Azaria Chamberlain ialah seorang bayi perempuan yang telah dilahirkan pada 11 Julai 1980 dan kemudiannya meninggal pada 17 Ogos 1980.
Durasi dan kronologi kes kematian Azaria amat tragis dan penuh dengan kontroversi hingga ianya mengambil masa 32 tahun untuk terungkai.
Namun, apakah yang menyebabkan misteri ini mengambil masa selama puluhan tahun untuk selesai? Ikuti kronologi misteri kematian Azaria Chamberlain.
Ianya bermula dengan ibu bapa Azaria, Lindy dan Michael Chamberlain membuat keputusan untuk bercuti berdekatan Uluru di bahagian utara Australia.
Tempat ini juga dikenali sebagai Ayers Rocks yang dipenuhi dengan batu pasir yang suci buat orang asli Australia. Dan ia juga merupakan antara formasi batu yang menakjubkan di dunia.
Foto ehsan abc.net.au
Semasa di Ayers Rocks, ibu bapa Azaria telah meletakkan kereta mereka berhampiran dengan kawasan berkhemah.
Mereka telah meninggalkan Azaria bersendirian untuk seketika, namun apabila mereka kembali, Azaria telah tiada.
Sesuatu atau seseorang telah mengambilnya dan mereka yakin seekor dingo telah memasuki khemah mereka dan mengambil Azaria.
Malangnya, Lindy dan Michael tidak mempunyai bukti yang serangan tersebut telah berlaku. Pihak berkuasa telah dihubungi dan mereka terus mencari Azaria.
Kemudian mereka telah menemui mayat Azaria di dalam mulut seekor dingo yang lapar dan marah. Mereka hanya bergelut sekali untuk mengambil semula mayat Azaria dari dingo itu di mana mereka menyedari sesuatu yang pelik.
Foto ehsan consumer.fairfaxsyndication.com
Laporan bedah siasat menunjukan yang punca kematian adalah berkemungkinan dari serangan dingo.
Ianya sudah tentu menepati cerita pihak pasangan Chamberlain dan penemuan mayat Azaria dari seekor dingo. Malangnya, ia tidak dapat menyangkal keraguan sama ada benarkan punca kematian adalah dari seekor dingo.
Pihak polis dan pendakwaraya bahagian utara tidak puas hati dengan penemuan ini, dan meneruskan siasatan.
Gambar sinaran ungu baju bayi itu, sedikit darah dari khemah dan kesan luka di leher telah membawa kepada satu konklusi, Azaria Chamberlain kemungkinan meninggal dunia akibat dikelar.
Apabila berita mengenai konklusi ini tersebar, para wartawan terus berpaling tadah dengan ibu bapa yang sedang bersedih itu. Pihak media telah mewujudkan khabar angin tentang apa yang mungkin sebenarnya terjadi.
Disebabkan ini, pelbagai jenis khabar angin, lawak yang menyedihkan termasuk kartun mengenai tragedi ini muncul. Yang paling teruk menjadi sasaran ialah Lindy yang perilakunya dikatakan tidak menunjukkan seperti ibu sedang bersedih.
Apabila pihak berkuasa memulakan siasatan terhadap pasangan Chamberlains, pelbagai teori liar mula muncul.
Pihak akhbar telah membesarkan tentang agama keluarga Chamberlains, ‘Seventh-day Adventist’ yang agak asing di kawasan mereka.
Terdapat teori yang mengatakan gereja tersebut sebenarnya menjadikan aktiviti mengorbankan bayi sebagai salah satu amalan.
Malah ia kelihatan pelik apabila keluarga itu membawa bayi yang baru lahir berjalan di padang pasir.
Keadaan menjadi semakin hangat apabila ada yang membuat dakwaan bahawa Lindy adalah ahli sihir. Malah pihak polis mendapat maklumat dari pemberi yang tidak diketahui, maksud nama Azaria ialah ‘korban kepada padang gurun”.
Pihak polis mendapat lebih dari cukup bukti untuk membawa pasangan Chamberlains ke mahkamah.
Pihak polis telah mendakwa Lindy yang telah mengelar leher Azaria di tempat duduk hadapan kereta keluarga mereka sebelum menyorokkan mayat bayi itu di dalam bekas kamera yang besar.
Lindy kembali ke tapak perkhemahan di mana dia membuatkan keadaan kelihatan seperti seekor dingo telah memasuki khemah mereka dan mengambil Azaria.
Dakwaan diteruskan dengan Lindy membuang mayat bayinya dalam diam apabila semua orang keluar mencari Azaria.
Lindy tahu yang dingo akan datang dan mencari mayat Azaria. Azaria dan suaminya semakin hari semakin kelihatan bersalah di dalam kes paling umum di dalam sejarah Australia.
Semasa Lindy disoal mengenai baju yang dipakai oleh Azaria pada hari kejadian, dia menyebut tentang jaket kecil di atas baju bayi itu.
Jaket tersebut tidak dijumpai pada mayat Azaria, menyebabkan pihak juri memikirkan yang Lindy berbohong. Bukan sahaja itu, baju tanpa lengan Azaria juga dipakaikan terbalik dan Lindy bersumpah yang itu adalah kerana dia sedang tergesa-gesa.
Foto ehsan dailymail.co.uk
Lindy telah didakwa atas tuduhan membunuh dan pada 29 Oktober 1982, dia telah diberikan hukuman penjara seumur hidup. Suaminya, Michael juga didapati bersalah. Walaubagaimanapun, perjalanan cerita ini belum berakhir.
Pada tahun 1986, seorang pelancong dari England, David Brett jatuh dan meninggal dunia semasa melawat Ayers Rocks.
Lapan hari kemudian, pihak polis menemui mayatnya terbaring di sarang dingo. Semasa mengambil mayatnya, pihak polis terjumpa sesuatu yang pelik; jaket bayi yang terkoyak.
Rupa-rupanya, jaket itulah bukti yang hilang. Ia menolak dua perkara dari pendakwaan dan menunjukkan tuduhan perbicaraan sebelum ini berat sebelah.
Kes ini dibawa ke hakim baru yang menggunakan tempoh dua tahun untuk membincangkan kesahihan bukti awal dan tertuduh.
Pada 15 September 1988, Lindy dan Michael telah dibebaskan dari tuduhan yang dibuat. Mahkamah Jenayah Wilayah Utara telah membuktikan yang mereka tidak bertanggungjawab atas kematian anak mereka.
Pasangan Chamberlains telah terlalu sengsara bertahun lamanya, bukan sekadar di dalam perbicaraan dan penjara, malah di tempat awam. Ramai kawan, jiran dan warga Australia dan dunia masih percaya yang mereka adalah pembunuh anak mereka dan penipu.
Dua tahun selepas dibebaskan, mereka ditawarkan 1.3 juta dolar sebagai pampasan salah dipenjarakan yang dapat membayar hanya satu per tiga dari perbelanjaan guaman mereka.
Pada tahun 2012, iaitu 32 tahun selepas kematian Azaria, punca kematian Azaria telah diumumkan secar rasmi. Hasil bedah siasat semula untuk dibandingkan dengan bukti yang baru ditemui menunjukan Azaria mati akibat serangan dingo yang tidak dijangka.
Sejak kisah ini muncul pada tahun 1980, pelbagai buku telah diterbitkan mengenai kes ini. Ia juga telah dibuat menjadi filem televisyen, siri mini, teater, opera dan konsep album. Ia juga digunakan sebagai rujukan bagi watak Elaine di dalam sitkom Seinfeld.
Ini adalah misteri yang amat tragis buat mangsa dan keluarga mangsa. 32 tahun untuk nama dibersihkan, setelah banyak wang dan masa dihabiskan. Nasib baik, akhirnya kebenaran dapat didedahkan.
Keselamatan bercuti bersama bayi
Berikutan kejadian ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi tentang keselamatan bercuti bersama bayi.
Bercuti memang sesuatu yang sangat mengujakan, apatah lagi jika bersama ahli keluarga yang baru.
Namun, sebagai bayi yang masih belum tahu berbuat apa-apa, pelbagai langkah keselamatan yang kita boleh ambil.
1. Tempat duduk kereta kanak-kanak (carseat)
Tidak kiralah sama ada ianya dekat ataupun jauh, pastikan anda menggunakan tempat duduk kereta kanak-kanak yang bersesuaian dengan umur mereka.
Ini adalah langkah yang amat penting bagi memastikan keselamatan bayi anda disepanjang perjalanan.
2. Berada di pandangan anda
Pastikan bayi anda sentiasa berada di dalam pandangan anda. Jika di dalam kereta, gunakan cermin khas yang membolehkan anda melihatnya.
Jangan biarkan bayi anda tanpa pengawasan kerana kita tidak tahu apa yang boleh terjadi kepada mereka.
3. Kawasan bersesuaian
Tempat bercuti juga memainkan peranan dalam memastikan keselamatan bayi anda. Ini kerana bayi yang baru lahir sangat sensitif.
Elakkan pergi ke tempat bercuaca ekstrem dan jika ingin melakukan aktiviti lasak, tinggalkan bayi anda dengan seseorang yang boleh menjaganya.
4. Kerap periksa
Bayi yang baru lahir masih belum pandai berinteraksi, adalah penting untuk anda sentiasa memeriksa keadaan mereka. Lebih-lebih lagi jika sedang berjalan jauh. Pastikan mereka di dalam keadaan yang selesa.
5. Barangan di sekeliling
Semasa meletakkan bayi anda, pastikan tiada barangan yang boleh menyebabkan hazad di sekeliling bayi anda.
Contohnya, wayar elektrik yang boleh menjadi punca renjatan, kain atau selimut yang boleh menyebabkan lemas atau alatan tajam seperti pisau dan gunting yang boleh menyebabkan kecederaan.
Berjaga-jaga sebelum menyesal
Kita tidak boleh menjangkakan apa yang boleh terjadi kepada bayi kita. Kerana mereka masih sangat muda untuk melindungi diri mereka sendiri.
Setiap perkara yang seakan tidak bahaya pada kita adalah besar kemungkinan bahaya pada dia.
Malah, setiap saat mereka tiada di pandangan kita juga adalah risiko kerana mereka belum pandai berkomunikasi.
Ia mungkin kedengaran seperti paranoia namun, berhati-hati lebih baik daripada rasa menyesal kemudian nanti. Apakah tips keselamatan ketika bercuti dengan bayi yang anda praktikkan?
Sumber: lifedaily
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!