Rumah yang tiada pendingin hawa pastinya agak terkesan dengan cuaca panas yang sedang berlaku sekarang kerana kipas siling semata-mata tidak mencukupi untuk menyejukkan rumah namun jika ada kipas dinding sedikit sebanyak boleh membantu aliran udara di rumah lebih baik dan tidak panas.
Biasanya kipas dinding diletakkan di rumah-ruang yang tiada kipas siling seperti ruang makan, dapur, porch luar dan juga bilik.
Kipas dinding mampu menghasilkan angin yang lebih kuat dan meluas berbanding kipas meja atau kipas berdiri dan membantu mengalirkan udara serta memberikan kesejukan yang lebih serata di seluruh bilik.
Selain itu, kipas dinding mempunyai rekaan yang kukuh dan boleh dipasang di dinding supaya tidak mengambil ruang lantai dan sesuai digunakan dalam bilik yang sempit.
Apabila dipasang pada ketinggian yang tinggi, keselamatan kanak-kanak atau haiwan peliharaan lebih terjamin berbanding kipas meja atau kipad berdiri yang biasa diletakkan di atas meja atau di lantai. Risiko anak-anak kecil memasukkan jari ke dalam bilah kipas!
Isi Kandungan
Tips Pemilihan Kipas Dinding Terbaik
Bagu sesetengah orang agak sukar membuat pilihan apabila memilih kipas dinding. Bagaimana nak tahu cara betul pilih kipas angin dinding yang sejuk mengikut kesesuaian ruang dan penggunaan?
Terdapat pelbagai jenis kipas dinding yang ada di pasaran. Kami kongsikan tips pemilihan kipas dinding seperti di bawah :
1. Ukuran kipas
Pastikan anda memilih kipas yang sesuai dengan ukuran saiz bilik di mana kipas akan dipasang. Semakin besar bilik anda, semakin besar saiz kipas yang anda perlukan untuk pengaliran udara yang lebih efektif.
2. Kelajuan kipas
Kipas dinding biasanya memiliki beberapa kelajuan yang boleh diubah sesuai dengan keselesaan anda. Anda boleh pilih kipas dinding dengan kelajuan yang lebih rendah untuk wujudkan suasana yang lebih tenang atau kelajuan yang lebih tinggi untuk mendinginkan ruangan bilik yang lebih besar dengan cepat.
3. Bunyi kipas
Cari kipas dinding yang tidak menghasilkan bunyi terlalu bising supaya anda boleh rehat dengan selesa di bilik tanpa gangguan. Kebanyakan kipas yang berkelajuan timggi akan menghasilkan bunyi bising tetapi tengok juga pada jenama, yang lebih mahal lebih senyap.
4. Rekaan kipas dinding
Terdapat pelbagai rekaan kipas dinding yang berbeza, dari gaya tradisional hingga moden. Oleh itu, pilih kipas dinding yang sesuai dengan dekorasi rumah anda.
5. Harga
Harga adalah salah satu faktor penting yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan membeli kipas dinding dan pilih jenama kipas yang dipercayai ramai dan mempunyai ciri tambahan seperti dipasang fius keselamatan haba, remote control, timer, lampu, mempunyai jaminan kedai, diperakui SIRIM dan lain-lain lagi.
8 Kipas Dinding Terbaik Untuk Pengudaraan Yang Lebih Nyaman
Kami senaraikan 8 jenis kipas dinding daripada pelbagai jenama mengikut kesesuaian keperluan dan ruang.
Khind 16" Wall Fan with Remote Control
Terbaik Jenama Dipercayai
|
Buy now |
SKYWORTH Electric Fan
Terbaik Dengan Rekaan Moden
|
Beli di Shopee |
Panasonic Wall Fan F-MU408 16"
Terbaik Dengan Fius Keselamatan Termal
|
Beli di Shopee |
FOOKSUNG Industrial Wall Fan
Terbaik Untuk Industri
|
Beli di Shopee |
KDK Wall Fan with Remote Control
Terbaik Tahan Lama
|
Beli di Shopee |
DEKA MS16 Wall Mounted
Terbaik Rekaan Cantik
|
Beli di Shopee |
OSMAN Portable Bladeless Fan
Terbaik Tanpa Bilah
|
Beli di Shopee |
SAST Wall Fan
Terbaik Jenis Senyap
|
Beli di Shopee |
Khind 16" Wall Fan with Remote Control
Kipas Dinding Terbaik Jenama Dipercayai
Apabila membeli perkakasan elektrik paling utama adalah melihat jenamanya dahulu kemudian barulah harga. Jenama Khind adalah jenama terkenal, harganya tidak terlalu mahal tapi masih menjaha kualiti barangnya.
Kipas angin dinding jenama Khind ini mempunyai prestasi motor kipas yang kuat seterusnya memberi aliran angin yang kuat dan konsisten.
Putaran angin boleh sampai sehingga 60m³/min dengan kelajuan maksima kipas 1275 rpm.
Paling utama, kipas ini antara kipas yang jimat elektrik dengan pengiktirafan 5 star energy rating malah kipas ini dijamin selamat dan tahan lasak kerana dipasang fius keselamatan haba.
Apa yang kami suka :
- Dilengkapi dengan alat kawalan jauh untuk membolehkan kita tukar kelajuan dan ayunan kepala kipas.
- Mempunyai 3 fungsi kelajuan dan ayunan kepala kipas yang baik.
- Ranking 5 bintang jimat tenaga.
SKYWORTH Electric Fan
Kipas Dinding Terbaik Dengan Rekaan Moden
Kipas serba moden daripada jenama Skyworth ini mempunyai ciri-ciri fungsi mesra pengguna kerana menggunakan kawalan jauh dengan tiga pilihan kelajuan.
Paling penting, dapat memberi tenaga yang kuat untuk putaran kipas dengan ayunan 70° dan 90° yang memberi keseluruhan ruang rasa sejuk.
Apa yang kami suka :
- Harga yang berpatutan dengan ciri-ciri yang ditampilkan.
- Pilihan warna yang menarik sesuai untuk dekorasi rumah.
- Angin yang terhasil lebih sejuk berbanding kipas dinding rekaan lama.
Panasonic Wall Fan F-MU408 16"
Kipas Dinding Terbaik Dengan Fius Keselamatan Termal
Model kipas Panasonic ini lengkap dengan ciri moden dan telah dikenali sebagai pengeluar jenama kipas dinding terbaik.
Saiz 3 bilah kipas 16 inci ini mampu meliputi angin sehingga 63 (m3/min) dan dapat menyejukkan ruang bilik anda jadi kipas ini sesuai untuk dipasang dimana sahaja sudut rumah anda.
Kipas ini turut mempunyai alat kawalan jauh yang lengkap bersama 3 pilihan kelajuan angin dan tetapan masa yang boleh di set selama 6 jam.
Material badan kipas dan bilahnya diperbuat daripada bahan plastik yang akan memudahkan anda untuk bersihkan kipas ini.
Paling penting, sangat mudah untuk dapatkan alat ganti kerana barangan Panasonic mudah didapati di mana-mana kedai perkakasan elektrik.
Apa yang kami suka :
- Mempunyai alat kawalan jauh
- Terdapat 3 pilihan kelajuan
- Mempunyai timer
- Saiz kipas 16 inci sesuai untuk kebanyakan ruang
FOOKSUNG Industrial Wall Fan
Kipas Dinding Terbaik Untuk Industri
Kipas ini bersaiz lebih besar malah tiga bilah kipasnya adalah daripada material aluminium dan menghasilkan putaran angin yang laju dan stabil supaya mengimbangi suhu ruang.
Menariknya, struktur kipas yang teguh bersama penutup kipas yang kuat dan cincin pengukuhan bagi memastikan kipas selamat digunakan sepanjang masa.
Kepantasan putaran motor kipas ini pula boleh sehingga 1350 rpm yang dapat menyejukkan 70 m/s ruang.
Apa yang kami suka :
- Sesuai digunakan di ruang besar seperti restoran, kedai, bengkel, atau luar rumah
- Angin yang dihasilkan lebih kuat
KDK Wall Fan with Remote Control
Kipas Dinding Terbaik Tahan Lama
Kipas siling jenama KDK sering menjadi pilihan kebanyakan orang kerana tahan lasak namun ramai yang tahu jenama ini juga ada kipas dinding.
Kipas angin dinding ini mempunyai motor jenis 14 pole condenser dengan ball bearing yang berkualiti.
Selain kuat dan dapat beroperasi dengan senyap, kipas ini turut mempunyai kawalan jauh fungsi penuh untuk on/off, 3 kawalan kelajuan, tetapan masa dan kawalan ayunan atau manual pada badan kipas.
Putaran rendah 774-946rpm dan putaran tinggi 1103-1349rpm dapat menghasilkan aliran udara kapasiti 2225 CFM yang menyegarkan.
Dilindungi oleh fius keselamatan termal dan tahap bunyi pula kurang dari 60 dB, jadi lebih selamat digunakan dan dapat elak masalah fius terbakar.
Sesuai untuk kegunaan rumah atau pejabat kerana reka bentuknya yang ringkas.
Apa yang kami suka :
- Rating 5 bintang
- Jenama yang dipercayai
- Tak mudah rosak
- Ada timer
- Mempunyai fius keselamatan termal
- 3 kawalan kelajuan
DEKA MS16 Wall Mounted
Kipas Dinding Terbaik Rekaan Cantik
Hadir dalam warna kayu dan hitam yang elegan, reka bentuk kipas jenama Deka yang cantik ini boleh memberikan kesan moden dan mewah dalam rumah anda.
Dilengkapi dengan 6 tahap kelajuan yang boleh dikawal dari jarak jauh dan 3 bilah yang besar dari bahan ABS untuk mengalirkan udara yang kuat dan sejuk.
Mampu berayun 120 darjah dari kiri ke kanan dan menggunakan motor DC yang cekap tenaga, anda juga boleh menetapkan masa penutupan automatik pada 1, 4 atau 8 jam.
Paling penting, anda boleh pasang kipas berukuran 16 inci ini di dinding atau syiling ruang tamu.
Apa yang kami suka :
- Rekaan cantik sesuai untuk dekorasi moden dan klasik
- Kawalan jauh
- Mempunyai timer yang boleh disetkan 1, 4 & 8 jam
- Mempunyai 6 kelajuan
- 120 ayunan
OSMAN Portable Bladeless Fan
Kipas Dinding Terbaik Tanpa Bilah
Menggunakan teknologi Kelajuan Angin Dering untuk mencipta aliran kuat aliran udara tanpa gangguan, 3 kelajuan angin sebagai pilihan anda bebas menyesuaikan mengikut keperluan anda.
Boleh beroperasi jauh, mudah digunakan dengan jarak kawalan jauh terjauh 5 meter.
Disebabkan tiada bilah, ia selamat digunakan sebagai kipas meja atau sebagai alternatif boleh digunakan sebagai kipas yang dipasang di dinding.
Tiada jeriji atau bilah keselamatan yang janggal sangat mudah dibersihkan.
Apa yang kami suka :
- Rekaan moden, bersaiz kecil
- Tiada bilah, selamat untuk kanak-kanak
- Berkelajuan sederhana, cukup untuk ruang yang kecil
SAST Wall Fan
Kipas Dinding Terbaik Jenis Senyap
Jika anda memerlukan kipas dinding untuk ruang yang kecil seperti bilik kerja, anda boleh mempertimbangkan kipas dari jenama ini.
Kuasa 60w, voltan 220V memenuhi keperluan elektrik yang sesuai di Malaysia, dengan tiga jenis kelajuan yang mampu menghasilkan aliran udara yang kuat serta senyap.
Jika yidak mahu letak di dinding, anda juga boleh letak di atas meja kerana rekaan kipas ini juga boleh didirikan.
Apa yang kami suka :
- Sesuai untuk bilik kecil hingga sederhana seperti ruang kerja atau bilik tidur bujang.
- Rekaan moden dan minimalis
- Senyap tetapi kelajuan kuat
Perbandingan Harga Kipas Dinding Terbaik
Jenama | Kuasa | Harga |
Khind 16" Wall Fan with Remote Control | 50 W | RM149.00 |
SKYWORTH Electric Fan | 45 W | RM136.80 |
Panasonic Wall Fan F-MU408 16" | 49.9 W – 60.9 W | RM189.00 |
FOOKSUNG Industrial Wall Fan | 280 W | RM98.90 |
KDK Wall Fan with Remote Control | 43.0 W – 65.2 W | RM255.00 |
DEKA MS16 Wall Mounted | 50 W | RM398.00 |
OSMAN Portable Bladeless Fan | 26 W | RM288.14 |
SAST Wall Fan | 60 W | RM115.00 |
Cara Membersihkan Kipas
Membersihkan kipas boleh dikategorikan sebagai kerja yang renyah terutama sekali kalau nak membersihkan kipas meja, kipas dinding atau kipas berdiri.
Maklumlah bukan sahaja kipasnya yang perlu dicuci malah jaring-jaring penutup kipas juga perlu dicuci satu persatu memang makan masa namun ada cara yang mudah dan pantas anda boleh gunakan untuk membersihkan kipas jenis ini. Boleh baca tips di bawah ya?
1. Guna cuka makan. Bukan guna satu botol tau. Hanya setengah gelas sahaja.
2. Kemudian, masukkan baking soda. Masukkan tiga sudu baking soda ke dalam gelas.
3. Bahan yang terakhir sekali ialah pencuci pinggan. Masukkan dua sudu pencuci pinggan ke dalam gelas berisi soda bikarbonat dan cuka tadi. Kemudian kacau dengan sudu.
4. Selepas dah siap boleh tuangkan ke dalam botol spray.
5. Semburan campuran tiga bahan tadi pada permukaan kipas.
6. Kemudian balut kepala kipas dengan plastik. Pastikan saiz plastik itu lebih besar daripada kepala kipas. On kan suis kipas dan tekan pada kelajuan maksimum dalam masa 5 minit.
7. Dah siap, kipas lebih bersih! Habuk semua jatuh ke dalam plastik. Tak perlu susah-susah nak tanggalkan kepala dan bilah kipas. Lepas ni tiap-tiap minggu boleh cuci kipas!
@eidiliz Cara Mudah Nak bersihkan Kipas#nakdengar #jombelajar #Jomfollow ♬ original sound – Eidil Iz
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di lamantheAsianparent Malaysia
Baca juga : Negara Yang Bercuaca Panas Tinggi Risiko Untuk Ibu Lahirkan Bayi Pramatang & Kelahiran Mati
Baca juga : Rumah Sejuk Tanpa Pasang Aircond, Wanita Kongsi Cara Bajet Hadapi Cuaca Panas