Budak Lelaki 11 Tahun Curi Duit RM12,000, 3 Bulan Beli Top-Up Permainan Video!

RM12,000 lesap begitu saja apabila budak lelaki berusia 11 tahun yang mengalami ketagihan permainan video mencuri duit ibunya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gara-gara ingin membeli kad prabayar kerana ketagihan permainan video mudah alih, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun mencuri duit ibunya lebih RM12,000 dalam tempoh hanya tiga bulan!

Lebih teruk, dia juga menggunakan duit berkenaan untuk membelanja kawannya makanan mewah. Perbuatan itu dikatakan berpunca daripada ketagihan kanak-kanak itu terhadap permainan video yang bermula sejak terkurung akibat pandemik!

Ketagihan permainan video, buat budak curi duit ibu lebih RM12,000 

Bagi kanak-kanak bermain permainanan video adalah aktiviti biasa yang dilakukan untuk mengisi masa lapang dan mengurangkan stres. 

Sekiranya ibu bapa proaktif dalam memantau kegiatan ini, ia mungkin tidak menganggu pelajaran anak atau pun tingkah laku anak sehingga menjadi ketagih.

Malangnya akibat terlalu lama bermain permainan video, ia bertukar menjadi satu ketagihan yang akhirnya membawa kemudaratan.

Menurut laporan Shin Min Daily News, ibunya menyedari ada sesuatu yang tidak kena apabila anaknya tiba-tiba berhenti meminta wang saku. 

Tiba-tiba tak minta wang saku

Setelah memeriksa beg sekolahnya, dia mendapati anaknya mempunyai wang tunai dalam dompetnya. Semasa disoal siasat, dia kemudian mengakui mengambil wang dari dompet ibunya untuk menghabiskan masa untuk rakan-rakannya dan membeli kad top-up untuk bermain permainan video mudah alih. 

Ibu berkenaan turut menjelaskan anaknya tidak mempunyai telefon, dan hanya dibenarkan bermain permainan video mudah alih selama satu hingga dua jam setiap hari setelah menyelesaikan kerja sekolahnya dan dia tidak pernah menyangka bahawa dia akan mencuri untuk membeli kredit untuk permainan videonya.

Ketagihan permainan video satu bentuk gangguan mental

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: positiveparenting

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun lalu secara rasmi mengklasifikasikan ketagihan permainan video sebagai satu bentuk gangguan mental.

Ketagihan permainan video ialah tabiat permainan video luar talian atau dalam talian yang berlebihan sehingga menjejaskan kebolehan seseorang untuk berfungsi secara normal dalam aktiviti harian.

Oleh itu, pakar kesihatan mental di Malaysia telah menyuarakan kebimbangan mereka terhadap peningkatan tabiat permainan video yang tidak terkawal. Ketagihan permainan video dalam kalangan kanak-kanak juga sudah menjadi kebimbangan besar bagi ibu bapa terutama dalam musim pandemik ini. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tanda ketagihan pada kanak-kanak

Berikut ialah tiga tanda ketagihan permainan video seperti digariskan oleh WHO:

#1. Kekurangan kawalan terhadap permainan video

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia termasuklah seperti waktu yang dihabiskan kanak-kanak untuk permainan video. Betapa mendalam tumpuannya dalam permainan itu, sehingga tidak sanggup atau tidak dapat menghentikan sendiri permainan.

Selain itu mereka juga menggunakan cara tidak jujur untuk meneruskan permainan seperti menipu, ponteng kelas hanya untuk bermain.

#2. Permainan video jadi keutamaan

Permainan video menjadi keutamaan penting berbanding perkara lain dalam hidup, contohnya, daripada mengulang kaji untuk peperiksaan, kanak- kanak itu berjaga malam untuk mara ke peringkat seterusnya dalam permainan video.

Aktiviti harian lain dan juga kebersihan diri turut diabaikan. Malah ada juga yang tidak tidur!

#3. Abai keadaan sekeliling

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terlibat secara berterusan dalam permainan dan mengabaikan kesan negatif dan teguran. Ini boleh menyebabkan terjejasnya hubungan, prestasi akademik dan kebersihan diri. 

Penting untuk ibu bapa pantau semua ini supaya anak anda tidak terjebak dalam ketagihan melampau ini kerana ia akan menghancurkan masa depan mereka!

Awasi jika anak anda ada tanda ini

Jika anak anda ada tanda-tanda ini, sila awasi mereka dengan sebaiknya.

#1. Tidak boleh mengurus diri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemahiran mengurus diri yang lemah menunjukkan ketidakupayaan seseorang untuk memahami kesan bermain permainan video secara tidak terkawal.

#2. Kegelisahan sosial dan gangguan pemikiran

Persekitaran sosial bagi permainan genre massively multiplayer online (MMO) membolehkan perhubungan di sebalik skrin, tanpa kejanggalan interaksi sosial dunia sebenar.

Bagaimanapun, ini boleh menyebabkan pemain mengelak interaksi sosial akibat perbezaan atau kemahiran sosial yang berkurangan.

Suasana permainan video hanya ada sedikit interaksi sosial atau langsung tiada, lalu membolehkan pemain itu menjadi diri sendiri tanpa takut dihakimi.

#3. Sukar menerima perubahan

Perubahan boleh menjadi sesuatu yang menakutkan bagi sesetengah orang, dan jika anak anda juga terkesan, dia mungkin akan menghabiskan masa dengan permainan yang banyak berulangan atau senang diramal.

#4. Sentiasa mencari perkara baru atau rangsangan

Kanak-kanak yang gemarkan rangsangan berisiko ketagihan permainan video kerana usaha berterusan mereka untuk mencari persekitaran dan pendedahan baharu.

Terdapat kemungkinan lebih tinggi untuk berlakunya ketagihan permainan yang berunsur keganasan.

#5. Bersifat neurotik

Ketakstabilan emosi boleh membawa kepada kekurangan keyakinan diri, menyebabkan lebih banyak tekanan. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 8 Tanda Suami Ketagih Main Game, Jangan Sampai Rumah Tangga Mereput!

Baca juga: Isu Keganasan Di New Zealand: BAHAYA Permainan Video Pengaruhi Sikap Agresif Kanak-Kanak

Baca juga: PUBG Mobile Diharamkan, Hukuman Pada Sesiapa Yang Dijumpai Bermain PUBG Di Kawasan Awam!

Penulis

Lala Annuar