TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

AIA Malaysia Tawar Kanak-Kanak & Ibu Hamil Perlindungan Pendapatan Hospital COVID-19 Percuma!

4 min bacaan
AIA Malaysia Tawar Kanak-Kanak & Ibu Hamil Perlindungan Pendapatan Hospital COVID-19 Percuma!

AIA Malaysia membantu golongan rentan iaitu kanak-kanak dan ibu hamil dengan menawarkan Perlindungan Pendapatan Hospital COVID-19 Percuma kepada mereka.

Dalam keadaan negara terus berusaha menentang wabak COVID-19, AIA Malaysia ingin terus membantu golongan rentan yang semakin terdedah kepada risiko iaitu kanak-kanak dan ibu hamil dengan menawarkan Perlindungan Pendapatan Hospital COVID-19 secara percuma kepada golongan ini.

Tawaran ini merupakan sebahagian daripada kempen ‘Anakku Sihat, Negaraku Hebat’ oleh syarikat insurans dan takaful berkenaan yang turut melancarkan sebuah penyelesaian komprehensif yang baharu untuk kanak-kanak.

AIA Malaysia bantu kanak-kanak, ibu hamil

AIA Malaysia

Kredit: verywellfamily

Melalui perlindungan percuma ini, AIA berhasrat untuk menyediakan jaringan keselamatan kepada kanak-kanak dan ibu hamil di Malaysia dengan memberikan Pendapatan Hospital sehingga RM150 setiap hari sehingga maksimum 14 hari sekiranya disahkan positif COVID-19 dan memerlukan kemasukan hospital.

Tawaran ini terbuka kepada kanak-kanak (17 tahun dan ke bawah) serta ibu hamil termasuk pelanggan sedia AIA, tanpa perlu mendaftar untuk sebarang pelan AIA yang baharu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd, Ben Ng mereka memahami kebimbangan ibu bapa berkenaan kebajikan dan keselamatan anak-anak mereka ketika musim pandemik ini.

“Statistik menunjukkan bahawa terdapat lebih 82,000 kes COVID-19 yang melibatkan bayi dan kanak-kanak setakat bulan Mei 2021 dan yang turut sama membimbangkan adalah jumlah ibu hamil yang memerlukan rawatan rapi disebabkan COVID-19 juga telah meningkat kepada lima peratus pada bulan Ogos 2021.

Dibayar RM150 sehari maksium 14 hari sekiranya disahkan positif Covid-19

AIA Malaysia

Kredit: sinarharian

“Pada bulan Jun lalu, kami telah menawarkan perlindungan COVID-19 percuma akibat kesan sampingan vaksinasi dan untuk kuarantin di rumah kepada rakyat Malaysia, namun kami menyedari bahawa ramai ibu hamil dan kanak-kanak masih terdedah kepada penyakit berjangkit tersebut.

“Perlindungan pendapatan hospital terbaru kami membolehkan kami memberikan perlindungan COVID-19 tambahan kepada golongan rentan ini agar lebih ramai keluarga dapat menikmati ketenangan fikiran ketika mengharungi tempoh sukar ini,” katanya.

Perlindungan Pendapatan Hospital COVID-19 Percuma ini tersedia sehingga 30 Disember 2021, atau sehingga jumlah had tuntutan mencecah RM1 juta, mana-mana yang dahulu dan adalah tertakluk kepada terma dan syarat.

Pemohon yang berminat boleh mendaftar sebelum 30 September 2021 melalui Perancang Hayat AIA dan boleh mendapatkan maklumat lanjut di www.aia.com.my

AIA sentiasa menjadi peneraju utama dalam menyediakan perlindungan COVID-19 dari hujung-ke-hujung (end-to-end) kepada para pelanggannya.

Selain daripada perlindungan percuma, pelan-pelan perubatan dan penyakit kritikal syarikat itu juga merupakan antara sebilangan kecil pelan di dalam pasaran yang menawarkan perlindungan untuk kemasukan hospital akibat COVID-19 serta komplikasi vaksin di hospital swasta.

A-Life Joy Xtra lindung bayi dari dalam kandungan

AIA Malaysia

Selain itu, bersama-sama dengan kempen ‘Anakku Sihat, Negaraku Hebat’, AIA turut memperkenalkan sebuah penyelesaian inovatif dan baharu iaitu A-Life Joy Xtra yang melindungi kanak-kanak dari dalam kandungan sehingga dilahirkan dan seterusnya.

Sebuah pelan insurans berkaitan pelaburan yang fleksibel, A-Life Joy Xtra bukan sahaja menyediakan perlindungan yang komprehensif serta simpanan untuk kanak-kanak, tetapi juga didatangkan dengan pelbagai pilihan rider yang memenuhi pelbagai keperluan perlindungan.

Ini sekaligus memberikan ibu bapa ketenangan dan jaringan keselamatan sepanjang membesarkan anak-anak mereka.

Salah satu rider tersebut adalah A-Plus BabyCare Xtra, pelan pertama di pasaran yang menanggung perbelanjaan perubatan bayi yang dianggap perlu serta caj berkaitan hospital dalam tempoh 30 hari selepas kelahiran.

Manfaat yang secara lazimnya dikecualikan oleh kebanyakan pelan berkaitan kanak-kanak. Pelan ini juga melindungi kos rawatan dan kemasukan hospital yang disebabkan oleh penyakit kuning neonatal serta 19 keadaan kongenital.

Selain itu, ibu hamil juga dilindungi dari peringkat awal kehamilan (13 minggu) sehingga melahirkan anak.

A-Life Ikhtiar child solution, patuh syariah

AIA Malaysia juga menawarkan penyelesaian patuh syariah yang sama menerusi pelan A-Life Ikhtiar child solution yang sesuai untuk ibu bapa yang ingin memilih untuk menyertai skim Takaful Keluarga.

Pelan tersebut juga didatangkan dengan dua pilihan rider yang menyediakan ciri-ciri serta faedah patuh syariah yang sama.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Perlindungan Insurans Untuk Bayi Sejak Hamil? Ini 4 Pelan Insurans Materniti Terbaik Untuk Anda!

Baca juga: Masih Belum Daftar Insurans Anak? Semak 5 Pelan Insurans Ini, Ada Juga Pelan Khas Buat Anak Istimewa

Baca juga: 5 Insurans Simpanan Terbaik Di Malaysia Yang Boleh Anda Pilih!

Stories Rakan Kongsi
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Insurans
  • /
  • AIA Malaysia Tawar Kanak-Kanak & Ibu Hamil Perlindungan Pendapatan Hospital COVID-19 Percuma!
Kongsikan:
  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham