Khasiat Daun Kunyit Yang Ramai Tak Tahu, Ibu Berpantang Kalau Nak Awet Muda Boleh Amalkan

Terkenal digunakan untuk masakan seperti rendang daun kunyit sebenarnya memiliki banyak manfaat untuk kesihatan anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Daun kunyit terkenal dalam pelbagai masakan. Biasanya masakan tradisional masyarakat Melayu seperti rendang. Namun ada juga yang menggunakan daun kunyit sebagai pembalut ikan bakar untuk menaikkan aromanya.

Khasiat daun kunyit ini pelbagai terhadap kesihatan. Ramai yang mungkin tidak tahu manfaatnya terhadap kesihatan mereka. Bukan hanya masyarakat Melayu, daun ini juga popular dalam masyarakat India yang digunakan untuk memasak nasi manis dikenali sebagai Patholi.

Daun Kunyit Berkhasiat Untuk Kesihatan, Boleh Buat Awet Muda 

Ia mudah didapati di mana-mana saja. Tetapi kami kongsikan cara tanam kunyit jika anda mahu cuba tanamnya di rumah. Mudah saya gunakan saja ibu kunyit dan tanam di dalam tanah dan siram setiap hari. 

Jadi apakah khasiat daun kunyit kepada kesihatan anda?

1.Melegakan Keradangan

Ia terkenal dengan sifat anti radang. Penggunaannya (dalam bentuk minyak pati) dapat membantu mengurangkan keradangan seperti osteoarthritis dan rheumatoid arthritis. 

2.Baik Untuk Kulit

Terdapat banyak produk kesihatan yang menggunakan kunyit. Terutama dalam menghilangkan parut dan mencerahkan kulit wajah

Daun Kunyit Lancarkan Penghadaman

3.Melancarkan Penghadaman

Terdapat komponen khusus dalam daun ini yang dapat membantu meningkatkan rembesan jus hempedu yang amat penting dalam sistem penghadaman tubuh. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4.Membantu Menyembuhkan Luka

Ambil beberapa helai daun kunyit, letakkan air sedikit dan hancurkannya sehingga menjadi pes. Sapukan pes pada bahagian luka yang disebabkan oleh melecur dan sebagainya. Namun, elakkan meletakkan pes tersebut di kawasan luka yang masih berdarah, bernanah atau terbuka.

5.Melambatkan Penuaan

Ia kaya dengan kandungan antioksidan seperti b-sesquiphellandrene (22.8%) dan terpinolene (9.5%). Kandungan antioksidan ini berupaya melawan radikal bebas, melindungi kulit serta melambatkan penuaan dengan menghalang kerosakan sel-sel di wajah.

6.Boleh Gantikan Kunyit

Sekiranya anda memerlukan kunyit untuk memasak tetapi kunyit habis, anda boleh gunakan daun kunyit. Daun ini juga boleh mengeluarkan warna kuning yang sama seperti warna kunyit biasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apakah Daun Kunyit Hitam?

Kunyit hitam sama seperti pokok kunyit biasa cuma ia sedikit berwarna kehitaman. Pokok ini mempunyai banyak khasiat daripada segi perubatan.

Ia membantu melegakan kulit gatal kerana bersifat antibakteria. Sama seperti kulit biasa ia juga mampu melawan keradangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Elakkan Ambil Jus Kunyit Ketika Mengandung, Ini Kesan Bahaya Yang Ibu Perlu Tahu!

Baca juga: Kebaikan Daun Sup Yang Ramai Tak Tahu, Boleh Bantu Turunkan Darah Tinggi Dan Hilangkan Sakit Kepala

Baca juga: Apa Khasiat Daun Sup Untuk Ibu Hamil? Ia Boleh Kurangkan Tekanan Darah Tinggi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar