Ramai wanita di luar meluahkan keinginan mereka mengetatkan faraj selepas bersalin tanpa melalui pembedahan. Sebenarnya ada beberapa cara mudah dan semulajadi. Ini termasuk senaman kegel selepas bersalin, pemilihan makanan seimbang serta lain-lain lagi.
Ini adalah perkara normal, ibu-ibu! Si suami harus memahami keadaan anda kerana anda telah berjaya membawa nyawa baru ke dunia. Malah pakar perubatan juga mengatakan bahawa ‘keketatan’ faraj anda sebenarnya tidak akan kembali ke zaman dara sepenuhnya, namun ada beberapa cara mudah untuk ketatkan kembali.
Dari senaman kegel, yoga, hinggalah ke bebola Ben-Wa, kami senaraikan rujukan buat anda. Selamat mencuba!
Senaman Ketatkan Miss V: Yoga dan Senaman Kegel Selepas Bersalin – Adakah Ia Membantu?
1# Senaman kegel
Jangan malas dan pastikan ibu-ibu melakukan senaman kegel kerana ia adalah senaman paling penting untuk ketatkan faraj selepas bersalin. Senaman “kemut dan lepas” untuk Miss V ini boleh mengetatkan otot lantai pelvis hampir serta merta.
Yang paling best, anda boleh melakukannya di mana saja dan orang tidak akan tahu pun! Jom lihat bagaimana nak buat senaman ini.
Caranya: Cari otot lantai pelvis anda. Cuba bayangkan, mana otot yang anda guna ketika nak tahan kencing? Otot itu seakan menggenggam dan mengemut, kan? Itulah otot-otot lantai pelvis anda.
Apabila anda sudah dapat mencari otot itu, kemut otot selama 5 saat kemudian lepaskannya selama 5 saat. Anda boleh melakukan senaman ini sepanjang hari, dalam bilik mandi, dalam perjalanan ke kerja, sambil memasak, bila-bila saja.
Ini adalah cara ketatkan faraj selepas bersalin yang sangat berkesan! Percayalah!
Baca juga: 11 Amalan Mudah Untuk Kembali Langsing Selepas Bersalin
2# Senaman yoga
Ada orang kata, senaman yoga bukan saja baik untuk kesihatan tapi ada juga beberapa posisi senaman khas yang boleh ketatkan faraj selepas bersalin!
“Serius, [yoga adalah] salah satu senaman terbaik untuk bahagian intim wanita,” kata guru yoga “drenie283” di Reddit.
Ia bagus untuk payudara juga kerana ia adalah senaman tekanan rendah dan tenang. Salah satu sebab mengapa yoga sangat baik untuk wanita selepas bersalin adalah kerana ia banyak melibatkan senaman otot lantai pelvis.
Dengan amalan yang konsisten, faraj anda boleh kembali kental dan ketat dengan cepat apabila melakukan yoga. Caranya? Begini –
Dua posisi yang berkesan dan senang adalah Child’s Pose dan Bridge Pose seperti di atas. Mengapa? Kerana fokus kedua-dua senaman ini adalah untuk otot lantai pelvis.
Tapi ingat, walaupun yoga sangat berkesan, ianya bukan senaman untuk setiap orang, jadi jangan nak jadi hero kalau tak boleh, ya?
3#Kon untuk faraj
Satu cara lain adalah dengan menggunakan kon faraj! Ia boleh didapati dalam pelbagai saiz dan bentuk. Cara untuk menggunakan kon faraj ini adalah dengan memasukkannya ke dalam faraj.
Kemudian, guna otot lantai pelvis untuk “mengemut” kon itu selama 15 minit, 2 kali sehari. Anda juga boleh membeli kon dengan berat yang berbeza -beza.
Tapi amaran kecil: Walaupun senaman in sangat senang, ia memerlukan masa dan banyak usaha. Ia bukan jalan penyelesaian yang cepat.
4# Bebola Ben-Wa
Bebola Ben-Wa juga satu produk lain yang boleh digunakan untuk ketatkan faraj selepas bersalin. Ia sangat popular, senang disembunyikan dan boleh dibeli di Lazada.
Setiap berbola mempunyai berat tertentu dan apabila dimasukkan ke dalam faraj, wanita itu perlu menggunakan otot lantai pelvis untuk memastikan bebola kekal dalam faraj.
Anda perlu menggunakan otot-otot dalaman untuk “mengemut” bebola itu dan ia akan rasa penuh dalam faraj. Dari masa ke semasa, Ms V akan semakin ketat dan kental.
“Bebola Ben-Wa sangat selesa, tapi anda mungkin perlu beli beberapa sehingga anda dapat cari satu yang anda suka,” kata seorang pembaca di Reddit.
5# Jaga Pemakanan
Apa? Pemakanan juga memainkan peranan!? Ya, betul.. kerana apa yang anda makan tidak hanya akan mempengaruhi berat badan, kulit dan rambut. Ia juga boleh mempengaruhi faraj anda!
Makanan yang tinggi dengan phytoestrogens seperti halba, kacang soya, bijan, delima, dan lobak merah amat bagus untuk mengembalikan keanjalan vagina anda,” kata Beauty Tips by Bailey.
Walaupun pemakanan mungkin akan mengambil masa yang paling lama, ia masih akan memberi kesan untuk ketatkan faraj anda.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Selamat mencuba ibu-ibu semua!