"Suami Hujung Minggu" Ditolak Permohonan Rentas Negeri, Netizen Kecam Tindakan Polis

"Suami Hujung Minggu" Ditolak Permohonan Rentas Negeri, Netizen Kecam Tindakan Polis

Sedangkan di dalam daerah pun kini sudah tidak boleh direntas sesuka hati apatah lagi merentas negeri. Maka, rindu suami terpaksa ditanggung lagi. 

Bukan mudah untuk keluarga yang terpaksa berjauhan akibat suami bekerja di luar negeri. Sedangkan di dalam daerah pun kini sudah tidak boleh direntas sesuka hati apatah lagi merentas negeri. Maka, rindu suami terpaksa ditanggung lagi. 

Ramai individu yang terkesan akibat pandemik ini sejak awal tahun ini, dan tidak kurang juga pasangan yang berhubungan jarak jauh. 

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan pada 14 Oktober lepas, ramai individu yang mendakwa diri mereka “weekend husband” atau suami hujung minggu ditolak permohonannya untuk merentas daerah oleh pihak polis. 

rindu suami

Kata Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Momahamad Noor Yusof Ali, sejak tempoh PKPB ditetapkan pada minggu lepas mereka telah menerima lebih seribu permohonan merentas negeri di daerah tersebut dan sejumlah 830 permohonan telah diluluskan. 

Jadi dalam 300 lebih permohonan ditolak atas alasan yang diberikan yang tidak munasabah serta tiada dokumen sokongan. Antaranya adalah ada yang memberi alasan mereka adalah “weekend husband” dan mempunyai keluarga yang menetap di kawasan PKPB. 

Apabila permohonan mereka ditolak, rata-ratanya telah mengecam tindakan polis dengan menyatakan bahawa pihak polis tidak prihatin. Sedangkan mereka hanya menjalankan tugas dan bertindak atas dasar menjaga keselamatan orang ramai dari ancaman Covid-19. 

Tanggungjawab pasangan apabila berhubungan jarak jauh

Setiap pasangan yang berkahwin akan melayari bahtera rumah tangga bersama. Namun lain untuk pasangan yang melakukan hubungan jarak jauh. Mereka hanya berjumpa seminggu sekali, sebulan sekali atau lebih. 

Tapi malangnya untuk yang melayari alam perkahwinan jarak jauh di musim pandemik ini, tidak tahu bila boleh ketemu lagi. Tapi dalam pada itu tanggungjawab sebagai suami isteri tetap perlu dipatuhi dan dilaksanakan. Antaranya adalah:

#1. Sentiasa bertanya khabar

rindu suami

Jangan sesekali ‘missed’ untuk menghubungi pasangan, tak kiralah panggilan atau kiriman mesej. Sentiasa periksa pasangan dalam keadaan sihat, cukup makan dan pakainya. Bagi suami walau sibuk bekerja jangan pernah lupa bertanyakan khabar isteri dan anak-anak. Pastikan keperluan mereka sentiasa mencukupi. Apabila pulang dari kerja, bolehlah lakukan panggilan video untuk lihat isteri dan anak-anak boleh terubat sikit rindu suami bagi si isteri. 

#2. Beri wang perbelanjaan yang cukup

Jika suami berjauhan dan meninggalkan isteri serta anak-anak bersendirian, wajib untuk anda memberikan nafkah yang serba lengkap kepada mereka. Jangan biar sehingga mereka meminta ya. Faham, suami sentiasa sibuk dengan kerja, namun bab nafkah jangan sekali dilupakan. Ia untuk menjamin kesejahteraan hidup suami juga. Agar rezeki yang diperolehi dari pekerjaan itu lebih berkat. 

#3. Isteri jaga keperibadian diri dan anak-anak

Untuk isteri pula sentiasalah menjaga keperibadian anda, jangan sesuka hati membawa masuk tetamu lagi-lagi di musim pandemik ini. Jiran-jiran pun kalau boleh elakkan untuk waktu ini. Melainkan ahli keluarga sendiri yang terdekat. Pastikan anda mendapat keizinan suami jika adanya tetamu ingin hadir ke rumah. Dan sentiasa beritahu suami jika anda keluar bersama anak-anak tak kira atas urusan penting atau untuk membeli barang. Ingatlah anda berdua berjauhan, sekiranya terjadi apa-apa dan suami tak tahu anda di mana kan susah nanti?

#4. Minta bantuan 

rindu suami

Untuk isteri yang terlalu penat untuk menjaga urusan rumah, kerja dan anak-anak sentiasalah meminta bantuan orang yang terdekat. Jika tak mahu, anda perlu luahkan apa yang anda rasa demi kesihatan mental anda dan anak-anak. Mungkin ada isteri serta anak-anak yang menetap jauh dari keluarga dan kenalan, jadi sentiasa hubungi mereka dan ceritakan apa yang anda lalui sama ada anda penat atau terlalu rindu suami. Sedikit sebanyak dapat meghilangkan beban yang ditanggung. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: The Star

Baca juga: 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Mana-mana pandangan dan pendapat di dalam artikel ini adalah peribadi dan tertakluk hanya pada pengarang, ia tidak mewakili theAsianparent atau klien.

Penulis

Nur Izzati

Artikel(Cerita)
app info
get app banner