Bawa Anak Keluar Ketika Pandemik, Ibu Prihatin Ini Kongsi Tips Pastikan Kesihatan Bayi Sentiasa Diutamakan

Dalam keadaan pandemik, kesihatan bayi memang menjadi keutamaan. Tetapi jika anda mahu bawa anak keluar, kami kongsikan tips dari ibu prihatin ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malaysia semakin menghampiri fasa endemik Covid-19 yang mana ia bermakna kita perlu menjalani kehidupan seperti biasa tetapi dalam norma baharu. Jadi kehidupan biasa termasuk membawa bayi keluar, tetapi pada masa sama harus titik beratkan kesihatan bayi itu.

Sampai bila kita hanya mahu simpan saja anak di rumah, mereka juga ada hak untuk lihat dunia luar dan lihat apa yang ada di sekeliling mereka, belajar perkara baharu dalam kehidupan dan sebagainya.

Jadi, apa yang penting ketika ini adalah bagaimana kita mahu adapt dengan suasana yang bakal menjadi endemik ini kerana sudah pasti kehidupan biasa masih harus diteruskan.

Kesihatan bayi harus jadi keutamaan jika bawa dia keluar ketika pandemik

Tidak dinafikan, dalam keadaan pandemik melanda negara, perkara yang paling kita risau adalah jatuh sakit. Terutamanya jika ia membabitkan kesihatan bayi.

Seboleh-bolehnya kita tak mahu anak sakit. Jadi, ibu prihatin ini kongsikan bagaimana dia pastikan kesihatan anaknya sentiasa terjaga apabila dibawa keluar ketika musim pandemik ini.

Tips bawa bayi keluar ketika pandemik

Kredit: shera hashim

  1. Sentiasa cover stroller bayi anda. Ada sesetengah stroller ia didatangkan dengan plastik pelindung yang biasanya digunakan ketika hujan. Jadi boleh lindungi stroller anak anda dengan plastik itu. Jangan risau ia tidak akan menyebabkan anak anda panas kerana ada lubang udara di beberapa tempat untuk pengaliran udara. Sekurang-kurangnya dengan melakukan perkara ini anak anda tidak terdedah secara terus kepada persekitaran luar.
  2. Elak sentuh anak secara terus. Jika perlu sentuh pastikan anda sanitize terlebih dulu tangan anda.
  3. Sentiasa sanitize tangan 10 minit sekali atau apabila menyentuh sebarang permukaan

Itu antara tips yang dikongsikan ibu berkenaan yang mungkin anda boleh gunakan jika mahu bawa bayi kecil anda keluar. Apa yang penting, memang perlu titik beratkan soal kebersihan. 

Diet anak perlu dijaga, benteng awal dijangkiti Covid-19

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Berita Harian, ibu bapa kini lebih giat mengambil pelbagai langkah untuk memastikan kesihatan dan keselamatan anak masing-masing dalam mendepani wabak ini.

Antara boleh dititikberatkan ialah bagaimana penyediaan makanan sihat untuk kanak-kanak dalam tempoh ini dapat membantu.

Pemakanan sihat perlu diberi penekanan. Ia untuk membantu memperkuatkan sistem imunisasi badan.

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), menyatakan tumpuan serius perlu diberikan terhadap kemerosotan status pemakanan kanak-kanak ketika pandemik global Covid-19 melanda kerana kebergantungan mereka terhadap golongan dewasa.

#1. Ajar anak pilih makanan sihat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Langkah pertama wajar diberi perhatian adalah membantu kanak-kanak memahami kepentingan memilih makanan sihat. Ibu bapa bukan sekadar berperanan menyediakan hidangan sihat kepada anak, tetapi perlu menerangkan manfaat dan khasiat di sebalik makanan dihidangkan.

Sudah pasti sayur dan buah yang mengandungi vitamin serta mineral, penting dan perlu dititikberatkan selain pengambilan hidangan karbohidrat seperti nasi dan mi serta protein seperti lauk-pauk.

#2. Ajar anak makan sayur, buah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika ini, sangat penting memastikan anak makan sayur dan buah dengan mencukupi bagi membantu meningkatkan tahap imuniti mereka.

Realitinya, kanak-kanak termasuk golongan berisiko tinggi dijangkiti virus Covid-19, di samping warga emas serta individu mempunyai sejarah kesihatan yang memberi kesan kepada tahap keimunan mereka.

#3. Tunjuk contoh baik makan makanan sihat depan anak

Ibu bapa juga boleh menunjukkan contoh baik ketika menikmati hidangan bersama anak bagi membiasakan mereka dengan makanan lengkap dan berkhasiat.

Menurut Prof Dr Yeo Kee Jiar daripada Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) amalan pemakanan tidak sihat bukan sahaja memberi kesan kepada tahap perkembangan dan kesihatan kanak-kanak, tetapi juga aspek psikososial.

Amalan pemakanan kanak-kanak terbentuk seawal usia dua hingga enam tahun dan amat cenderung kekal sehingga dewasa. Oleh itu, penerapan amalan pemakanan sihat dan seimbang perlu bermula sejak awal usia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Mahal tak semestinya berkhasiat

Bagi menyediakan hidangan berkhasiat, tidak semestinya menggunakan bahan mahal atau membabitkan masakan rumit. Apa yang penting hidangan lengkap dengan sumber karbohidrat, protein dan vitamin. Contohnya padanan roti bijirin penuh bersama telur dan sayur atau pasta ayam bersama brokoli.

#5. Ambil hidangan utama pada waktunya

Penting juga mengambil hidangan utama pada waktu sepatutnya bagi membantu mengekang masalah pemakanan tidak sihat dalam kalangan kanak-kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun berdepan kesibukan bekerja dari rumah, ibu bapa perlu bijak menguruskan masa dengan penetapan waktu makan anak.

Kanak-kanak yang terlepas waktu makan akan lebih cenderung mendapatkan makanan segera. Ini mendedahkan mereka kepada risiko kekurangan zat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Kredit foto: shera hashim

Baca juga: Ibu Hamil Perlu Divaksin Untuk Mengurangkan Risiko COVID-19

Baca juga: Kenali Perbezaan Selesema Biasa Dengan Simptom Covid-19, Elakkan Virus Ini Merebak!

Baca juga: AIA Malaysia Tawar Kanak-Kanak & Ibu Hamil Perlindungan Pendapatan Hospital COVID-19 Percuma!

Penulis

Lala Annuar