Adakah suntikan tetanus mempunyai kesan sampingan kepada wanita hamil?
Ramai wanita mungkin tidak menyedari yang mereka belum dilengkapi dengan imunisasi yang terkini dan terdedah kepada penyakit yang boleh membahayakan diri ibu dan bayi dalam kandungan.
Ya mungkin ibu rasa okay saja, tapi sebenarnya imunisasi ada tindakbalas tertentu bagi sesetengah individu.
Suntikan Tdap: Tetanus / Diphtheria / Pertussis (Tdap) merupakan antara rangkaian imunisasi yang disyorkan semasa kehamilan.
Ia dilakukan sebaiknya di antara kehamilan 27-36 minggu, untuk melindungi bayi dari batuk kokol. Jika tidak diberi semasa hamil, Tdap perlu diberikan segera selepas kelahiran bayi anda.
Salah satu imunisasi yang diwajibkan oleh ibu hamil di Malaysia adalah suntikan tetanus atau lebih dikenali sebagai suntikan kancing gigi.
Suntikan ini dikenakan sebanyak 2 kali sepanjang tempoh kehamilan, dan ia juga penting bagi kanak-kanak dan orang dewasa yang lainnya.
Lanjut tentang suntikan kancing gigi.
Ibu Hamil Mengadu Rasa Lenguh, Rasa Nak Demam Selepas Suntikan Tetanus
Walau bagaimanapun, seringkali kita dengar ibu hamil yang baru selesai dikenakan suntikan tetanus mengalami beberapa kesan sampingan yang ringan seperti rasa lenguh bahu, rasa mual malah ada juga yang rasa macam nak demam!
Malah dalam komuniti theAsianparent, ramai juga yang bertanyakan hal berkenaan kesan selepas suntikan ini. Apa pendapat ibu-ibu, pernah tak alami macam ni?
Berikutan soalan ini, ada beberapa feedback yang diterima oleh ahli komuniti yang rata-ratanya bersetuju dan mengalami keadaan yang sama. Berikut merupakan 2 maklumbalas yang diperolehi dari posting tersebut: