X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Apalah Nasib Badan, Pasangan Rentas Negeri Untuk Bulan Madu Dihukum Penjara & Denda RM2,500

21 Apr, 2021
Apalah Nasib Badan, Pasangan Rentas Negeri Untuk Bulan Madu Dihukum Penjara & Denda RM2,500Apalah Nasib Badan, Pasangan Rentas Negeri Untuk Bulan Madu Dihukum Penjara & Denda RM2,500

Bulan madu adalah momen indah buat suami isteri. Namun ketika tempoh PKP ini, ada baiknya untuk duduk di rumah dan tidak melanggar peraturan yang ditetapkan

Memandangkan kini rakyat masih tidak dibenarkan untuk melakukan aktiviti merentas negeri, namun ada sesetengahnya sanggup menggunakan alasan tertentu untuk tujuan bulan madu.

Pada bulan Mac lalu, tular mengenai sesi soal dan jawab antara seorang instafamous dengan pengikutnya di Instagram mengenai bagaimana mereka boleh rentas negeri. Dia juga dengan bangganya berkongsi momen-momen indah sewaktu berbulan madu dengan suami.

Pasangan instafamous pergi bulan madu ketika PKP telah dijatuhkan hukuman

pasangan rentas negeri bulan madu

credit to sources

Siapa sangka tindakan berani wanita ini yang terlalu mendedahkan cara merentas merentas negeri dan memberi maklumat bertulis palsu kepada pihak polis akhirnya memakan diri sendiri. Semalam, dia dan suaminya telah dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda sebanyak RM2,500 oleh Mahkamah Majistret.

Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman berkenaan selepas Iram Naz Hafiz Sabir Muhammed, 25 dan suaminya Azharique Shah Abdul Jalil, 23 mengaku telah bersalah melakukan perbuatan itu di Balai Polis Wangsa Maju, 15 Mac yang lalu.

Di samping itu, pihak mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara bermula semalam dan mereka bakal dipenjara sebulan lagi sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Pasangan usahawan produk inai itu telah didakwa bersama-sama kerana memberi maklumat palsu secara bertulis kepada Ketua Balai Polis Wangsa Maju iaitu ASP Fairul Nizam Anuar semasa membuat permohonan untuk permit pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mendapatkan kebenaran merentas negeri Johor.

Maklumat yang diberikan juga adalah tidak benar. Akhirnya, mereka telah didakwa mengikut Seksyen 22 (D) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Padah berkongsi cara rentas negeri untuk bulan madu di media sosial

pasangan bulan madu

Terdahulu, pasangan suami isteri ini tidak diwakili oleh peguam telah membuat rayuan hukuman berbentuk denda yang minimum atas alasan mereka adalah penanggung utama keluarga.

”Sebelum ini, kami cuba untuk menukar penginapan ke tarikh lain tetapi pihak hotel tidak dapat mengembalikan deposit. Disebabkan perkara itu, kami meneruskan perjalanan untuk ke sana.”

”Kami memohon untuk tidak dikenakan hukuman berbentuk pemenjaraan. Kami menyesal dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama,” kata Iram Naz.

Umum mengetahui bahawa sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan bermula bulan Januari lalu, seluruh masyarakat tidak lagi dibenarkan untuk merentas negeri kecuali atas beberapa sebab yang dibenarkan.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir individu memilih merentas negeri dan bangga berkongsi di media sosial secara terbuka tanpa memikirkan akibatnya.

Tidak cukup dengan itu, instafamous yang menggelarkan dirinya sebagai datin ini turut mengajar ‘cara-cara’ untuk merentas negeri bagi mereka yang mahu berbulan madu.

Antara yang ditanya oleh pengikut Instagramnya ialah ‘Boleh guna alasan honeymoon ke untuk rentas negeri inaz?’

Dia menjawab,‘Bolehlah Inaz dah tempah hotel sejak bulan Disember. Tapi kalau polis tempat korang jenis tegas, pandai-pandailah hadap. Polis tempat Inaz siap cakap, lama betul tunggu. Ini pengantin baru ke? Haa boleh kalau tempat privasi. Kalau nak pergi kenduri tak boleh.’

Tular perkongsian Instafamous membuatkan netizen tidak puas hati

instafamous bulan madu

Perkongsian instafamous ini ternyata telah membuatkan ramai pengguna media sosial berasa kurang senang melihat keadaan semasa di mana seluruh rakyat tidak dapat pulang ke kampung walaupun dengan alasan lebih mustahak.

Disebabkan oleh tular, pihak polis telah membuka kertas siasatan terhadap kedua-dua individu ini mengikut Seksyen 22 (d) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superitendan Ashari Abu Samah mendapati mereka telah memberi keterangan palsu mengenai alasan memohon kebenaran rentas negeri.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak sesekali menyalahgunakan kebenaran rentas negeri ini untuk urusan perniagaan, kerja atau kecemasan dengan menjalankan program peribadi lain serta bercanggah dengan alasan yang diberikan kepada polis sewaktu tampil membuat permohonan pergerakan rentas negeri.

Stories Rakan Kongsi
How Travelling Makes Kids More Resilient
How Travelling Makes Kids More Resilient
7 Brilliant Mom Hacks To Battle The Dreaded Annual Cold and Flu Season
7 Brilliant Mom Hacks To Battle The Dreaded Annual Cold and Flu Season
An open letter to the mummy of the little girl who hurt herself at the playground...
An open letter to the mummy of the little girl who hurt herself at the playground...
Symptoms of Dengue Parents Might Miss Out
Symptoms of Dengue Parents Might Miss Out

Sumber: Siakap Keli

Kredit foto: Malaysia Gazette

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Walaupun Majoriti Beragama Islam, Negara Ini MENOLAK Suami Yang Ingin Berpoligami

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Apalah Nasib Badan, Pasangan Rentas Negeri Untuk Bulan Madu Dihukum Penjara & Denda RM2,500
Kongsikan:
  • "JANGAN SESEKALI Beri Madu Pada Bayi Bawah 1 tahun, Saya Menyesal Sampai Sekarang!"

    "JANGAN SESEKALI Beri Madu Pada Bayi Bawah 1 tahun, Saya Menyesal Sampai Sekarang!"

  • Bayi Bawah Setahun Longlai & Tidak Sedarkan Diri, Rupanya Berpunca Dari Madu Lebah!

    Bayi Bawah Setahun Longlai & Tidak Sedarkan Diri, Rupanya Berpunca Dari Madu Lebah!

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

app info
get app banner
  • "JANGAN SESEKALI Beri Madu Pada Bayi Bawah 1 tahun, Saya Menyesal Sampai Sekarang!"

    "JANGAN SESEKALI Beri Madu Pada Bayi Bawah 1 tahun, Saya Menyesal Sampai Sekarang!"

  • Bayi Bawah Setahun Longlai & Tidak Sedarkan Diri, Rupanya Berpunca Dari Madu Lebah!

    Bayi Bawah Setahun Longlai & Tidak Sedarkan Diri, Rupanya Berpunca Dari Madu Lebah!

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.