Pilu Hati Seorang Ibu, Terpaksa Bersama Jenazah Bayi Semalaman Kerana Kesempitan Hidup

Kesempitan hidup telah menyebabkan wanita malang ini berdepan dengan detik mendukacitakan apabila perlu menunggu semalaman bagi urusan pengebumian anaknya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tiada siapa yang menginginkan berdepan dengan masalah kewangan dan kesempitan hidup sehingga tidak mampu menguruskan jenazah anak yang sudah meninggal dunia. Setiap ibu ayah pastinya berasa amat kecewa sehingga terpaksa mendapatkan bantuan dari orang lain.

Tambahan pula perlu meneruskan hidup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini yang mengehadkan orang ramai untuk keluar mencari rezeki.

Tidak mampu menguruskan jenazah bayi kerana kesempitan hidup

Pilu hati seorang ibu apabila dia terpaksa menunggu semalaman untuk menguruskan jenazah bayi lelakinya yang berusia 3 bulan kerana mengalami masalah kesempitan hidup.

Difahamkan ibu malang berkenaan hanya mendakap anak kecil berkenaan sejak malam tadi yang telah meninggal dunia akibat demam panas.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah setinggan di Kampung Bangau-Bangau, Semporna, Sabah. Ia disedari oleh salah seorang sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan, Rumah Ngaji.

Sebaik sahaja mendapat tahu akan berita tersebut, pengasas Rumah Ngaji, Laili Basir memaklumkan pihaknya dengan bantuan tiga orang ustaz kampung berusaha membantu menguruskan jenazah bayi berkenaan.

”Ibunya hanya menumpang di rumah berkenaan bersama seorang lagi anak perempuan yang baru berusia 2 tahun. Kebetulan seorang sukarelawan kita lalu di situ dan melihat dia sedang menangis.”

”Apabila ditanya, dia mengatakan bahawa bayinya sudah meninggal dunia. Dia tidak mampu menguruskan pengebumian kerana langsung tidak ada apa-apa,” jelasnya.

Tambah Laili, pihaknya dengan segera menguruskan bayi tersebut dan berkat kerjasama yang baik, dia selamat dikebumikan pada jam 1.30 tengah hari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terpaksa minta bantuan dari orang akibat kesempitan hidup

”Ibu berkenaan masih berada dalam keadaan trauma. Difahamkan dia telah meminta bantuan daripada beberapa orang sebelum kejadian itu.” katanya.

Keluarga berkenaan telah dihimpit kesusahan selepas suaminya berdepan hukuman penjara selama setahun kerana terlibat dengan jenayah dadah.

Pihak Rumah Ngaji turut menawarkan bantuan kepada keluarga malang ini dengan barangan keperluan asas untuk dua bulan dan bantuan lain yang bersesuaian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Laili berkata, Rumah Ngaji yang dikendalikannya telah banyak membantu masyarakat setempat khususnya mereka yang tiada identiti untuk mempelajari agama sejak beberapa tahun lalu.

Pihaknya turut menjalin kerjasama dengan beberapa NGO di Semenanjung bagi tujuan kutipan dana dalam membantu golongan yang memerlukan.

Risiko bayi demam panas, ini yang perlu ibu waspada

Demam biasanya tidak mendatangkan bahaya melainkan jika suhu mencapai 39.4 darjah celsius atau lebih tinggi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika dibandingkan dengan orang dewasa, kanak-kanak dan bayi lebih senang mengalami demam dan selalunya disebabkan oleh jangkitan virus tidak berbahaya.

Walau bagaimanapun ada beberapa kes menyebabkan anak mengalami demam panas serius kerana jangkitan bakteria yang menyebabkan pneumonia (jangkitan paru-paru) atau meningitis (jangkitan selaput otak) dan sebagainya.

Kebanyakan ibu ayah berasa risau apabila anak mengalami demam dan berpendapat ia boleh merosakkan organ dalaman terutamanya otak yang boleh menyebabkan perkembangannya terencat.

Kajian mendapati sebenarnya demam tidak akan merosakkan mana-mana organ dalam badan. Hal ini kerana demam adalah salah satu cara tubuh melawan jangkitan kuman. Kenaikan suhu badan sebanyak 1 darjah celsius dapat merencatkan perkembangan virus dan kuman.

Bayi demam berisiko mengalami sawan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Apa yang pasti, demam panas sememangnya berisiko menyebabkan masalah sawan. Ibu ayah perlu waspada sekiranya mendapati bahagian kaki dan tangan kanak-kanak bergerak dengan laju tanpa terkawal serta tidak memberi respon sewaktu anda memanggilnya.

Selalunya ia hanya berlaku dalam beberapa minit sahaja dan pemberian ubat tidak mengurangkan kebarangkalian terkena sawan sewaktu demam.

Sekiranya ibu ayah mendapati bayi tidak aktif seperti biasa, kerap tidur, enggan menyusu dan kurang membuang air besar dan kecil, adalah penting untuk segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk mendapatkan bantuan.

Jangan tunggu sehingga bayi demam panas untuk berjumpa doktor. Rawatan yang selamat untuk bayi akan ditentukan oleh petugas perubatan mengikut jangkitan yang dihadapi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Misalnya antibiotik bagi jangkitan kuman, antivirus bagi jangkitan virus seperti influenza, penyedut gas oksigen, steroid atau adrenalin diberikan jika bayi mengalami viral croup.

Sumber: Harian Metro, Root of Science

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Usah Meratapi Kehilangan Anak Kecil, Mereka Sedang Bahagia & Menanti Anda Di Syurga