7 Khasiat Betik Untuk Si Manja, Ia Mampu Merawat Masalah Cacing & Rabun Mata

Anak kecil anda sering mengalami masalah sembelit? Ibu, ketahuilah khasiat betik mampu menyelesaikannya dan membantu meningkatkan sistem imunisasi mereka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Khasiat betik amat penting bagi kesihatan tubuh badan. Ia sangat mudah diperoleh, memiliki tekstur yang lembut dan rasa sangat manis. Lebih sedap sekiranya menikmatinya ketika selepas keluar dari peti sejuk!

Tidak hanya golongan dewasa, bayi dan kanak-kanak amat menyukainya. Selain buah, pucuk muda betik dan bijinya dikatakan mampu mengubati pelbagai penyakit.

Khasiat betik untuk anak kecil

Buah betik memiliki pelbagai manfaat yang tersendiri kepada kesihatan tubuh badan. Selain dari sumber makanan murah dan senang diperoleh, ia mengandungi hampir kesemua zat makanan yang diperlukan dalam seharian.

#1. Menyingkirkan cacing kerawit

Anak kecil sebenarnya berisiko tinggi dengan masalah cacing. Ibu ayah sebenarnya perlu tahu tanda-tandanya seperti anak kerap mengadu sakit perut, tidak selesa bahagian dubur, tidur atau duduk menonggeng.

Ia bukanlah sesuatu yang biasa kerana biasalah anak-anak yang membesar terdedah dengan pelbagai kekotoran dan serangan kuman penyakit.

Selain memberi makan ubat, anda sebenarnya boleh menggunakan biji betik bagi menyingkirkan cacing gelang dan kerawit pada si manja. Caranya adalah dengan mengambil segenggam biji betik dan tumbuk sehingga hancur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemudian, rebus dan beri anak minum dalam kuantiti yang sederhana.

#2. Sebagai tonik tambahan

Ibu yang menyediakan buah betik setiap hari dalam menu si manja, anda sebenarnya telah membekalkan tenaga badan dan  sumber pembersih perut yang berkesan. 

Khasiat betik dikatakan amat mujarab bagi menyembuhkan pelbagai gangguan perut dan penghadaman makanan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jus betik ranum dicampur dengan susu atau madu boleh menjadi tonik tinggi khasiat untuk kanak-kanak sedang membesar, wanita hamil, ibu menyusukan badan dan individu yang lemah tenaga akibat menghidap penyakit.

#3. Meningkatkan kesihatan mata

Zaman semakin maju dan anak-anak sering terdedah dengan pelbagai teknologi gajet ataupun telefon pintar.

Namun, sudah banyak kes berlaku anak kecil terpaksa memakai kaca mata kerana mengalami masalah rabun akibat terlalu banyak menghabiskan masa pada skrin.

Kandungan vitamin A dalam buah betik boleh membantu menghalang daripada penyakit atau kerosakan mata. Beta-karoten didalamnya memberikan warna jingga sama seperti lobak merah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kandungan antioksidan pula dapat mengurangkan kesan gangguan retina yang boleh membawa kepada masalah rabun dan buta.

#4. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh

Sistem imunisasi bayi dan kanak-kanak masih berkembang dan disebabkan ini mereka lebih cenderung terdedah dengan pelbagai jangkitan kuman penyakit.

Namun, pengambilan buah yang tinggi dengan vitamin C sedikit sebanyak membantu menguatkan lagi sistem imunisasi dan daya ketahanan tubuh.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Melegakan masalah sembelit

Khasiat betik untuk bayi dan kanak-kanak sangat populor sebagai pelawas. Hal ini kerana masalah biasa dihadapi oleh mereka adalah sembelit dan gangguan pencernaan yang lain.

Buah betik dikatakan kaya dengan serat dan laxative semulajadi yang dapat membantu meregulasikan pembuangan air besar bagi bayi dan kanak-kanak. Justeru, ia amat mujarab dan tidak perlu lagi makan ubat!

#6. Merawat penyakit tekak

Jus betik yang dicampurkan dengan sedikit madu dikatakan boleh digunakan dalam merawat tonsil kemerahan akibat difteria dan penyakit tekak lain. Ramuan ini dikatakan mampu mencairkan membran dan menghalang jangkitan daripada merebak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#7. Mengurangkan keradangan

Betik mempunyai beberapa enzim protein pencernaan unik termasuklah papain dan chymopapain. Ia dipercayai mampu membantu mengurangkan keradangan dan dapat merangsang penyembuhan akibat kesan terbakar.

Sebagai tambahan, khasiat antioksida di dalam sebiji betik termasuklah vitamin C, E dan beta karotin amat baik dalam mengurangkan keradangan.

Buah betik yang masak pula sekiranya kerap diberikan kepada anak kecil mampu mengelakkan masalah najis berdarah, buasir dan sukar buang air besar.

Walaupun khasiat betik ini dikatakan amat penting untuk tubuh badan, ibu ayah perlu faham bahawa apa-apa makanan adalah terbaik sekiranya diambil secara bersederhana.

Jika anda baru ingin memperkenalkan buah kepada bayi, berilah ia dalam kuantiti yang sedikit terlebih dahulu untuk memastikan si manja tidak mengalami alahan terhadapnya.

Elakkan memberi buah betik muda atau tidak masak kerana ia boleh menyebabkan gejala sakit perut pada bayi dan kanak-kanak.

Sumber: Al-raudhah

Kredit foto: Google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: