Boleh Cegah Komplikasi Kehamilan, Ini 9 Khasiat Buah Delima Untuk Ibu Mengandung

Khasiat buah delima untuk ibu mengandung dapat mengelakkan sebarang komplikasi ketika kehamilan. Anda disaran mengambilnya dalam diet seharian

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buah delima merupakan buah yang sedap dan manis untuk dimakan. Khasiat buah delima ini boleh diperoleh dengan meminum jus atau makan biji delima. Ketika mengandung, ibu amat disarankan kerap mengambil buah delima kerana ia baik untuk anda serta bayi dalam kandungan.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Khasiat buah delima untuk ibu hamil

Pengambilan buah delima sebagai diet harian dapat mencegah kelahiran pra-matang, pre-eklampsia dan perkembangan abnormal bayi. Adalah lebih elok jika khasiat buah delima diambil dari buah sebenar berbanding pati yang dijual dalam botol.

Khasiat buah delima untuk ibu hamil dan bayi dalam kandungan

#1. Antara buah yang kaya dengan serat

Menurut New Health Advisor, 5 gram serat buah delima merupakan suku dari jumlah pengambilan serat yang disarankan kepada ibu mengandung. 5 gram serat ini boleh didapati sebanyak setengah cawan isi buah delima.

Serat dari buah delima akan melancarkan pergerakan usus kerana ibu mengandung kerap berasa perut tidak selesa dan mendapat sembelit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Sumber zat besi tinggi

Buah delima mengandungi sumber zat besi yang tinggi. Zat besi akan menghasilkan sel darah merah yang diperlukan ibu hamil. Sel darah merah akan mengelakkan anemia dan bayi pra-matang, juga akan membantu bayi lebih sihat.

#3. Kurangkan risiko pre-eklampsia

Zat fitokimia dari buah delima amat baik untuk jantung serta dapat kawal paras darah tinggi individu. Ibu hamil yang mengamalkan pengambilan buah delima sehingga kandungan 20 minggu ke atas mampu mencegah risiko pre-eklampsia.

#4. Mengelakkan berlakunya kekejangan atau lenguh badan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buah delima kaya dengan kalium yang penting untuk kesihatan saraf dan otot. Selain itu, kalium akan membantu mengimbangkan elektrolisis dalam badan. Diet harian buah delima akan dapat redakan kekejangan dan lenguh tubuh badan ibu hamil.

#5. Membantu kuatkan tulang

Buah delima juga kaya dengan Vitamin K di mana ia akan menguatkan tulang ibu hamil serta membantu perbentukan tulang bayi. Kehadiran Vitamin K akan cepatkan proses pemulihan darah dan tisu.

Buah delima bukan sahajabaik diambil ketika hamil tetapi juga selepas kelahiran. Ini kerana Vitamin K akan membantu sihatkan badan dengan cepat. Komplikasi kehilangan banyak darah dikhuatiri terjadi disebabkan kekurangan Vitamin K.

#6. Tinggi kandungan asid folik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam buah delima ada asid folik yang banyak. Asid folik akan kurangkan risiko perkembangan bayi secara tidak normal. Komplikasi cacat tiub saraf di tulang belakang janin boleh terjadi jika ibu hamil kekurangan asid folik dalam diri.

1 cawan jus delima bersamaan 1/4 jumlah asid folik diperuntukkan untuk ibu hamil.

#7. Sumber antioksida

Buah delima memiliki jumlah antioksida yang tinggi. Radikal bebas yang akan memudaratkan plasenta boleh dipulihkan dengan kandungan antioksidan tinggi ini. Kandungan antioksida akan kuatkan sistem imunisasi badan untuk membesarkan kandungan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Polifenol iaitu antioksida khusus akan melindungi otak bayi sewaktu kelahiran dari kekurangan oksigen.

#8. Sumber gula yang semulajadi

Buah delima mengandungi gula semulajadi yang sihat terutamanya untuk ibu mengandung. Gula dari buah delima mengandungi glukos, maltos dan fruktos dan khasiat lainnya.

#9. Vitamin C 

Vitamin C boleh didapati secara semulajadi dari buah delima bagi ibu hamil. Vitamin C baik untuk pulihkan tisu badan, cegah risiko kanser dan kawal kolesterol. Vitamin C membantu ibu hamil menyerap zat besi dan nutrisi lain dengan lebih baik.

Adanya Vitamin C akan memudahkan badan ibu hamil menyerap zat besi dari makanan atau supplemen yang diambil untuk membantu perkembangan bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 16 Buah Terbaik Untuk Ibu Hamil, Bantu Perkembangan Bayi Yang Sihat & Tinggi Asid Folic

Baca juga: Selain Makan Buah Tembikai, Ini 7 Cara BERKESAN Menambah Air Ketuban Ketika Hamil

Baca juga: Khasiat Buah Tomato Untuk Ibu Hamil, Kaya Pelbagai Vitamin & Mencegah Pendarahan

Penulis

Ain Yusof