Sejak zaman nenek moyang kita lagi menekankan pennggunaan halba ini. Tapi khasiat halba untuk wanita selalunya ditekankan selepas ibu melahirkan anak, yakni ketika pantang.
Tahu tak, khasiat halba untuk wanita hamil juga sangat penting. Ia dapat mengawal gula dalam darah, memperbanyakkan susu badan dan macam-macam lagi.
Halba ialah rempah yang sering digunakan di dalam masakan, tetapi penggunaan air rebusannya juga membawa banyak kebaikan bukan sahaja untuk kaum hawa, malah untuk para lelaki juga.
Tetapi, dalam artikel ini, saya hendak fokus hanya pada kaum wanita terutamanya pada ibu-ibu hamil kerana air halba ini sangat bagus untuk mereka yang sedang mengandung!
Apakah Itu Halba Dan Apakah Khasiat Halba Untuk Wanita?
Halba ialah sejenis tumbuhan dan ia ditanam di seluruh dunia sebagai tanaman separa gersang (tidak memerlukan banyak air untuk penjagaannya). Daun dan biji tumbuhan halba kedua-duanya boleh digunakan baik sebagai herba mahupun rempah.
Di Indonesia, biji halba digunakan sebagai bahan ramuan jamu tetapi ia juga digunakan sebagai salah satu bahan yang digunakan untuk tujuan berendam.
Penggunaan halba telah digunakan secara meluas dan ini disebabkan oleh khasiat mereka yang terlalu banyak. Antaranya ialah:
- Meningkatkan penghasilan susu ibu. Ibu-ibu yang sedang menyusu badan sangat digalakkan meminum air halba untuk meningkatkan penghasilan susu, terutamanya bagi mereka yang sukar menghasilkan susu badan.
- Membantu mengawal kencing manis. Sesetengah ibu yang hamil akan mendapati mereka menghidapi kencing manis, dan ini ialah perkara normal. Tetapi, jika para ibu kerap mengamalkan meminum air halba, moga dengan izin-Nya, kondisi kencing manis ibu hamil tersebut dapat dikawal.
- Memperbaiki paras kolestrol. Seperti yang kita ketahui, ibu-ibu hamil atau sesudah bersalin pasti akan naik sedikit berat badan tetapi dengan pengamalan air halba, ia dapat memperbaiki paras kolestrol serta gula di dalam badan kita. Ia juga dapat mengawal rasa lapar, lalu mengurangkan pengambilan kalori yang kita makan dalam sehari.
- Melegakan kesakitan. Khusus bagi para wanita yang mengalami kesakitan melampau ketika mengalami haid, minuman air halba dikatakan dapat melegakan atau mengurangkan kesakitan yang dirasai ketika wanita tersebut sedang datang bulan.
Selain daritu manfaat-manfaat di atas, terdapat banyak lagi kesan baik yang dibawa oleh halba ini, baik dari makan secara langsung atau mencampurkannya dengan air suam.
- Mencuci perut serta darah kotor
- Mencantikkan struktur kulit dari dalam
- Merembeskan insulin dan mengurangkan kadar glukosa darah (bagi mereka yang mempunyai diabetes)
- Merawat masalah sembelit dan buasir
- Melancarkan perjalanan darah
- Melegakan masalah sakit kepala serta migrain
- Menguatkan fungsi rahim, merangsang dan menyuburkan rahim
- Membantu mengatasi masalah kekurangan darah
- Mengaktifkan kelenjar penghasilan susu lantas meningkatkan saiz payudara dengan semulajadi
- Memelihara keanjalan kulit untuk kekal awet muda
Terlalu banyak kesan baik yang dibawa oleh halba ini, tetapi sesetengah wanita mungkin sukar untuk menerima rasanya jika hanya dicampurkan di dalam air, maka kami juga ada berkongsi resepi air halba yang mudah untuk anda minum bagi kesihatan diri!
Resepi Air Halba Mudah Tetapi Sedap!
- Resepi air halba
-
- Bahan-bahan:
- 1 sudu besar halba
- 2 inci halia
- 2 batang serai dititik
- 3 cawan air
- Setengah biji lemon
- Bahan-bahan:
- Cara buatan:
- Rebus halba, halia dan serai bersama 3 cawan air sehingga mendidih
- Setelah mendidih, tutupkan api dan biar seketika hingga suam
- Tapiskan air rebusan dan perahkan ½ biji lemon ke dalam air tersebut
- Kacau sebati
- Hidangkan!
Dengan penggunaan halia, pasti anda dapat membuang angin di dalam badan dengan lebih mudah dan lemon juga dapat membantu anda detoks segala bahan-bahan toksik yang berada di dalam badan. Bayangkan khasiat halba untuk wanita pun sudah cukup banyak, digandingkan pula dengan halia! Voila!
Selamat mencuba!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Root of Science, Halba ID’ Grade
Baca Juga: Elak Makanan Ini Ketika Hamil, Ia Boleh Melemahkan Janin!