Kesan pewarna makanan tiruan dalam makanan anak anda
Tahukah ibu bapa keburukan dan kesan pewarna makanan tiruan pada anak-anak?
Kini, lebih ramai penjual makanan suka menggunakan pewarna makanan tiruan supaya makanan itu kelihatan lebih menarik kepada kanak-kanak.
Sebab itu kadang-kadang kita nampak desserts dengan warna ceria nampak sedap saja, kan? Sebenarnya, penjual hanya ingin meragut keuntungan dan tidak memikirkan kesan pewarna makanan tiruan tersebut!
Sedangkan pewarna tiruan biasanya dibuat dari tar arang batu dan petroleum. Pengeluaran pewarna semulajadi dihentikan atas sebab-sebab ekonomi seperti: pewarna tiruan kimia lebih mudah dan murah untuk dihasilkan.
Ibu bapa pasti terkejut mengetahui lebih daripada 15 juta paun pewarna makanan tiruan ditambah ke dalam makanan setiap tahun oleh pengeluar makanan di serata dunia!
Risiko dan kesan pewarna makanan tiruan yang tak disedari
Pewarna makanan tiruan tidak mengandungi nutrien dan sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan. Pengambilan makanan yang ada pewarna tiruan dikaitkan dengan perubahan tingkah laku, keresahan, dan gangguan tidur.
Pusat Sains Kepentingan Awam juga mengeluarkan laporan mengenai kesan pewarna tiruan dan kaitannya dengan kanak-kanak hiperaktif, kanser, dan masalah kesihatan lain.
Malah, di EU, makanan yang mengandungi pewarna makanan tiruan perlu mempunyai label amaran seperti berikut:
Penggunaan mungkin mendatangkan kesan buruk terhadap aktiviti dan perhatian kanak-kanak.
Tips untuk mengelak makanan dengan pewarna tiruan
Pewarna tiruan selalu ditambah kepada makanan yang diproses, jadi elakkan makanan ini. Tapi pewarna tiruan juga boleh ditambah dalam makanan yang tidak disangkakan seperti daging, ikan, ayam, susu dan telur!
Ia digunakan untuk menutup kualiti makanan yang tidak begitu baik dan juga untuk menggalakkan pengguna untuk membeli makanan yang dijual.
Contohnya, syarikat yang menggunakan pewarna tiruan pada salmon ternakan supaya ia nampak seperti salmon liar.
- Jika boleh, beli makanan organik dan pastikan anda baca label makanan. Pewarna masih boleh disembunyikan dalam daging dan makanan di luar jangkaan.
- Pilih makanan segar yang tidak diproses. Makan segar jarang mengandungi pewarna tiruan.
- Gunakan pewarna makanan semulajadi seperti beetroot, bunga telang, kubis ungu dan serbuk sayur-sayuran berwarna untuk mewarna makanan anda.
Ibu bapa mungkin rasa susah untuk menghalang anak dari mengambil makanan yang ada pewarna tiruan setiap masa, tapi anda boleh mengurangkan kekerapannya.
Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
6 Makanan Menyekat Perkembangan Otak Anak, Punca Belajar Susah Nak Faham!