Buah manggis antara buah-buahan tempatan yang mudah diperolehi ketika musim buah. Selain rasanya yang manis dan sedap, tahukah anda mengenai khasiat buah manggis dalam menjaga kecantikan kulit dan mengekalkan awet muda?
Kaya dengan pelbagai nutrisi seperti karbohidrat, serat, vitamin C buah manggis juga terkenal dengan sifat antioksidan yang membantu melindungi kita dari radikal bebas.
Khasiat buah manggis untuk kesihatan tubuh badan
#1. Khasiat buah manggis- Bantu wajah jadi awet muda
Kandungan antioksidan dalam buah manggis membantu memperbaiki sel-sel tubuh termasuk kulit yang rosak dengan yang baharu, sekali gus meremajakan kulit. Kandungan Xanthone dalam buah manggis mengurangkan keradangan kulit dan penuaan kulit.
#2. Mengelak pertumbuhan sel kanser
Kandungan Xanthone dalam buah manggis mampu menghalang pertumbuhan sel kanser terutamanya di payu dara, perut dan peparu. Kajian membuktikan sifat apoptosis pada kulit buah ini mampu menghancurkan terus sel kanser.
#3. Meningkatkan sistem imun
Musim pandemik seperti ini, sesuailah menikmati buah manggis kerana ia mampu memberikan ketahanan pada tubuh badan anda. Kandungan Vitamin C dan mineral yang tinggi meningkatkan daya kekebalan tubuh terhadap penyakit. Buah ini amat disyorkan diambil oleh ibu hamil dalam kuantiti selamat untuk sistem imuniti yang baik.
#4. Mengawal gula dalam darah
Walaupun bersifat manis, tetapi kandungan Xanthone dalam buah ini mampu mengawal gula dalam darah. Ia amat sesuai dimakan oleh mereka yang mempunyai penyakit diabetes.
#5. Membantu menurunkan berat badan
Buah berkulit ungu ini juga dibuktikan mampu menjadi diet yang baik sekiranya anda sedang dalam usaha menurunkan berat badan. Kandungan serat tinggi dan kemampuan mengawal gula membantu mengurangkan berat badan.
Lain kali, kalau jumpa buah manggis, jangan lupa untuk menikmatinya demi kesihatan dalaman dan juga luaran anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca Juga: Resepi Cha Bang Ang Atau Aroikah Yang Mudah & Sedap, Minuman Viral Dari Thailand
Baca Juga: Bagus Untuk Sembelit, Ini 10 Manfaat Makan Buah Nanas Untuk Ibu Mengandung Ramai Tidak Tahu!
Baca Juga: Sedapnya Buah Naga! Ia Kaya Dengan Nutrisi & 3 Resipi Mudah Untuk Si Manja 6 Bulan Ke Atas Cuba