Gajet Tidak Boleh Jadi Pengganti Ibu Ayah, Wanita Kongsi Kisah Benar Buat Ramai Buka Mata

Ketagihan gajet sejak kecil boleh menganggu perkembangan kanak-kanak. Ramai ibu ayah beranggapan kandungan di dalamnya baik untuk anak mereka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Situasi anak ketagihan gajet bukanlah satu perkara yang luar biasa pada masa kini. Ramai ibu ayah mula memberikan anak mereka gadget untuk mengisi masa lapang anak. Malah, cara ini juga dilihat sebagai menyenangkan ibu bapa dalam urusan seharian.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Ibu kongsi kisah benar anak ketagihan gajet sejak kecil
  • Gadget tidak boleh menjadi pengganti ibu bapa

Ibu kongsi kisah benar anak ketagihan gajet sejak kecil 

Tidak ramai ibu bapa sedar akan bahaya dan kesan gadget terhadap perkembangan minda dan fizikal anak-anak mereka. Baru-baru ini, menerusi sebuah perkongsian di Facebook, seorang ibu muda berkongsi mengenai kisah anaknya yang disahkan mengalami Excessive Screen Exposure (Ketagihan Screen).

Pada mulanya, beliau menceritakan bagaimana anaknya tidak boleh berenggang dengan iPad, dan bagaimana beliau menggalakkan anaknya sendiri menggunakan gadget tersebut.

“Haikal and his iPad were like best friends”

Namun, segalanya mula berubah apabila beliau dan pasangan menyedari bahawa tingkahlaku anaknya yang tidak seperti biasa. Haikal mula menjerit dan mengamuk serta menunjukkan perasaan. 

Haikal dibawa berjumpa dengan pakar yang mengesahkan bahawa Haikal telah pun mengalami ketagihan skrin yang melampau. Namun, paling menyayat hati adalah Haikal telah pun menunjukkan tanda-tanda autism. Sekiranya dibiarkan, Haikal mungkin menjadi kanak-kanak autism seumur hidupnya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hati ibu mana yang tak luruh tatkala mendengar perkhabaran tersebut. Ibu ini menerusi perkongsian beliau cuba untuk memulihkan anak beliau dengan membawa Haikal untuk mendapatkan rawatan pemulihan dan berjumpa dengan pakar. 

Cita-cita beliau untuk menggulung ijazah PHD terpaksa dilupakan. Amanat tuhan perlu diutamakan dan beliau belajar satu pengajaran berharga yang tidak dapat dilupakan. 

Gadget tidak boleh menjadi pengganti ibu bapa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kepada ibu bapa, walaupun anda menganggap gadget dapat membantu anak anda belajar dan meringankan urusan seharian anda, tetapi anda harus ingat; gadget lebih membawa keburukan dari kebaikan. 

Apa yang paling utama sekali ialah, gadget tidak boleh menggantikan tanggungjawab dan peranan anda sebagai ibu bapa. Walaupun, gadget adalah alat bantu belajar yang baik untuk anak, tetapi anda tidak seharusnya membiarkan anda bermain gadget tanpa pengawasan dan kehadiran ibu bapa.

Anak-anak masih memerlukan bimbingan ibu bapa, dan sekiranya anak anda masih ketagihan gadget, pastikan anda hadkan masa anak anda menggunakannya. 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Ibu Ini Berjaya Buat Anak Takut Nak Main Gadget, Anda Setuju Tak Dengan Cara Ini?

Baca Juga: Anak kecil ini terkena sawan kerana asyik main gadget iPadnya! Ibu bapa perlu lebih peka

Baca Juga: Cara untuk mendidik anak-anak yang telah ketagih gadget

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nina Osman