X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Ramai Kanak-Kanak Alami Masalah Rabun Jauh, Ibu Ayah Sila Pantau Waktu Skrin Anak!

4 min bacaan
Ramai Kanak-Kanak Alami Masalah Rabun Jauh, Ibu Ayah Sila Pantau Waktu Skrin Anak!Ramai Kanak-Kanak Alami Masalah Rabun Jauh, Ibu Ayah Sila Pantau Waktu Skrin Anak!

Punca rabun jauh pada anak boleh terjadi kerana terlalu lama terdedah dengan paparan skrin elektronik. Ibu ayah sila ambil iktibar kisah ini

Ramai ibu bapa menggunakan teknologi seperti telefon pintar untuk menghiburkan anak-anak, sekaligus membuatkan anak diam dan terleka. Namun tahukah anda dengan bermain telefon itu, ia menjadi salah satu punca rabun jauh pada anak?

Walau bagaimanapun, masih ada ibu bapa yang berfikir dua kali untuk memberi telefon bimbit pada anak kerana umur mereka masih terlalu muda dan boleh menyebabkan masalah penglihatan.

Punca rabun jauh pada kanak-kanak seawal usia 2 tahun 

punca rabun jauh

Menurut China Times, seorang anak kecil yang bernama Xiao Man, 2 tahun didiagnosis dengan miopia yang teruk iaitu rabun jauh. 

Selepas diselidik, rupa-rupanya ibu bapa Xiao Man telah membiarkan anaknya itu bermain telefon pintar sejak dari umurnya satu tahun.

Menurut ibu bapa mangsa, mereka melihat dia kelihatan tenang dan diam setelah diberikan telefon pintar, maka mereka membiarkan dia bermain dengan alat itu selama berjam lamanya.

Selepas setahun, Xiao Man kerap mengerutkan dahi dan mengerdipkan matanya. Namun mereka menganggap ia adalah tabiat biasa dan tidak terfikir bahawa si kecil itu hadapai masalah penglihatan.

Sehinggalah suatu hari, ibu dan ayah Xiao Man memutuskan untuk membawanya melakukan pemeriksaan dan mereka mendapati penglihatan Xioa Man telah mencecah sehingga 900 darjah rabun jauh. Keadaan ini benar-benar serius dan membimbangkan!

Paparan skrin elektronik boleh menyebabkan kerosakan mata

anak rabun jauh

credit to sources

Setelah itu, doktor memberitahu Xioa Man terlalu muda untuk menggunakan alat elektronik dan kerosakan pada matanya tidak dapat dipulihkan. Doktor turut menambah, masalah penglihatannya mungkin bertambah buruk setelah masuk ke usia tua.

Pada masa yang sama, doktor yang merawat Xioa Man menasihatkan ibu bapa lain supaya tidak membenarkan anak di bawah usia tiga tahun menggunakan telefon pintar.

Sementara anak yang berumur lingkungan tiga hingga enam tahun hanya boleh menggunakan telefon pintar selama 30 minit sahaja.

Selain itu, doktor tersebut turut menasihatkan ibu bapa agar melihat tanda-tanda tingkah laku anak yang ada masalah penglihatan seperti menggosak mata dengan kerap, sering berkedip mata, mengerutkan dahi dan lain-lain.

Tanda-tanda rabun jauh 

  • Dapat lihat objek jarak dekat tapi kabur pada objek jarak jauh.
  • Tonton tv pada jarak yang terlalu dekat.
  • Gosok mata kerana objek yang dilihat tidak jelas.
  • Mata kerap berair.
  • Kecilkan mata bagi melihat objek jarak jauh.
  • Kerap sakit kepala.
  • Baca buku dalam jarak yang sangat dekat (lebih kurang 30cm).

Rabun jauh atau myopia merupakan satu masalah penglihatan yang menjadi epidemik bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia. Menurut Public Health, berlaku peningkatan kes yang mendadak terutamanya di negara Asia.

kesan anak main telefon

credit to sources

Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengiktiraf bahawa masalah rabun jauh yang tidak dirawat sepenuhnya (kurang rawatan atau tidak dirawat langsung) mampu menyebabkan seseorang mengalami penglihatan tidak sempurna (visual impairment).

Sekiranya dibiarkan, si manja anda mungkin berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi yang boleh membawa kepada kebutaan seperti saraf tertanggal yang tidak dapat dirawat dengan kacamata atau kanta lekap.

Rawatan yang boleh dilakukan:

  • Pemakaian cermin mata
  • Pemakaian kanta lekap tapi harus mengikut kesesuaian pada mata pesakit. Sesetengahnya dapat memberikan penglihatan yang lebih jelas berbanding cermin mata.
  • Melakukan rawatan Orthokeratology di mana kanta lekap khas dipakai pada waktu malam supaya dapat mengurangkan rabun jauh dengan mengubah bentuk kornea bagi tempoh masa tertentu.
  • Menjalani pembedahan refraktif oleh Pakar Oftalmologi di mana permukaan korea diubah agar mengatasi masalah penglihatan ini.

Justeru, ibu bapa diingatkan membawa anak menjalani pemeriksaan mata sekurang-kurangnya sekali sebelum masuk ke alam persekolahan iaitu pada usia lima ke enam tahun.

Ia bertujuan dapat mengelakkan anak ada masalah pembelajaran selepas masuk ke alam persekolahan.

Bagi yang sudah memakai cermin mata, anda perlu jalani pemeriksaan mata sekurang-kurangnya sekali setahun.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Formula 20/20/20 Elak Mata Anak Rosak Akibat Gajet! Cuba Buat Pada Anak Usia 2 Tahun Ke Atas

Stories Rakan Kongsi
Kuiz Ini Akan Membantu Anda Memutuskan Cara Terbaik Untuk Melindungi Diri Anda, Anak-Anak Dan Ibu Bapa
Kuiz Ini Akan Membantu Anda Memutuskan Cara Terbaik Untuk Melindungi Diri Anda, Anak-Anak Dan Ibu Bapa
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Ramai Kanak-Kanak Alami Masalah Rabun Jauh, Ibu Ayah Sila Pantau Waktu Skrin Anak!
Kongsikan:
  • Kanak-Kanak Kini Semakin Rabun Mata, Ini Cara Bijak Untuk Mengatasi Kerisauan Para Ibu!

    Kanak-Kanak Kini Semakin Rabun Mata, Ini Cara Bijak Untuk Mengatasi Kerisauan Para Ibu!

  • Waspada, Ini 9 Ciri-Ciri Bayi Baru Lahir Batuk Disebabkan ASAP ROKOK!

    Waspada, Ini 9 Ciri-Ciri Bayi Baru Lahir Batuk Disebabkan ASAP ROKOK!

  • Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

    Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

app info
get app banner
  • Kanak-Kanak Kini Semakin Rabun Mata, Ini Cara Bijak Untuk Mengatasi Kerisauan Para Ibu!

    Kanak-Kanak Kini Semakin Rabun Mata, Ini Cara Bijak Untuk Mengatasi Kerisauan Para Ibu!

  • Waspada, Ini 9 Ciri-Ciri Bayi Baru Lahir Batuk Disebabkan ASAP ROKOK!

    Waspada, Ini 9 Ciri-Ciri Bayi Baru Lahir Batuk Disebabkan ASAP ROKOK!

  • Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

    Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.