Ketika berbadan dua, ibu-ibu sering diingatkan untuk mengambil pemakanan yang sihat bagi memastikan anda dan bayi dalam keadaan baik. Namun tahukah anda akan khasiat timun untuk ibu hamil?
Isi Kandungan
10 Manfaat Timun Untuk Ibu Hamil
1.Kaya Pelbagai Vitamin
Tabiat makan timun semasa mengandung adalah baik kerana ia mengandungi banyak mineral seperti magnesium, kalsium, iodin, kalium, fosforus dan zat besi.
Kesemua mineral ini amat penting dalam mengekalkan tekanan darah ibu mengandung, pembentukan tulang bayi dan juga organ lain.
2.Mencegah Rasa Loya Dan Mengurangkan Alahan
Rasa loya dan ingin muntah merupakan masalah biasa dihadapi hampir kebanyakan ibu mengandung. Khasiat timun dikatakan dapat mengurangkan masalah ini.
Jika anda tidak tahu cara untuk menikmatinya pada trimester pertama, apa kata olah timun menjadi jus segar. Boleh juga tambah dengan buah-buahan kesukaan anda yang lain seperti epal hijau, oren atau lemon.
3.Mengelakkan Masalah Sembelit
Sembelit atau kesukaran membuang air besar ketika mengandung berpunca oleh hormon progesteron yang meningkat. Keadaan ini mengurangkan kadar hormon yang mengawal saluran pencernaan (motilin) dan menyebabkan otot di usus berubah menjadi keadaan berehat.
Sisa makanan di dalam usus akan bergerak perlahan. Situasi ini sekaligus membolehkan lebih banyak penyerapan nutrien berlaku dan membuatkan perut tidak selesa. Justeru pengambilan timun ketika mengandung dapat mengurangkan sembelit kerana ia kaya serat dan kandungan air.
4.Meningkatkan Ketahanan Tubuh
Khasiat timun yang tinggi antioksidan dan beta-karoten dapat melawan radikal bebas dalam tubuh. Ia sekaligus mampu mengekalkan sistem imun dan mengelakkan jangkitan penyakit.
5.Mengawal Kadar Gula Dalam Darah
Ramai ibu mengandung di Malaysia mengalami masalah diabetes gestasional yang memerlukan anda mengawal pemakanan atau on insulin. Khasiat timun dikatakan mampu mengaawal tekanan darah dan kadar gula dalam tubuh.
6.Mengawal Hidrasi Tubuh
Timun mengandungi kira-kira 95% air, yang membantu menjaga hidrasi tubuh. Hidrasi yang baik penting semasa kehamilan untuk menyokong fungsi tubuh yang optimum dan mencegah dehidrasi.
7.Sumber Vitamin K
Timun mengandungi vitamin K, yang berperanan dalam pembekuan darah dan kesihatan tulang. Vitamin K juga menyokong kesihatan ibu dan janin semasa kehamilan.
8.Mengurangkan Risiko Kejang Kaki
Kandungan kalium dalam timun boleh membantu mengurangkan risiko kram atau kejang kaki, yang sering berlaku pada ibu hamil.
9.Menjaga Kesihatan Kulit
Timun mengandungi antioksidan dan vitamin C yang membantu menjaga kesihatan kulit. Ini penting untuk mengatasi perubahan kulit yang sering berlaku semasa kehamilan.
10.Mengurangkan Keradangan
Kandungan flavonoid dan tanin dalam timun boleh membantu mengurangkan keradangan dan memberikan kesan menenangkan pada tubuh.
Kandungan Khasiat Timun
- Air: 95% daripada timun, membantu hidrasi dan mencegah dehidrasi
- Serat: Menyokong pencernaan dan mencegah sembelit
- Vitamin C: Antioksidan yang melindungi sel dan menyokong sistem imun
- Vitamin K: Penting untuk pembekuan darah dan kesihatan tulang
- Kalium: Mengatur tekanan darah dan mencegah kram otot
- Magnesium: Menyokong fungsi otot, saraf, dan kesihatan tulang
- Antioksidan: Melawan radikal bebas dan mengurangkan keradangan
- Asid Silikat: Memperbaiki kesihatan kulit dan tisu penyambung
- Kalori Rendah: Baik untuk pengurusan berat badan
- Lignans: Fitokimia dengan sifat antioksidan, membantu mengurangkan risiko penyakit
Efek Samping Makan Timun Untuk Ibu Hamil
1.Masalah Pencernaan
Pengambilan berlebihan boleh menyebabkan kembung atau gas.
2.Reaksi Alergi
Boleh menyebabkan ruam atau gatal-gatal pada sesetengah individu.
3.Pengaruh Pada Tekanan Darah
Kalium dalam timun boleh mempengaruhi tekanan darah jika dimakan terlalu banyak.
4.Peningkatan Kekerapan Kencing
Sifat diuretik timun boleh meningkatkan kekerapan kencing.
5.Masalah Keseimbangan Elektrolit
Pengambilan timun yang berlebihan boleh mengganggu keseimbangan elektrolit.
6.Interaksi Dengan Ubat-Ubatan
Boleh berinteraksi dengan beberapa ubat; rujuk doktor jika perlu.
7.Pendedahan Kepada Racun Perosak
Pastikan timun dicuci bersih untuk mengelakkan sisa racun perosak
Tips Pengambilan Timun Ketika Hamil
Sayuran hijau mentah merupakan sesuatu yang kebiasaan anda ambil. Lebih-lebih lagi jika ingin menjadikannya sebagai ulam. Walau bagaimanapun sewaktu berbadan dua ini, ibu mungkin berasa ragu-ragu untuk makan sayuran mentah seperti timun. Menurut American Pregnancy Association, ibu mengandung boleh mengambil apa sahaja sayuran mentah. Namun perlu ikuti beberapa tips di bawah:
- Ibu hendaklah mencuci sayur hingga benar-benar bersih.
- Rendam sayur dalam air garam untuk membunuh kuman yang ada.
- Buang bahagian sayur yang kelihatan rosak atau berubah warna.
- Cuci terlebih dahulu alat yang digunakan untuk memotong sayur bagi mengelakkan keracunan makanan
- Simpan sayur mentah dan bahagian lauk secara berasingan di dalam peti sejuk.
Semoga bermanfaat!
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 7 Tips Memilih Baju Untuk Ibu Mengandung, Yang Penting Selesa & Nampak Cantik!
Baca juga: Bila Demam Atau Tidak Sedap Badan, Ibu Mengandung Boleh Makan Panadol? Ini Jawapan Doktor
Baca juga: Buah Jambu Batu Mampu Menambah Darah Ibu Hamil & Menjaga Sistem Saraf Bayi