Memandangkan musim cuti sekolah tidak lama lagi, mestinya ramai ibu bapa yang bercadang untuk khatan bayi lelaki mereka, kan? Bagi anak yang sudah bersekolah, mereka dapat berehat dan menjaga luka sunat dengan lebih baik.
Bila ditanya berkaitan kaedah sunat yang dipilih, biasanya masih ada segelintir ibu bapa yang suka menggunakan cara kampung di mana menggunakan khidmat tok mudim. Namun, zaman serba canggih kini banyak prosedur lain yang boleh dilakukan sekaligus memudahkan lagi proses bersunat.
Seperti yang berlaku baru-baru ini, apabila sepasang suami isteri khatan bayi lelaki mereka kepada seorang doktor. Namun apa yang terjadi benar-benar membuatkan ibu bapa kanak-kanak tersebut terkejut dan marah dengan insiden yang berlaku.
Sebelum menjelaskan lebih lanjut tentang insiden ini, jom kita recap balik apa itu sunat. Khatan bayi lelaki adalah penghapusan kulup dari zakar. Ini adalah prosedur perubatan yang banyak dilakukan dalam perubatan demi memastikan kebersihan di kawasan alat kemaluan lelaki.
Khatan bayi lelaki
Seorang bapa di Brazil baru-baru ini terkejut dan kecewa apabila anak lelakinya yang baru berumur tiga tahun menderita apabila zakarnya telah terpotong semasa melakukan pembedahan bersunat oleh doktor bedah yang telah berpengalaman lama dalam prosedur tersebut.
Bapa tersebut yang bernama Alberthy Camargos berkata beliau bersetuju untuk melakukan pembedahan pembuangan kulup itu oleh kerana anak lelakinya menghidap phimosis iaitu satu keadaan di mana kulup menjadi sangat ketat sehingga tidak dapat ditarik semula ke atas dan ia berkaitan dengan masalah pada kalenjar zakar.
Atas sebab itu, doktor mencadangkan budak lelaki itu menjalani pembedahan atau sunat untuk memperbetulkan semula zakarnya. Lalu ibu bapa kanak-kanak tersebut bersetuju dengan cadangan doktor itu.
Sunat sampai 4 jam, lamanya!
Pada hari kejadian, Carmagos sangat pelik kerana proses sunat yang biasanya mengambil masa selama 30 minit sahaja tapi berlangsung hampir empat jam!
Lebih memeranjatkan adalah semasa doktor keluar dari bilik pembedahan, mereka memaklumkan zakar anak lelakinya telah terpotong secara keseluruhannya! Bahkan, doktor cuba menutup kesilapannya dan berselindung dengan memberi pelbagai alasan yang tak logik.
Ini kerana, semasa bapa kanak-kanak itu bertanyakan mengapa prosedur mengambil masa yang lama, doktor meyakinkannya bahawa semuanya baik-baik saja dan anakya masih sihat. Bahkan doktor telah menggulung keseluruhan zakar budak itu untuk menyembunyikan kesilapannya.
Setelah terbongkar segala rahsia, bapa tersebut sangat kecewa dengan pusat perubatan tersebut dan memindahkan anaknya ke hospital yang lain.
Dengan kecanggihan dunia perubatan, doktor dari hospital yang lain akan membantu anak lelakinya dengan melakukan pembedahan zakar dengan menggunakan kulit dari lengan atau paha supaya dapat memelihara tisu ereksi sekaligus menjalani kehidupan seksual yang normal pada masa akan datang.
Prosedur sunat anak lelaki
Menurut Dr Khairul Faizie beliau berkongsi dua teknik yang selalu diguna pakai untuk khatan kanak-kanak dan lelaki dewasa. Berikut adalah teknik yang perlu orang ramai fahami.
#1. Teknik freehand
Teknik bersunat freehand ini ialah teknik yang menggunakan gunting, forceps dan sebagainya. Dalam teknik ini, kulit akan dipotong dan kemudiannya dijahit semula.
Namun begitu, seiring dengan kemajuan dan kecanggihan teknologi perubatan, alatan seperti gunting telah digantikan dengan alat yang dipanggil Diathermy. Bahkan, alat ini bukan digunakan semata-mata untuk bersunat, tetapi pembedahan besar yang lain juga turut menggunakan alat yang sama.
Manakala laser yang selalu disebut oleh sesetengah masyarakat itu sebenarnya alat Diathermy ini. Mungkin namanya kurang popular kepada masyarkat yang bukan dalam bidang perubatan, maka laser digunakan sebagai pengganti nama.
Diathermy juga dipanggil sebagai Electrosurgery yang menggunakan cas elektrik berfrekuensi tinggi untuk menghasilkan haba supaya dapat digunakan bagi memotong kulit dan menghentikan pendarahan dengan cara menutup saluran darah.
Guna teknik freehand ini boleh mempercepatkan proses penyembuhan kerana kulit akan dijahit selepas sunat dilakukan.
#2. Teknik clamp
Teknik ini juga turut dipanggil sebagai devices circumcision via devices. Semua jenis clamp yang ada adalah seperti Alisklamp, ismailclamp dan smartklamp.
Berkhatan dengan menggunakan cara ini akan mengalami penyembuhan luka yang dipanggil secondary intention wound healing di mana tiada jahitan digunakan. Teknik clamp ini akan mengepit lapisan kulit yang ingin dibuang supaya tiada aliran darah ke bahagian kulit tersebut. Seterusnya kulit akan luruh, tanggal dan mati sendiri.
Jadi sesiapa yang memilih cara ini perlu menunggu antara tujuh ke 10 hari untuk clamp itu tertanggal sendiri dengan kulit yang ingin dibuang. Terdapat kes di mana clamp tidak dapat tertanggal sendiri dan doktor perlu melakukannya secara manual.
Malah proses penyembuhan juga memakan lama sedikit berbanding teknik freehand.
Kesimpulannya, terpulang kepada anda untuk memilih teknik yang mana asalkan kewajipan bersunat dapat dilakukan dengan cara yang paling baik dan selamat. Semoga bermanfaat.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber : Goodyfeed, Siakap Keli
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysi
Baca juga
https://my.theasianparent.comsunat-anak-lelaki