Khasiat Peria Untuk Ibu Hamil, Bantu Kurangkan Gula Dalam Darah & Kaya Asid Folik

Pernah tak makan peria yang dicelup tepung dan digoreng garing-garing? Sedap kan? Tahu tak banyak khasiat peria untuk ibu hamil ni.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernah tak makan peria yang dicelup tepung dan digoreng garing-garing? Sedap kan? Tahu tak banyak khasiat peria untuk ibu hamil ni?

Mengikut orang tua-tua tidak elok makan ketika hamil kerana katanya boleh mengakibatkan pendarahan. Tapi sebenarnya isu makan peria ni samalah seperti nanas, kalau makan dengan kuantiti yang banyak barulah boleh memudaratkan. Dan kuantiti yang banyak dimaksudkan adalah seperti dalam berpuluh-puluh biji. Siapa larat makan peria dan nanas berpuluh  biji sekali gus kan?

Baca juga: Khasiat Buah Tembikai Untuk Ibu Hamil, Ia Menjadikan Bayi Bakal Lahir Cantik & Bijak!

Khasiat peria untuk ibu hamil

 

#1. Kaya dengan asid folik

Peria mengandungi asid folik yang mana cukup penting untuk ibu hamil menghasilkan janin yang sihat dan sempurna. Ia boleh mengelakkan kecacatan pada tiub saraf bayi. 

#2. Melancarkan pencernaan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimana peri boleh lancarkan pencernaan? Ini kerana peria tinggi dengan kandungan serat. Dan makanan yang tinggi serat ini bagus untuk melancarkan pencernaan lantas elakkan sembelit. 

#3. Meningkatkan sistem imunisasi

Selain buah-buahan, peria juga kaya dengan kandungan Vitamin C. Jadi ia bagus untuk meningkatkan sistem imunisasi ibu hamil. Jadi kuranglah demam atau selsema ketika hamil. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Menurunkan gula dalam darah

Kajian ada menunjukkan yang peria berupaya menurunkan gula dalam darah. Berita baik untuk ibu-ibu hamil yang mengalami masalah gestational diabetes. Ini kerana peria mengandungi insulin yang berupaya menurunkan gula. 

#5. Menambahkan tenaga

khasiat peria untuk ibu hamil juga boleh meningkatkan stamina dalam badan, dan selalunya diambil dalam bentuk jus. Namun ibu hamil perlu hati-hati, elakkan mengambil jus peria dengan kerap kerana bimbang boleh menyebabkan kelahiran bayi pramatang. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6. Mengekalkan berat yang sihat

Ini elok juga diamalkan lepas bersalin, ibu-ibu boleh kembali ke berat badan sebelum mengandung dengan cepat dan sihat! Oleh kerana kandungan fiber yang tinggi ia membuat sistem pencernaan menjadi lebih bagus. 

#7. Merawat buasir

Daun peria cukup berkesan bagi merawat penyakit buasir ketika anda sedang hamil. Caranya adalah amat mudah, ambil rebusan daun peria dan campurkan ke dalam segelas susu.

Amalkan minum air ini setiap pagi. Manakala akarnya pula jika dihancurkan boleh disapu di bahagian buasir tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Makanan lain yang baik untuk ibu hamil

Pilih makanan yang kaya fiber

Makanlah makanan yang mengandungi serat yang baik untuk melancarkan penghadaman serta mengurangkan lemak di dalam badan.

Masaklah makanan sendiri di rumah agar dapat mengurangkan jumlah minyak, gula dan perasa. Biasakan kukus, rebus atau panggang makanan supaya minyak di dlm makanan dapat dikurangkan

Minum air yang cukup

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Air ialah elemen yang penting dalam tubuh badan. Tanpa air, badan akan menjadi lesu dan letih serta mengalama dehidrasi. Begitu juga untuk ibu mengandung. Janin juga memerlukan air.

Minumlah air sekurang-kurangya 8 gelas sehari supaya badan menjadi sihat.

Selain itu, pelbagaikan hidangan yang berasaskan air seperti buah-buahan dan jus.

Elakkan air manis untuk mengelakkan diabetis sewaktu hamil.

Makanan Laut

Pastikan anda bebas alahan untuk makan makanan laut. Makanan laut ternyata bagus untuk perkembangan otak janin kerana kaya dengan omega 3 dan protein untuk pembentukan janin yang sihat.

Jika anda alah dengan makanan laut, suplemen minyak ikan yang kaya dengan omega 3 juga membantu sedikit sebanyak. Tetapi, pastikan anda merujuk kepada doktor sebelum makan apa-apa supplemen.

Produk Tenusu

Produk tenusu kaya dengan protein dan kalsium. Protein penting untuk jaringan sel bayi dan membentuk tulang kuat dan sihat. Produk tenusu juga penting untuk ibu mengandung.

Kekacang dan bijirin

Kekacang antara makanan yang kaya dengan sumber vitamin B dan asid folik yang amat bagus untuk perkembangan saraf bayi.

Ia adalah kaya dengan sumber protein tetapi sumber protein yang terdiri daripada tumbuhan. Ibu mengandung boleh mempelbagaikan sumber protein di dalam diet mereka.

Selain itu, bijirin juga kaya dengan serat, vitamin B, mineral, dan karbohidrat untuk tenaga yang baik.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Bumbumchak

Baca juga: Khasiat Jambu Batu Dipercayai Bantu Tambah Darah Ibu Hamil & Menjaga Sistem Saraf Bayi