Suami, Check Ada Tak 7 Kesalahan Ini Anda Pernah Buat Hingga Isteri Sedih & Berjauh Hati

Kesalahan suami ini memang nampak remeh, tapi jika tidak dibendung, ia boleh menjadi kerosakan dalam rumah tangga!

Dalam tak sedar, 6 kesalahan suami terhadap istri ini sering anda terlepas pandang sekaligus merosakkan perkahwinan kalian dan kadang-kadang ia terjadi berulang kali!

Namun percayalah, jika kesalahan suami terhadap istri ini mula dikenali, sudah tentu ia membawa perubahan besar kepada pasangan yang sebenarnya boleh jadi lebih baik dari sebelumnya.

Walaupun 6 kesalahan ini nampak macam “kesalahan kecil” namun jika tidak dibendung dari awal ia boleh menyebabkan kepincangan dalam keluarga hingga merutuhkan hubungan yang dibina!

Oleh itu, usaha dan perbetulkan semula kesalahan anda itu supaya dapat menyelamatkan perkahwinan kalian untuk masa yang mendatang.

Kata ahli psikologi Gloria Vanderhorst, perasaan negatif yang tidak ditangani boleh membawa kepada masalah fizikal dan psikologi kerana tekanan berkembang dalam setiap hubungan atas pelbagai sebab yang berbeza.

Ketika pasangan cuba untuk berbaik tekanan ini mencetuskan kebimbangan dan kemurungan. Berikut adalah beberapa kesilapan suami terhadap istri yang selalu anda buat tanpa disedari.

6 Kesalahan Suami Terhadap Istri 

Kesalahan suami terhadap isteri #1. Tidak menunjukkan empati 

Menurut ahli psikologi, Albert Maslow perasaan empati merupakan keupayaan untuk mengenali dan berkongsi perasaan dengan orang lain. Ia adalah bahagian paling penting dalam hubungan suami isteri.

Lelaki perlu tahu wanita mahu perasaan mereka difahami dan berkongsi rasa yang sama kerana jika tidak diendahkan, wanita mudah kecewa dan bersedih.

Kesalahan suami terhadap isteri #2. Suka berbelanja secara melulu

Lelaki suka sangat membuat perbelanjaan besar contohnya seperti membeli kereta tanpa terlebih dahulu berunding dengan isteri, kerana bagi suami dia berhak membuat sebarang keputusan untuk dirinya tanpa perlu bertanyakan pada isteri.

Padahal, dalam institusi kekeluargaan kesepakatan adalah sangat penting.

Kesalahan suami terhadap isteri #3. Pentingkan diri dari sudut seksual

Dalam bilik tidur, sesetengah lelaki lupa atau tidak tahu yang isteri mereka perlukan belaian lebih banyak daripada yang mereka lakukan.

Kata Maslow, ia merupakan asas untuk isteri terangsang, tetapi suami sering kali tidak menyedari ini. Sebab wanita memang suka keadaan yang lebih terangsang sebelum melakukan hubungan seks yang lebih intim.

Kesalahan suami terhadap isteri #4. Mendengar dengan cara yang salah

Suami kena faham, apabila isteri memberitahu ada sesuatu yang mengganggunya, sebenarnya dia inginkan buah fikiran daripada anda.

Bukannya sekadar mendengar dan hanya melepaskan keputusan kepada dirinya seorang.

Tetapi anda perlu fahami dan menunjukkan minat dengan apa yang diterangkan isteri itu barulah dia rasa gembira.

Kesalahan suami terhadap isteri #5. Selalu sembunyikan perasaan

Ramai lelaki suka menyembunyikan perasaan mereka untuk tidak dilihat sebagai seorang yang lemah.

Mereka juga jarang berkongsi emosi dengan isteri dan lebih suka memendamnya seorang diri tanpa pengetahuan isteri. Ini yang boleh menimbulkan salah faham antara suami isteri.

Kesalahan suami terhadap isteri #6. Merasa diri terlalu berkuasa 

Apabila memegang gelaran ketua keluarga, maka bagi lelaki segala keputusan terletak di tangannya sendiri tanpa campur tangan isteri. Inilah kesilapan suami terhadap istri yang paling ketara hingga membuatkan isteri tersinggung dan berjauh hati.

Kesimpulannya cuba ubah mentaliti dan sikap negatif ini supaya hubungan yang baik bersama isteri dapat dipupuk sehingga ke akhir hayat.

Semoga bermanfaat dan jangan lupa  follow facebook page kami di theAsianparent Malaysia. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Baituljannah

Sumber: Webmd 

Baca juga:

https://my.theasianparent.comtanggungjawab-isteri/