Kes Zulfarhan Osman Mencuri Tumpuan Media, Ini Kronologi Pembunuhan KEJAM Yang Menggemparkan Itu

Dua tahun bukanlah satu tempoh yang pendek untuk kita menanti satu keputusan bagi membela kematian Zulfarhan Osman yang telah didera hingga terbunuh oleh rakan-rakannya sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hampir dua tahun kita menantikan sebuah keputusan dalam menghakimi Kes Zulfarhan Osman iaitu Pegawai Kadet Laut yang telah didera dan dibunuh oleh 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Semua suspek akhirnya diperintah membela diri.

Hakim Datuk Azman Abdullah memutuskan perkara tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie diakhir kes pendakwaan.

Dalam kes Zulfarhan ini, hanya seorang tertuduh dibebaskan mutlak iaitu Muhammad Akmal Akif Alias, 23 dilepaskan tanpa dipanggil membela diri bagi pertuduhan mencederakan Zulfarhan.

Kes Zulfarhan - 18 penuntut diarah membela diri 

Dalam pada itu, Datuk Azman turut memerintahkan lima tertuduh iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri membela diri atas pertuduhan membunuh Zulfarhan.

Sementara itu, Abdoul Hakeem Mohd Ali juga diperintah membela diri atas pertuduhan bersubahat membunuh mangsa.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bersama-sama dengan mereka juga ialah  12 penuntut lain yang turut diarah membela diri di atas pertuduhan menyebabkan cedera pada tubuh mangsa selepas memaksanya mengaku mencuri laptop.

12 daripada mereka itu dibicarakan di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang memperuntukan penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika disabit kesalahan.

Kesemua tertuduh didakwa membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan Asrama Jebat di UPNM. Kejadian berlaku sekitar jam 4.45 pagi dan 5.45 pagi pada 22 Mei 2017.

Kronologi kes bunuh Zulfarhan Osman 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

13 Mei 2017 : Mangsa dipukul kali pertama di Bangunan Jebat Asrama UPNM selepas disyaki mencuri laptop rakannya.

20 Mei 2017: Mangsa dipanggil sekumpulan pelajar ke bilik 4-10 Bangunan Jebat Asrama tersebut pada jam 3 pagi untuk disoal siasat. Mangsa menafikan tuduhan itu tapi tetap dibelasah antara 20 ke 30 pelajar menggunakan seterika wap, tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju.

27 Mei 2017: Mangsa yang lemah di bawa ke klinik swasta di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Selepas diberi rawatan mangsa dibenarkan pulang.

31 Mei 2017: Setelah itu, mangsa dibawa ke Kondominium Tingkat 25 Blok B Centrium Residences Bangi untuk berehat oleh dua suspek utama. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1 Jun 2017: Mangsa meninggal dunia pada jam 9.10 malam di kondominium tersebut sebelum pengawal keselamatan maklumkan pada polis. Kemudian mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk mengesahkan kematiannya.

14 Jun 2017: 19 orang penuntut UPNM dipercayai terlibat dalam kes ini namun tidak mengaku bersalah. Enam daripada mereka dituduh membunuh dan bersubahat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mendapat hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

8 Julai 2019 : Mahkamah menetapkan 31 Julai untuk keputusan

31 Julai 2019 : Semua mereka diperintah membela diri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di bawah Seksyen 302kk dan Seksyen 330kk. Manakala salah seorang tertuduh dibebaskan secara mutlak tanpa perlu membela diri.

2 Oktober 2019 : Semua OKT perlu membela diri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Harian Metro , Gempak.com, Selongkar

Baca juga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan