X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Jalan Rosak Teruk, Seorang Ayah Terpaksa Gendong Jenazah Bayi & Berjalan Kaki 1 Jam Untuk Dibawa Pulang

12 Aug, 2022
Jalan Rosak Teruk, Seorang Ayah Terpaksa Gendong Jenazah Bayi & Berjalan Kaki 1 Jam Untuk Dibawa Pulang

Pengurusan jenazah perlu diselesaikan oleh waris ataupun keluarga terdekat dengan segera. Namun halangan jalan yang rosak menyukarkan proses

Kehadiran cahaya mata adalah sesuatu yang dinanti-nantikan oleh seluruh keluarga. Walau bagaimanapun pada hari ini telah banyak kes kematian bayi disebabkan pelbagai punca. Meskipun ia cukup menyedihkan, proses pengurusan jenazah hendaklah segera dilakukan.

Kematian dan kehidupan telah ditetapkan oleh Tuhan. Sesiapa sahaja pastinya tidak sanggup berdepan kehilangan orang tersayang di dunia ini.

Pengurusan jenazah bayi menjadi sukar kerana jalan rosak

van jenazah

Menurut perkongsian di Facebook, seorang terpaksa menggendong jenazah bayi perempuannya untuk dibawa pulang ke rumah mereka dengan berjalan kaki lebih kurang satu jam di Kampung Samparita Tengah, Kota Marudu.

''Keluarga ini merupakan golongan yang kurang berkemampuan. Persatuan Amal turut sponsor coffin, namun sebaik sahaja tiba di pertengahan jalan menuju ke rumah mereka, van jenazah tidak dapat melaluinya.

Hal ini kerana keadaan jalan rosak dan sangat teruk. Jadi dia terpaksa berjalan kaki membawa jenazah anaknya. 1 jam lagi perjalanan untuk sampai ke rumah mereka,'' kata Tuan Masrul.

Bukan itu sahaja, disebabkan oleh waktu itu sudah tengah malam dan mereka berada di tengah-tengah hutan, tiada 'line' telefon untuk meminta bantuan dari pihak lain.

Bayi berusia lima bulan ini telah meninggal dunia di Hospital Queen 2, Kota Kinabalu dibawa menggunakan van jenazah percuma daripada Persatuan Amal dan Jariah Sabah.

Kejadian ini baru berlaku beberapa bulan yang lalu, namun baru dikongsikan oleh Tuan Masrul yang menceritakan pengalaman beliau membawa keluarga ini dengan van jenazah.

jalan di sabah rosak

Takziah diucapkan kepada kedua ibu bapa dan semoga diberi kekuatan di atas pemergian anak tersayang.

Sememangnya ia adalah pahit untuk ditelan, namun menjadi satu realiti yang berlaku di daerah Kota Marudu, iaitu salah satu daerah termiskin di Malaysia.

Rat-rata netizen meninggalkan komen turut bersedih dengan ujian yang dilalui oleh seorang ayah tersebut.

Kerana jalan tidak boleh dilalui menyebabkan keluarga mendiang mengalami kesedihan berganda!
 
SABAH MUNDUR walaupun setelah 59 TAHUN BERGABUNG MEMBENTUK PERSEKUTUAN MALAYSIA! Pembangunan yang ada sekadar 'gula-gula' bagi mengaburi mata rakyat! Hello netizen, please do realize bangun sama2 tuntut hak2 kita!

Semoga dinaik-taraf jalan raya untuk membantu kawasan kawasan seperti ini. Jangan pandang sebelah mata. Bukan sja membantu masyarakat memudahkan urusan kecemasan tapi memudahkan sistem pendidikan, kesihatan, banyak lagi. Masuk kawasan pedalaman. Jangan janji terang bulan.. Kalu kecemasan, nyawa tu tidak dapat tebus balik atau dibeli semula. Wakil rakyat, sila la berjuang untuk rakyat.

Ya Allahhhhh sedih nyaa. Salam takziah untuk keluarga yang kehilangan anak syurga. Terima kasih yang membantu. 

Cara untuk berdepan kehilangan anak tercinta

jenazah bayi perempuan sabah

Hidup di dunia tiada yang abadi. Justeru apa yang kita miliki seperti keluarga, harta dan kedudukan akan hilang sekelip mata apabila takdir telah tertulis.

Kematian anak adalah ujian hidup. Ibu ayah terpaksa menerimanya dengan sabar dan ikhlas meskipun kesedihan itu akan dirasai bertahun-tahun lamanya.

Kami kongsikan beberapa cara bagi berdepan ujian ini. Antaranya:

  • Buat aktiviti

Elakkan daripada duduk bersendirian dan hanya melayan perasaan di rumah. Sebaliknya, penuhkan aktiviti seharian agar anda tidak ada masa untuk berasa 'kosong'.

  • Luahkan perasaan dengan orang yang terdekat

Memendam perasaan sedih dan kecewa boleh memakan diri. Justeru luahkan apa yang anda rasa pada pasangan, ibu ayah, keluarga ataupun rakan terdekat.

Ini sekaligus membuatkan anda berasa sedikit lega dan lebih positif untuk melangkah ke hari seterusnya.

  • Ambil makanan yang berkhasiat

Ketika sedang bersedih, tubuh berada dalam tekanan yang membuatkan anda lebih lemah berbanding hari biasa. Usah menyeksakan diri dengan tidak makan kerana ia boleh menyulitkan lagi keadaan.

Sentiasalah ambil makanan sihat agar anda lebih bertenaga menjalani hidup. Semoga bermanfaat!

Sabah Info

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sama-Sama Hamil Dengan Adik Ipar, Wanita Reda Diuji Dua Bayi Meninggal Selepas Bersalin

Baca juga: Tubuh Makin Susut & Muntahkan Semula Susu, Ibu Pasrah Bayi Meninggal Kerana Penyakit Usus

Baca juga: ''Genggaman Tangannya Kuat Kerana Terlalu Sakit,'' Suami Sebak Isteri Hamil 3 Bulan Meninggal Dalam Perjalanan Ke Hospital

Stories Rakan Kongsi
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
"My Child Is Healthy, How Did They Get Infected With Chickenpox?"
"My Child Is Healthy, How Did They Get Infected With Chickenpox?"
Ketahui Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang!
Ketahui Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang!
Apakah Gaya Pendidikan Kewangan (Money Parenting) Anda?
Apakah Gaya Pendidikan Kewangan (Money Parenting) Anda?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Jalan Rosak Teruk, Seorang Ayah Terpaksa Gendong Jenazah Bayi & Berjalan Kaki 1 Jam Untuk Dibawa Pulang
Kongsikan:
  • Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

    Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

  • Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

    Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

  • Gelagat Bilal Sambut Birthday Pertama, Dah Tak Mahu Umi & Abah Dukung Dia!

    Gelagat Bilal Sambut Birthday Pertama, Dah Tak Mahu Umi & Abah Dukung Dia!

  • Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

    Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

  • Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

    Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

  • Gelagat Bilal Sambut Birthday Pertama, Dah Tak Mahu Umi & Abah Dukung Dia!

    Gelagat Bilal Sambut Birthday Pertama, Dah Tak Mahu Umi & Abah Dukung Dia!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.