Daun sup sering digunakan hanya dalam sup sahaja. Ada yang hanya untuk hiasan saja. Tetapi tahukah anda khasiat daun sup sangat banyak untuk ibu hamil?
Jangan terkejut ya, daun sup sebenarnya mempunyai banyak khasiat tersembunyi yang sebelum ini kita tidak pernah ambil tahu pun kerana menganggap ia hanyalah sebagai hiasan untuk sup.
Jadi hari ini kami kongsikan khasiat daun sup ini untuk ibu hamil!
Baca juga: Bone Broth: Sup Rebusan Tulang, Bukan Saja Sedap & Berkhasiat Malah Boleh Buat Tidur Lebih Lena
Khasiat daun sup untuk ibu hamil!
Mesti ramai ingat daun sup sekadar perasa sahaja kan. Tetapi sebenarnya khasiat daun sup banyak untuk tubuh badan manusia. Ingin tahu apa? Jom tengok antara lima khasiatnya.
Ini antara khasiat daun sup yang boleh dimanfaatkan oleh ibu hamil:
#1. Mengurangkan tekanan darah tinggi
Dengan hanya minum air rebusan daun sup ini akan dapat mengurangkan tekanan darah tinggi. Cara penyediaan air ini sangat mudah iaitu sediakan 100 gram daun sup yang segar.
Kemudian, tumbuk halus daun sup itu. Masukkan daun sup yang sudah ditumbuk ke dalam bekas dan didihkannya bersama satu gelas air.
Biarkan ia sejuk dan sedia untuk diminum. Amalkan sehari dua kali iaitu pagi dan petang. Ia mampu mengurangkan masalah tekanan darah tinggi.
#2. Merendahkan kadar kolestrol
Daun sup kaya dengan kandungan zat besi, fosforus, natrium, kalium, vitamin A, B-Kompleks, C dan magnesium.
Bagi anda yang mempunyai masalah kolestrol, amalkan pemakanan yang mengandungi daun sup. Ini kerana dengan khasiat yang ada dalam daun sup ini dikatakan mampu menurunkan kadar kolestrol dalam badan.
#3. Merawat batuk
Jika anda sakit tekak dan sering batuk, anda boleh mengamalkan minum air rebusan daun sup. Cara penyediaannya adalah rebus daun sup bersama batang dan akarnya sekali.
Kemudian, tapis dan campurkan air yang telah ditapis itu dengan madu. Kini ia sedia untuk diminum. Amalkan sebanyak dua kali sehari. Ia mampu merawat batuk anda.
Kadangkala bila hamil batuk tiba-tiba juga menyerang. Jadi boleh cuba ikhtiar dengan cara ini.
#4. Meningkatkan sistem imunisasi badan
Amalkan makan daun sup juga mampu meningkatkan sistem imunisasi badan anda. Caranya amalkan pemakanan daun sup secara mentah iaitu sebagai ulam ulaman.
Ini kerana dalam 100 gram daun sup mempunyai nilai kalori tenaga sebanyak 18 kalori. Di samping, kandungan vitamin C yang terkandung dalam daun sup juga mampu menguat dan meningkatkan sistem imunisasi badan.
#5. Melancarkan sistem perkumuhan
Bukan sahaja daun sup ini mempunyai banyak khasiat, malah biji benihnya turut boleh digunakan untuk melancarkan sistem perkumuhan.
Biji benih daun sup ini jika diamalkan ia mampu meningkatkan pengeluaran air kencing yang membantu menyingkirkan toksik dalam badan. Selain ia juga membantu dalam melawaskan pembuangan air besar. Ia juga sekaligus mengelakkan kencing kotor yang sering dialami ibu-ibu hamil.
Jadi jika mahu perjalanan kehamilan yang sihat, cubalah masukkan daun sup ke dalam menu harian anda. Pasti besar manfaatknya kepada anda dan bayi dalam kandungan!
Cara simpan daun sup supaya tahan lama
Daun sup tidak mempunyai jangka hayat yang lama. Ia mudah lembik dan busuk yang mana apabila kita membelinya di kedai ia dijual dalam kuantiti yang banyak. Jadi agak mustahil untuk menyimpannya begitu lama.
Ada petua untuk menyimpan daun ini sebenarnya dan ia mampu tahan berbulan-bulan lamanya.
Bahan-bahan:
- Daun sup – bersihkan, buang pasir
- Bekas ais kiub/bekas dadih
- Air
Cara-cara:
- Racik daun sup halus seperti dalam masakan
- Ambil daun sup yang sudah diracik, masukkan ke dalam bekas kiub mengikut kesesuaian untuk sekali masakan
- Letakkan air
- Bekukan
Lebih mudahkan untuk menyimpan daun sup selepas ini tanpa sebarang pembaziran!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: sinarplus
Baca juga: 3 resipi sup ketika berpantang yang mudah untuk dicuba