Hentikan Trend Sengaja Takut-Takutkan Anak, Ia Meninggalkan Kesan Trauma Sepanjang Hidup Mereka

Ketakutan berlebihan yang dialami oleh anak kecil boleh meninggalkan trauma. Ibu ayah elakkan menakutkan anak dengan niat hendak suka-suka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebelakangan ini trend merakam anak kecil yang ketakutan dengan meninggalkan mereka dalam bilik dan dipasang audio hantu seram sekali mengilai di TikTok menjadi ikutan ramai ibu ayah.

Takut adalah adalah perasaan tidak tenteram, khuatir, dan gelisah. Ketakutan merupakan gangguan psikologi yang biasa dialami setiap orang.

Trend rakam anak dalam ketakutan beri kesan pada emosi si manja

Tidak ketinggalan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah turut mengikuti trend berkenaan. Sebuah video telah dikongsi di TikTok menunjukkan dia bersama dua anaknya, Adyen Adrean dan Ara Aderanna berada dalam sebuah bilik.

Kemudian Bella Astillah secara sengaja meninggalkan mereka dan mengunci pintu bilik dari luar. Ayden yang terkejut mendengar suara menyeramkan di telefon ibunya segera berlari untuk keluar, namun tidak berjaya.

Manakala adiknya, Ara seakan-akan tidak menunjukkan ekspresi takut kerana belum mengerti dengan situasi berkenan. Dalam hantaran tersebut, Bella menulis kapsyen ‘siang-siang pun takut si abang ni. Tengok adik relaks saja.’

@bellaastillah_94
Siang2 pun takut si abang ni. Tengok adik relax jak😝😂 ♬ suara kuntilanak – bang olenk

Sehubungan itu, ramai pengikut tidak bersetuju dengan tindakan sengaja membuatkan anak rasa takut meskipun berada dalam rumah.

Ketakutan berlebihan terhadap sesuatu buatkan anak trauma sepanjang hidup

Seorang bapa, Anuar Zamil tampil memberikan teguran kepada kebanyakan ibu ayah di luar sana yang seronok menakut-nakutkan anak.

Abam bukan lah professional yang tahu handle anak. Bukan juga yang terpaling power dalam menjaga anak dan terpaling parenting, tetapi trend ni sangat BODOH bagi abam sebab sengaja menakutkan anak-anak demi sebuah content.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernah teringat, abam pernah terbaca keburukan menakut-nakutkan anak ni sebab banyak sangat mudarat. Trend ni pulak bukan sekadar MENAKUTKAN namun juga MEMALUKAN. Yelah dah satu dunia lihat kan.

Kan whatever uploaded on Internet, will stay forever.

Sebagai parents, kita adalah idola anak-anak. Bukan sekadar itu, kita juga adalah pelindung bagi anak-anak. Mereka akan mula hilang keyakinan diri bila selalu sangat menakutkan mereka dengan cara macamni.

MINDA ANAK NI IBARAT HIGHWAY.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kita yang menentukan jalan mana yang kita nak bawak. Kalau kita terapkan sangat ketakutan, itu saja lah yang dia akan nampak.

Ibu ayah kena ubah cara bergurau, jangan sampai lukakan perasaan anak

Dan jangan lupa, highway tu mula akan bercabang-cabang. Walaupun kita hanya takutkan pasal hantu, tapi ketakutan dia boleh pergi ke tempat lain contoh:

  • Takut Gelap
  • Takut nak bergerak sorang diri
  • Takut nak tinggal kat rumah sorang
  • Takut perempuan rambut panjang

Dan kalau korang nak tau, benda macamni juga boleh membuatkan mereka trauma sepanjang hidup. Which akan menganggu proses tumbesaran diorang. Ia takkan hilang begitu sahaja. Memori ketakutan tersebut akan terbawa sampai ke anak besar.

Dan ia akan menjadi punca mudahnya anak-anak trigger fobia dan anxiery apabila dewasa. Kesan yang sama juga berlaku bila kita biasakan anak tengok cerita seram dan ganas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

KITA RASA KELAKAR, TAPI IANYA MENINGGALKAN LUKA YANG PANJANG.

Ubahlah cara bergurau. Jangan hanya demi content dan view semata-mata kita sanggup lukakan mereka dan serta merta memalukan diorang.

Kita adalah contoh terbaik bagi mereka. Anak-anak adalah amanah Allah yang sangat berharga.

Prank anak takut dengan suara seram bukan sekadar buatkan mereka phobia hantu

Public Health Malaysia meminta ibu ayah untuk menghentikan permainan emosi anak-anak kerana ia boleh memberi kesan terhadap personaliti dan emosi mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Babak biasanya bermula dengan gembira apabila semua ibu bapa dan anak anak bergambar sekeluarga.

Kemudian ibu bapa dengan pantas keluar dari bilik, menghempas daun pintu meninggalkan anak berseorangan dalam dalam keadaan keliru dan terpinga pinga.

Suara ketawa mengilai yang menyeramkan berkumandang dan aksi anak ketika ini dirakam.

Ada yang ketakutan sehingga memanjat tombol pintu. Ada yang menangis berteriakan menutup telinga dan wajah. Memang trauma!

Segalanya dilakukan demi secebis perhatian di media sosial dengan harapan videomendapat FYP dan masuk beranda, beberapa like dan follower baru.

Tuan/ puan,

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu bapa merupakan individu yang paling dipercayai, paling rapat dan paling penting untuk dunia kanak kanak, apabila kepercayaan ini terhakis dan luntur akibat tindakan prank sebegini, ia akan memberi kesan dari segi personaliti dan emosi anak anak.

Tolong hentikan trend ini, ia ternyata tidak berbaloi dengan PARUT EMOSI yang ditinggalkan.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jalan Rosak Teruk, Seorang Ayah Terpaksa Gendong Jenazah Bayi & Berjalan Kaki 1 Jam Untuk Dibawa Pulang

Baca juga: Anak Bawa Balik Jajan Keropok & Gula-Gula, Ibu Kecewa Orang Bagi Doorgift Makanan Ringan

Baca juga:  Ibu Ayah STOP Tabiat Suka Takut-Takutkan Anak, Ia Boleh Menganggu Psikologi Mereka