Hero Kesihatan Disayangi Ramai, 9 Perkara Tentang Dr. Noor Hisham Ini Perlu Dicontohi

Hero Kesihatan Disayangi Ramai, 9 Perkara Tentang Dr. Noor Hisham Ini Perlu Dicontohi

Sempena 21 April adalah hari lahir ketua pengarah kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, jom kenali latar belakang dan jasa wira negara ini!

Tatkala pandemik Covid-19 melanda negara, terdapat satu watak yang kelihatan tenang mengawal situasi dengan pelbagai pendekatan sehabis mungkin. Beliau adalah Ketua Pengarah Kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia, Dato' Dr. Noor Hisham bin Abdullah.

Dalam kalangan kakitangan kesihatan Malaysia bergelut wabak ini, Dr. Noor Hisham menjadi pendukung para frontliners tanpa mengenal erti penat dan lelah.

9 perkara menarik tentang Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Memandangkan pada hari ini, iaitu 21 April adalah tarikh lahir beliau, apa kata anda selongkar sedikit sebanyak tentang dirinya yang perlu dijadikan contoh terbaik buat seluruh ahli keluarga.

#1. Berasal keturunan Cina

Usia Dr. Noor Hisham memasuki 57 tahun. Beliau berasal dari sebuah keluarga susah keturunan Cina dan pernah menetap di sebuah rumah flat Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.

Walau bagaimanapun ketika berusia 13 tahun, Dr. Noor Hisham telah diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga Melayu.

#2. Mempunyai pelbagai kelulusan

ketua pengarah kesihatan malaysia

Beliau berjaya memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang Surgeri dan Ijazah Doktor Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pernah melanjutkan pengajian dalam bidang Pembedahan Endokrin dan melakukan latihan di beberapa universiti Adelaide dan Sydney, Australia.

#3. Pengalaman sebagai pakar bedah

Dr. Noor Hisham menyandang jawatan sebagai Pakar Bedah umum pada 1994 sebelum bertugas sebagai Pakar Bedah Umum Hospital Putrajaya pada 2004.

#4. Presiden dan ketua pengarah kesihatan

Merupakan Ketua Pengarah Kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia sejak 2013. Beliau juga merupakan Presiden Majlis Perubatan Malaysia.

#5. 32 tahun dalam bidang perubatan

Beliau mula menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Perubatan pada Ogos 1988. Kemudian, beliau menyandang jawatan Ketua Jabatan Pembedahan Payudara Endokrin dan Pembedahan Am di hospital sama sebelum bergelar Pakar Perunding Bedah Kanan Hospital Putrajaya pada 2007.

#6. Cipta sejarah Malaysia

Beliau merupakan rakyat Malaysia pertama yang diberi kepercayaan memegang mandat Pengerusi Jawatankuasa Pembedahan Global, Persatuan Pembedahan Antarabangsa (ISS) bagi sesi 2017 hingga 2021.

Pada 3 April 2020, Dr. Noor Hisham dipilih untuk menyertai saintis dunia membuat kajian dalam memerangi Covid-19.

#7. Tolak gelaran wira negara

Dalam nada merendah diri, beliau menolak gelaran wira negara kerana mengatakan dirinya bukan keutamaan ketika ini, tetapi bagaimana langkah yang boleh dilakukan untuk berhadapan Covid-19.

#8. Wajah yang dinantikan rakyat Malaysia

Sejak sebulan lalu, setiap hari sekitar 5 petang, rakyat Malaysia akan ternanti-nantikan sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dikendalikan oleh beliau sendiri bagi mengetahui situasi semasa kes Covid-19.

#9. Anak mengikut jejak langkah

Beliau mempunyai seorang anak lelaki yang mengikut jejak langkah sebagai pegawai perubatan di salah sebuah hospital kerajaan di negeri pantai timur.

Permintaan hadiah 'istimewa' pada hari lahirnya

kelebihan senaman

Dr. Noor Hisham bertanggungjawab dalam sidang media hampir setiap hari. Segala penerangan dan jawapan diberikan secara berhemah serta memudahkan orang ramai memahaminya.

Sejak semalam, 20 April, beliau membawa khabar baik apabila memaklumkan kes positif baharu adalah yang paling rendah iaitu 36 kes dan tiada kematian dilaporkan.

Menurut sumber, Ketua Pengarah Kesihatan ini turut menyampaikan pesanan dengan meminta semua rakyat Malaysia kekal duduk di rumah dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai hadiah hari lahirnya pada Selasa, 21 April.

Permintaan ini adalah hadiah hari lahir yang paling bermakna buat dirinya agar rantaian penularan wabak berbahaya ini segera dihapuskan.

Dinobatkan sebagai 3 doktor terbaik dunia

peranan ketua pengarah kesihatan credit to sources

Tidak hairanlah mengapa Dr. Noor Hisham diiktiraf sebagai antara 3 doktor terbaik di dunia dalam menangani wabak Covid-19 ini. Menurut laporan CGTN, beliau adalah tiga doktor terulung peringkat global dalam menentang Covid-19 selain pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr Anthony Fauci dan Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield.

Sehubungan dengan itu, seluruh rakyat Malaysia perlu bekerjasama dalam membantu negara menghapuskan pandemik Covid-19 ini dengan mematuhi segala arahan pihak berkuasa, duduk di rumah dan mempraktikkan amalan penjagaan kebersihan diri pada tahap optimum.

Sumber: Iluminasi, Murai, Says

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Hero Kesihatan Disayangi Ramai, 9 Perkara Tentang Dr. Noor Hisham Ini Perlu Dicontohi

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner