Baru umur dua tahun dah hisap 40 batang rokok sehari! Dahsyatnya budak ini!

lead image

Mengejutkan betul bila melihat kanak-kanak yang baru berusia dua tahun sudah ketagih merokok. Kesan merokok hingga tak boleh tidur!

Satu hari, lebih kurang 40 batang rokok yang dihisap dan kesan merokok menyebabkan dia memerlukan sekurang-kurangnya satu sedutan rokok sebelum tidur!

Jika ibu bapanya tak mahu memenuhi kehendaknya, dia akan mengamuk (tantrum) sehingga mereka mengalah.

Ini adalah kisah RAP, seorang perokok tegar dan merupakan salah seorang yang menghadapi masalah epidemik tembakau di Indonesia walaupun baru berusia 2 tahun.

“Anak saya sudah biasa menghisap rokok sambil minum kopi dan makan kek. Jika saya tak beri rokok, anak saya akan mengamuk”, ujar ibu kepada anak ini.

Kesan merokok: Kanak-kanak 2 tahun ketagih rokok menimbulkan kebimbangan!

Baru sebulan setengah semenjak RAP (nama panggilan) mengamalkan tabiat merbahaya ini. Dia mula terjebak dengan rokok selepas dia mengutip puntung rokok dari jalan raya.

“Ia bermula dengan mengutip punting rokok di jalanan dan kini dia merokok,” Ibunya, Maryati berkata.

child akesan merokok, bahaya merokok, kanak-kanak merokok, kesan rokok pada anak, anak merokok, halang anak merokok, bahaya rokok, ddicted to smoking

Ibu bapa anak kecil ini kini bercadang untuk menghantar anak mereka ke pusat pemulihan. Apa yang mengejutkan, bapanya Misbahudin hanya merokok sekali-sekala saja.

Ini bukan pertama kali seorang budak ketagih merokok yang mendapat perhatian dunia.

Pada tahun 2010, Aldi-Rizal dari Indonesia juga berusia dua tahun telah menggemparkan masyarakat kerana seperti RAP, dia juga menghisap lebih kurang 40 batang rokok sehari!

kesan merokok, bahaya merokok, kanak-kanak merokok, kesan rokok pada anak, anak merokok, halang anak merokok, bahaya rokok,

Inilah Aldi Rizal pada tahun 2010.

Nasib baik kisah ini mempunyai pengakhiran yang baik. Hari ini selepas bertahun-tahun di pusat pemulihan, Aldi telah berjaya berhenti merokok.

“Saya lebih gembira sekarang dan rasa bertenaga. Badan saya rasa segar,” kata Aldi baru-baru ini.

Aldi menyesal dengan tabiatnya yang lama, “saya tak mahu merokok lagi. Saya tak nak sakit. Tolong jangan merokok. Jangan cuba. Susah nak berhenti.”

Pada ramai orang, anak ketagih untuk merokok mungkin sangat merepek dan merupakan kesan dari penjagaan ibu bapa yang teruk. Tapi sebab sebenarnya adalah lebih mengejutkan!

Menurut WHO, lebih kurang 200,000 penduduk Indonesia mempunyai penyakit yang berkaitan dengan merokok setiap tahun.

Indonesia juga mempunyai peratus tertinggi perokok lelaki di dunia dan salah satu kadar tertinggi bilangan perokok kanak-kanak dan remaja. Masalah ini adalah disebabkan oleh pengaruh kawan-kawan, harga rokok yang murah dan kurang pengawalan terhadap iklan.

Kesan merokok dan bahaya merokok kepada kanak-kanak

Kanak-kanak biasanya terjebak untuk merokok dari pengaruh kawan-kawan dan pendedahan kepada perokok. Kadang-kadang mereka hendak nampak “cool” dan ganas seperti di dalam filem.

Sebelum mereka sedar, ia telah pun menjadi tabiat dan biasanya susah untuk dibuang. Ini kerana, rokok mengandungi nikotin – salah satu bahan yang paling ketagihan yang kuat di dunia.

kesan merokok, bahaya merokok, kanak-kanak merokok, kesan rokok pada anak, anak merokok, halang anak merokok, bahaya rokok,

Kesan merokok pada kanak-kanak yang dapat dilihat dengan segera:

  • Nafas berbau
  • Gigi kuning
  • Baju berbau
  • Kulit kelihatan tak sihat dan kelabu
  • Demam dan batuk
  • Susah untuk bersaing dengan rakan sebaya ketika bersukan

Kesan merokok jangka panjang adalah:

  • Perokok adalah 1o kali lebih berpeluang untuk mendapat sakit jantung, sakit paru-paru, serangan jantung dan strok.
  • Perokok mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan 
  • Tembakau dan kimia yang lain akan mengganggu tekak dan menyebabkan nafas berbau dan merosakkan saluran udara dan menyebabkan apa yang dikenali sebagai “batuk perokok”
  • Mereka juga meningkatkan kadar degupan jantung dan tekanan darah yang boleh menyebabkan mereka sukar untuk bersukan.
  • Nikotin mempunyai kesan jangka panjang dan merbahaya kepada otak kanak-kanak dan remaja.

Perokok muda lebih cenderung untuk mengambil ganja, kokain, heroin dan dadah lain. Mereka juga mungkin akan mengalami perubahan mood apabila meningkat dewasa.

Menghalang anak dari merokok

Ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk mendidik anak tentang merokok dan menjadi contoh kepada mereka.

  • Kajian menunjukkan, kanak-kanak yang mempunyai ibu atau bapa yang merokok akan merokok dan akan menjadi perokok tegar pada usia muda.

Juga, ibu bapa yang berhenti merokok, anak mereka akan kurang mempunyai keinginan untuk merokok dan jika mereka merokok, mereka berkemungkinan akan berhenti merokok.

  • Dengan mengekalkan persekitaran rumah bebas rokok, ibu bapa boleh berkomunikasi tentang tabiat merokok yang perlu dielak.
  • Galakkan anak anda untuk menyertai aktiviti yang tak boleh merokok seperti bersukan.
  • Didik anak anda tentang kesan merokok kepada kesihatan, termasuk batuk berterusan, masalah pernafasan dan mudah berpenyakit.
  • Beritahu mereka tentang keburukan merokok seperti gigi kuning, nafas berbau, pakaian berbau dan kulit berkedut.
  • Beri perhatian kepada rakan-rakan anak anda dan libatkan diri anda secara aktif dalam kehidupan anak anda. Ini akan mengurangkan risiko anak anda terjebak dalam sikap yang berbahaya seperti merokok, minum arak, dadah dan aktiviti seksual.

Jika merokok merbahaya kepada orang dewasa, apa lagi kanak-kanak yang masih membesar.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber asal ditulis oleh Jaya dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga:

Asap rokok punca UTAMA anak tidur berdengkur, ibu bapa harus lebih waspada