Seorang duda dipercayai bunuh diri sendiri dengan menembak kepala sendiri menggunakan sepucuk pistol dalam kejadian di Butterworth, Pulau Pinang.
Kejadian disedari bapanya yang menemui mayat mangsa dalam bilik air di kediaman keluarga itu pada awal pagi.
Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor mengesahkan pemeriksaan polis di lokasi kejadian mendapati ada lubang pada sebelah kiri kepala mangsa dipercayai kesan tembakan.
Bunuh diri, tembak kepala sendiri
Mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.
Menurut polis, mangsa difahamkan sudah berpisah dengan isterinya dan tidak mempunyai zuriat. Dia juga pernah dibawa ibu bapanya ke India tiga tahun lalu untuk rawatan psikiatri.
Ibu mangsa memaklumkan, menurut pakar psikiatri lelaki berkenaan memang ada kecenderungan untuk membunuh diri selain hanya menerima rawatan sekali saja dan tiada rawatan susulan selepas itu.
Semakan pihak polis juga mendapati mangsa mempunyai tiga rekod jenayah narkotik.
Kenali 7 simptom ingin membunuh diri
Menurut Inventori Kecenderungan Bunuh Diri (IKBD) oleh Hong Kok San dan Dr Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, ada dua jenis idea bunuh diri iaitu idea bunuh diri pasif dan idea bunuh diri aktif.
#1. Idea bunuh diri pasif
Orang yang terfikir mahu membunuh diri biasanya akan mula-mula terasa diri dan hidupnya tidak berbaloi, diri tidak berguna dan mempunyai perasaan dan tanggapan bahawa orang di sekelilingnya akan gembira jika tiada tiada dan meninggal dunia.
Ada kemungkinan mereka ini berharap dan berdoa ketika tidur supaya mereka tidak bangun keesokan harinya. Jika ada daripada rakan akan yang begini, tolong jangan ambil mudah. Atau jika anda sendiri alami tolong jangan buat tak tahu. Segera rujuk kepada yang pakar.
#2. Idea bunuh diri aktif
Jenis idea bunuh diri ini lebih bahaya yang mana wujudnya niat yang perancangan teliti untuk menamatkan riwayat diri sendiri. Perasaan itu boleh jadi mahu terjun bangunan, gantung diri, terjun dari tempat tinggi, lemaskan diri dalam air. Jika ada perasaan begini, elok anda dapatkan bantuan.
Bagaimana berdepan, atasi rasa nak bunuh diri?
Anda tidak keseorangan. Bukan anda sorang saja yang pernah ada rasa nak bunuh diri. Ada orang lain yang juga pernah mempunyai perasaan seperti anda. Tetapi bagaimana mereka mengatasinya supaya ia tidak melarat. Itu yang paling penting.
Rasa ingin bunuh diri bukannya masalah perwatakan, dan ia tidak bermaksud anda gila, atau lemah. Ia hanya bermaksud anda menanggung lebih banyak kesakitan sehingga tidak mampu mengatasinya sekarang.
Ada kemungkinan kesakitan yang anda rasakan ini mungkin nampak tiada penghujung, tetapi dengan masa dan sokongan, anda mampu untuk mengatasi kesakitan berkenaan dan perasaan itu akan hilang.
Bagaimana jika masih terus rasa nak bunuh diri?
1.Hubungi Befrienders
Jika orang yang anda percaya tidak memahami anda, cuba cari orang lain dan hubungi helpline krisis bunuh diri seperti Befrienders 0376272929.
2.Bercakap dengan orang yang dipercayai
Cuba bercakap dengan seseorang yang lebih dipercayai dan lebih baik jika bersemuka. Walaupun anda rasa tidak diterima, minta bantuan rakan baik untuk meluangkan masa untuk anda atau hubungi helpline krisis bunuh diri dan luahkan perasaan.
Buat perancangan keselamatan. Bina langkah atau prosedur operasi standart (SOP) yang boleh anda ikut sekiranya anda mengalami krisis bunuh diri. Nombor telefon doktor dan ahli terapi serta ahli keluarga perlu disertakan untuk membantu anda semasa kecemasan.
3. Bina jadual harian untuk diri sendiri
Anda perlu ada jadual harian untuk diri sendiri yang wajib anda patuhi. Cuba ikut rutin harian sebaik mungkin supaya anda ada jadual untuk anda dipatuhi.
Luangkan masa untuk perkara-perkara yang membuatkan anda gembira. Walaupun pada masa sekarang tiada apa-apa boleh buat anda gembira, paksa diri anda untuk lakukan aktiviti yang anda pernah suka.
4. Keluar di bawah sinaran matahari
Keluar dibawah sinaran matahari sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Sumber cahaya matahari bukan sahaja bermanfaat untuk tumbuhan dan haiwan, malah manusia sendiri memerlukan cahaya matahari untuk hidup.
Cahaya matahari mempunyai vitamin D yang sangat bagus untuk kulit. Inilah yang menjadi punca kenapa ramai warga kulit putih datang ke negara-negara asia. Ya, untuk mendapatkan vitamin D secara percuma.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: hmetro, orangkata, majalahkesihatan
Baca juga:
Ibu Dalam Pantang Cuba Bunuh Diri, Sebab Itu Peranan Suami Amat Penting Ketika Ini
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!