebelah pemandu. Kejadian berlaku di tepi jalan di Kampung Repek di Kelantan.

Susulan itu, seorang buruh telah ditahan reman lima hari oleh Mahkamah Majistret Tumpat, Kelantan bagi membantu siasatan terhadap kematian wanita itu.

“Sekarang saya dah tiada mami”- anak arwah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan


Sementara itu, laporan berita Harian Metro pula menyebut, wanita itu dikenali sebagai Farrah Emirah Mazlan yang juga ibu kepada tiga anak.

Memetik temu bual anak sulung arwah, Mohamad Mustaqim Darwish Mustafa, 10, dalam laporan itu, dia meluahkan rasa sayang terhadap ibunya selain sedih atas kehilangan wanita itu.

“Sekarang saya dah tiada mami (ibu), saya sangat sedih lagi pun adik masih kecil.

“Saya tak tahu kenapa ‘orang itu’ boleh tembak mami yang sangat saya sayang, lagipun mami orang baik,” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah, kanak-kanak itu memberitahu, dia hanya mengetahui ibunya meninggal dunia selepas dibawa ke lokasi kejadian.

“Saya lihat ibu kaku di sebalik tingkap kereta.

“Kali terakhir kami berjumpa Jumaat malam lalu sebelum mami keluar, malah saya sempat mengirim nasi goreng untuk dimakan jika dia pulang, namun tidak kesampaian,” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kami di sini mendoakan semoga anak-anak arwah dan keluarganya diberikan kekuatan agar terus tabah menghadapi ujian ini.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: ”Ibu Masak Nasi Je, Lauk Belum Lagi, Lepas Tu Dia Mati,” Kisah Sedih Anak Saksikan Ibu Meninggal Dunia

Baca juga: Adik Meninggal Dunia Pagi 1 Syawal Ketika Beli Ais, Kakak Masih Simpan Tudung Terakhir Arwah

Baca juga: Ibu Telah Meninggal Dunia, Kanak-Kanak Ini Sudah Pandai Memasak & Jaga Adik-Adiknya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan