Tahukah Anda Tentang Kehamilan Dan Kesannya Pada Mata Ibu Hamil?

Jangan pandang ringan penjagaan mata, ibu hamil! Kehamilan boleh bawa perubahan pada penglihatan anda sekali dengan perubahan lain dalam badan.
Mata ibu hamil
Kehamilan adalah masa yang paling menarik dan mencabar dalam hidup seorang wanita kerana tubuh badan mereka akan mengalami banyak perubahan.
Kadar metabolisme semakin meningkat, perubahan hormon, peningkatan berat badan, kaki bengkak serta perubahan-perubahan lain yang aneh.
Tapi kita jarang dengar orang cakap tentang kesan sampingan kehamilan yang berkaitan dengan penglihatan atau kesihatan mata ibu hamil.
Tahukah anda segelintir ibu-ibu hamil akan mengalami kesan sampingan ini?
Mata anda akan mengalami beberapa perubahan, akibat keadaan hormon yang berubah-ubah. Ada yang mengalami perubahan sedikit sahaja, namun ada juga yang agak serius.
Mata ibu hamil rasa kering

Sumber gambar: Lynn Geyling
Masalah mata kering disebabkan oleh perubahan hormon semasa mengandung dan adalah kesan sampingan yang tidak serius.
Anda cuma perlu menggunakan eyedrop tanpa pengawet untuk memastikan mata sentiasa dalam keadaan yang lembap dan selesa.
Mereka yang gemar memakai kanta sentuh mungkin perlu mengurangkan ataupun berhenti dan bertukar memakai cermin mata sepanjang kehamilan.
Ralat pembiasan
Ralat pembiasan atau kesalahan refraktif adalah satu keadaan fisiologi di mana sistem pembiasan mata tidak dapat memfokus objek pada retina.
Ini disebabkan oleh perubahan hormon dan dalam kes-kes teruk, ibu hamil mungkin akan memerlukan cermin mata atau kanta sentuh.
Tapi jangan bimbang, perubahan ini hanya sementara dan akan reda selepas bersalin.
Pembedahan untuk merawat keadaan ini tidak boleh dilakukan semasa ibu masih hamil atau menyusu, disebabkan keadaan mata yang tidak stabil lagipun kejayaan pembedahan tidak dapat diramalkan.
Untuk ibu-ibu hamil yang sudah memakai cermin mata atau kanta sentuh, bersedialah, kerana ia tidak dapat dielakkan.
Apabila anda sangat letih menjaga bayi tengah malam dan masih perlu cari cermin mata di dalam kegelapan, ini hanya akan meningkatkan risiko kemalangan.
Sekiranya diperlukan, ibu-ibu boleh pertimbangkan pembedahan LASIK, sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum kehamilan.
Kencing manis
Untuk ibu yang ada kencing manis semasa hamil (gestational diabetes), perubahan dalam salur darah retina akibat hormon yang tidak stabil juga boleh berlaku.
Antara perubahan yang mungkin dialami adalah pertumbuhan salur darah retina yang mudah terjejas, tidak normal dan mudah berdarah.
Pemeriksaan mata yang kerap adalah sangat penting supaya risiko ini dapat dikesan lebih awal dan jika perlu, rawatan laser boleh dilakukan sebelum anda bersalin.
Tekanan mata ibu hamil
Sesetengah ibu hamil mungkin akan mengalami perubahan tekanan pada mata terutamanya bagi mereka yang pernah didiagnosis untuk penyakit glaucoma sebelum ini.
Perubahan ini hanya sementara sahaja dan akan pulih selepas ibu itu bersalin.
Eye drop berubat untuk mata?
Kadang-kadang, wanita hamil boleh terjangkit penyakit mata seperti konjungtivitis atau ulser kornea.
Dalam situasi ini, ibu hamil perlu mendapatkan rawatan, dan kadang-kadang eye drops antimikrob mungkin perlu digunakan.
Walaubagaimanapun, terdapat antibiotik tertentu yang tidak sesuai digunakan semasa kehamilan.
Oleh itu jangan cuba mengubati penyakit ini dengan cara sendiri. Sila rujuk doktor sekiranya mendapat jangkitan mata semasa mengandung.
Mungkin anda tidak mementingkan kesihatan mata sekarang kerana lebih mementingkan anak yang sedang berkembang di dalam perut.
Tetapi ibu hamil sepatutnya menjaga diri, menjaga kesihatan mata serta kesihatan tubuh badan mereka secara menyeluruh.
Kredit gambar: Daily Mirror
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
7 Benda Yang Buat Anda Rasa Emo Dan Sedih Semasa Hamil. Meluat Betul No.4!
7 petua untuk atasi masalah kaki bengkak atau edema semasa hamil
Semua ibu hamil yang stres sepanjang kehamilan patut dengar lagu unik ini!
Cara Mudah Melatih Bayi Tidur Sendiri Bermula Usia 1 Bulan, #3 Ramai Ibu Tidak Tahu!
5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!