X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Waspada Gejala Demam Pada Bayi Baru Lahir, Ia Boleh Menyebabkan Risiko Sawan!

4 min bacaan
Waspada Gejala Demam Pada Bayi Baru Lahir, Ia Boleh Menyebabkan Risiko Sawan!

Proses membesarkan anak tidaklah semudah yang disangka. Setiap masa ibu ayah perlu sentiasa berwaspada agar tidak berlakunya demam pada bayi baru lahir.

Memandangkan sistem imunisasi bayi baru lahir masih rendah, si manja anda terdedah kepada pelbagai penyakit. Ia adalah normal dalam proses menyesuaikan diri dengan keadaan persekitarannya. Jadi ibu ayah perlu bersiap sedia sekiranya berlaku demam pada bayi baru lahir.

Gejala demam boleh menjadi masalah serius bagi bayi yang berusia 6 bulan ke bawah. Ada sesetengah anak kecil mengalami penyakit kuning, selesema dan batuk. Suhu badan yang tinggi tidak selalunya menggambarkan keadaan bayi sebenar.

Baca juga; Suhu Badan Normal Bagi Bayi Baru Lahir, Jika Melebihi Nilai Ini Ibu Ayah Patut Risau!

Bahaya demam pada bayi baru lahir

demam bayi baru lahir

credit to sources

Gerak hati seorang ibu biasanya sama tepat dengan bacaan termometer yang menunjukkan nilai suhu badan anak. Anda juga boleh menilai kelakuan si manja. 

Jika si manja mempunyai demam pada 38.9 darjah celsius, masih menyusu dengan baik, memberikan respon dan boleh ditenangkan, maka ibu tidak perlu risau. Akan tetapi jika suhu hanya 38.2 darjah celsius, kerap menangis, kurang aktif dan enggan menyusu, anda sememangnya perlu risau.

Sentiasa berwaspada dengan tiga perkara ini:

  • Bayi menangis tidak seperti biasa dan sukar ditenangkan
  • Dia letih dan enggan menyusu
  • Berkelakuan aneh

Bayi yang berusia bawah 3 bulan perlu segera mendapatkan pemeriksaan dengan pakar. Jika si manja telah demam lebih dari 3 hari, ibu ayah usahlah berlengah lagi dan bertindak mengikut naluri agar tidak terjadi masalah lebih serius.

Berisiko mengalami sawan demam atau febrile seizure

Risiko sawan boleh berlaku disebabkan oleh bayi mengalami demam panas yang terlalu tinggi, kecederaan bahagian kepala atau jangkitan kuman dalam otak. Antara gejala yang biasa terjadi ialah:

cara merawat bayi demam

credit to sources

  • Mata terbeliak ke atas
  • Anak tidak sedarkan diri atau tidak memberikan sebarang respon
  • Kedua-dua kaki dan tangan kejang
  • Kebanyakan sawan terjadi pada hari pertama bayi demam

Ia amat menakutkan untuk dilihat, tetapi jarang membahayakan bayi. Serangan ini selalunya berterusan selama 20 saat dan jarang berlaku melebihi tempoh 2 minit. 

Sekiranya ia berlaku lebih dari 4 minit, segeralah membawa anak ke unit kecemasan bagi mendapatkan rawatan.

Antara cara bagi berdepan situasi ini, ibu hendaklah:

  • Jangan halang bayi dengan apa cara sekali pun
  • Longgarkan pakaian yang ketat
  • Keluarkan puting dari mulut

Tips untuk merawat bayi demam di rumah

#1. Pakaikan bayi dengan baju material kapas yang nipis. Ibu mungkin sahaja pernah mendengar mitos bahawa bayi baru lahir perlu dibedung dengan kain tebal supaya berpeluh dan suhu tubuhnya turun, kan? Sebenarnya ini tidak benar.

Penggunaan pakaian terlalu tebal boleh meningkatkan suhu bayi dengan cepat.

bayi baru lahir demam

credit to sources

#2. Pastikan keadaan bilik sejuk agar suhu tubuh si manja tidak semakin meningkat atau menggigil. Suhu ruang bilik yang dicadangkan ialah 25 darjah celsius. Jika perlu, pasangkan kipas angin tidak diarahkan secara terus pada katil bayi dan gunakan selimut nipis untuk menyelimutkannya.

#3. Sentiasa memantau suhu bayi dengan menggunakan termometer.

#4. Berikan susu ibu sekerap yang mungkin kepada bayi. Ketika si manja jatuh sakit, tubuhnya akan mengalami kekurangan cecair (dehidrasi). Keadaan ini menghilangkan kemampuan untuk mengawal suhu agar kekal normal. 

Justeru, ibu hendaklah menyusu bayi setiap 1-2 jam sekali. Anda juga perlu memperhatikan tanda-tanda apabila si kecil sudah mula berasa lapar, segera menyusukannya meskipun belum waktu jadual menyusu.

#5. Tuam menggunakan air suam. Teknik ini dapat mengatasi demam pada bayi baru lahir, bukannya menggunakan air sejuk atau ais. Cara yang berkesan adalah menggunakan air suam bagi memboleh tubuh menyesuaikan diri ketika suhu sedang naik.

Caranya adalah ibu hendaklah menyediakan sebuah besen kecil berisi air suam, kemudian celupkan kain bersih. Lipat serta letakkannya pada bahagian tubuh seperti celah ketiak dan paha selama 10 hingga 15 minit.

Bagi bayi yang baru lahir, sebaiknya anda tidak memberikan sebarang jenis ubat-ubatan bagi menurunkan suhu panas secara sembarangan. Misalnya ibuprofen kerana ia tidak diperuntukkan kepada bayi yang berusia bawah 6 bulan. Ubat paracetamol mungkin lebih selamat untuknya.

Sumber: Happinest

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Waspada Gejala Demam Pada Bayi Baru Lahir, Ia Boleh Menyebabkan Risiko Sawan!
Kongsikan:
  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham