Khasiat Buah Kulim, Penawar Semula Jadi Untuk Kencing Manis Dan Darah Tinggi

Terdapat pelbagai khasiat buah kulim untuk kesihatan, namun masih ramai yang belum mengetahui kegunaannya sebagai penawar dalam perubatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buah kulim atau dikenali sebagai bawang hutan berasal dari pokok kulim yang tumbuh secara semula jadi di hutan Asia Tenggara. Walaupun semakin sukar ditemui, khasiat buah kulim ternyata bermanfaat untuk merawat pelbagai masalah kesihatan.

Apa Itu Buah Kulim

Buah kulim atau nama saintifiknya Scorodocarpus borneensis adalah buah kecil yang berbentuk bujur seakan-akan kacang walnut dengan kulit yang tebal dan berwarna coklat gelap.

Saiz buah kulim sebesar buah pinang dan isinya lembut berwarna putih.

Khasiat Buah Kulim Untuk Kesihatan

Buah kulim dipercayai kaya dengan khasiat yang membantu merawat pelbagai jenis penyakit dan menjaga kesihatan. Berikut adalah beberapa manfaatnya:

1. Kencing Manis

Buah kulim dipercayai membantu mengawal paras gula dalam darah, sesuai untuk pesakit diabetes dalam mengekalkan tahap glukosa yang stabil.

2. Buasir Berdarah

Kandungan buah kulim membantu mengurangkan masalah buasir dan menghentikan pendarahan, memberikan kelegaan kepada penghidapnya.

3. Masalah Buah Pinggang

Buah kulim dikatakan mempunyai sifat diuretik yang membantu meningkatkan pengeluaran air kencing, mengurangkan beban pada buah pinggang dan menyokong fungsinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Penyakit Darah Tinggi

Buah kulim berpotensi menurunkan tekanan darah, bermanfaat untuk individu yang mengalami hipertensi.

5. Masalah Resdung

Pengambilan buah kulim boleh membantu melegakan gejala resdung dengan mengurangkan keradangan dan melapangkan saluran pernafasan.

6. Penyakit Gout

Buah kulim membantu menurunkan kadar asid urik dalam darah, yang menjadi punca gout, sekali gus mengurangkan kesakitan.

7. Membuang Kolesterol

Kandungan antioksidan dalam buah kulim membantu menurunkan tahap kolesterol jahat dalam darah, mengurangkan risiko penyakit jantung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

8. Meningkatkan Tenaga

Buah kulim membantu meningkatkan metabolisme tubuh, menjadikan badan lebih ringan dan bertenaga sepanjang hari

9. Sebagai Detoksifikasi

Ia menyokong proses detoksifikasi dengan membuang toksin yang terkumpul dalam badan, meningkatkan kesihatan keseluruhan.

10. Menurunkan Suhu Badan

Buah kulim dikatakan mempunyai ciri antipiretik yang membantu menurunkan suhu badan ketika demam.

Kandungan seperti vitamin C dan kompaun fenolik seperti saponin dipercayai memberikan manfaat kesihatan ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara Makan Buah Kulim

Dalam perubatan tradisional, buah kulim sering digunakan dalam bentuk rebusan. Kulit, daun dan buahnya direbus untuk mendapatkan ekstrak yang diminum sebagai tonik kesihatan.

Ada juga yang menggunakan minyak daripada buah kulim untuk disapu pada luka atau sakit otot bagi mempercepatkan penyembuhan.

Selain itu, buah kulim juga digunakan sebagai rempah masakan dalam sesetengah masakan tradisional kerana aroma uniknya yang menyerupai bawang putih.

Ini bukan sahaja menambah rasa, tetapi turut memberi manfaat kesihatan yang berkaitan.

Untuk lebih jelas, rujuk pautan video seperti di bawah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

@arm_hamid CARA BUAT AIR BUAH KULIM SEHARI MINUM 2 GELAS PAGI DAN PETANG #buahkulim #kulim #buahhutan #buahajaib #ubat #ubattradisional #akarkayu #rawatantradisional #ubatkampung #rawatanalternatif #sakitbuahpinggang #gout #sakitbadan #darahtinggi #kencingmanis #diabetis #buangangin ♬ original sound – Arm Hamid Shop

Jika anda berhasrat mengamalkannya untuk tujuan kesihatan, pastikan ia dilakukan secara seimbang dan dapatkan nasihat pakar bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Buah Zuriat Untuk Ikhtiar Hamil: Khasiat, Cara Makan & Pantang Larang

Baca juga: Khasiat Buah Lawang Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

Baca juga: 10 Manfaat Minyak Zaitun Untuk Ibu Hamil, Cara Penggunaan & Kesan Sampingan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah