Nak Vaksin Anak Ke Tak? Doktor Tampil Perjelaskan INFO Sebenar Ibu Ayah Perlu Tahu

Kesan vaksin sebenarnya tidak memberikan gejala serius. Dengan kehadiran Omicron, ibu ayah perlu pertimbangkan pemberian vaksin kepada anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pemberian suntikan vaksin kepada kanak-kanak telah menjadi perbualan hangat sehingga membuatkan ramai ibu bapa resah. Mana tidaknya mereka memikirkan kesan vaksin terhadap kesihatan anak kecil, yang jika tidak bernasib baik mendatangkan masalah lain kemudian hari.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Kesan vaksin kepada kanak-kanak, ini penjelasan daripada doktor
  • Risiko yang lebih tinggi sekiranya anak tidak divaksin
  • Pemberian vaksinasi kepada kanak-kanak bukanlah satu uji kaji

Sebagai ibu ayah adalah wajar untuk anda peka akan situasi sekarang. Kehadiran gelombang Omicron ke dalam negara membuatkan jangkitan virus semakin mengganas.

Kesan vaksin kepada kanak-kanak, ini penjelasan daripada doktor

Dr. Tengku Ezulia telah memuat naik perkongsiannya mengenai pemberian vaksin kanak-kanak di laman Instagramnya baru-baru ini.

Nak vaksin ke tak anak? Persoalan yang ramai ibu ayah tengah pening sekarang. Ramai dah ambil vaksin Covid-19 untuk diri sendiri, siap ambil dos penggalak lagi.

Tapi bila vaksin anak-anak, timbul rasa takut. Ya, saya faham. Sebab orang dewasa pun lepas vaksin akan alami demam, sakit bengkak tangan dan sebagainya. Disebabkan inilah anda takut nanti anak-anak yang tengah sihat, tiba-tiba jadi tidak sihat lepas terima suntikan vaksin Covid-19.

Kami menjangkakan gelombang Omicron akan melonjak tanpa henti dalam beberapa hari akan datang. Oleh sebab kadar kebolehjangkitan Omicron ini tinggi, maka lebih ramai manusia akan terkena jangkitan.

Orang yang menerima vaksin akan mendapat simptom seperti demam, selesema dan sembuh selepas beberapa hari. Namun ia boleh menjadi lebih bahaya bagi orang yang langsung tidak divaksin dan juga kanak-kanak.

Apabila mereka dijangkiti, mereka berupaya memperoleh jangkitan dengan komplikasi kesihatan yang serius.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Risiko yang lebih tinggi sekiranya anak tidak divaksin

Jadi patut ke tak anda beri vaksin kepada anak-anak? Ia sebenarnya terpulang kepada ibu ayah. Tapi kalau anak saya, memang saya akan vaksin.

Sebab:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Kanak-kanak boleh mengalami komplikasi seperti Multisystem Inflammatory Syndrome (MIS-C) sehingga memerlukan rawatan di ICU atau komplikasi jangka panjang
  2. Virus ini boleh menyebabkan kematian pada kanak-kanak
  3. Kasihan kanak-kanak terlepas waktu sekolah, peluang belajar dan bermain dengan kanak-kanak lain

Takut komplikasi vaksin, apa yang anda boleh buat?

  1. Memantau simptom anak-anak selepas vaksin
  2. KEBANYAKAN: Kanak-kanak mungkin mengalami kesan sampingan yang lebih kurang dengan selepas vaksinasi rutin lain. Ini tanda biasa bahawa tubuh mereka sedang membina imuniti. Kesan sampingan ini akan hilang dalam masa beberapa hari
  3. JARANG-JARANG BERLAKU: Situasi yang jarang berlaku, vaksinasi Covid-19 mungkin mengakibatkan kesan sampingan lebih serius, seperti tindak balas alahan yang teruk atau miokarditis dan perikarditis (keradangan otot jantung). Jadi sebab itu anda kena memantau simptom anak-anak dan segera mendapatkan rawatan

Yang penting, ingat ni:

MITOS: Kanak-kanak tidak dapat jangkitan Covid-19 yang teruk. Jadi nak vaksin tidak berbaloi dengan risikonya.

FAKTA: Faedah vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak melebihi risiko vaksin 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akhir sekali, sebagai ibu bapa anda buatlah keputusan yang terbaik untuk anak-anak sendiri.

Pemberian vaksinasi kepada kanak-kanak bukanlah satu uji kaji

Menurut Pakar Perubatan Keluarga dan Naib Presiden Medical Mythbusters Malaysia (M3), Dr Megat Hashim menjelaskan program vaksinasi kepada kanak-kanak yang dijalankan oleh kerajaan ketika ini bukanlah satu bentuk uji kaji.

Hal ini kerana program vaksinasi kepada kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun dilaksanakan bagi mencegah Covid-19 yang sedang menunjukkan peningkatan.

''Kanak-kanak ini kita kena faham, mereka dalam proses membesar tidak sama dengan orang dewasa. Sudahlah kanak-kanak membesar dengan long Covid, kena pula guna ubat steroid, ubat itu perlu untuk rawatan.''

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

''Jadi untuk elakkan perkara yang boleh memudaratkan, adalah lebih baik pilih langkah pencegahan. Kesan vaksin untuk kanak-kanak terbukti selamat, berkesan dan sudah banyak negara lain melaksanakannya.''

''Kalau anda memutuskan tidak mahu beri vaksin, itulah yang sebenarnya uji kaji. Anda cuba bereksperimen sama ada selamat atau tidak jika anak-anak tidak diberi vaksin.'' jelasnya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Waspada Tanda-Tanda Covid-19 Pada Kanak-Kanak, Anak Kecil Perlu Rawatan Rapi Jika Dijangkiti 

Baca juga: Pandemik Covid-19, Bilakah Ia Akan Berakhir Untuk Anda Menjalani Hidup Secara Normal?

Baca juga: Anak Yang Dijangkiti Covid Berisiko Alami Kesan Jangka Masa Panjang, Ibu Sila Alert Perkara Ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan