Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, pastinya menginginkan kebahagiaan hidup bersama. Namun kisah isteri berdepan dengan penyakit berbahaya ini telah mencetuskan hiba dalam kalangan pengguna media sosial.
Dalam kehidupan suami isteri, tidak akan sempurna tanpa adanya halangan dan ujian melanda. Ia boleh datang secara tiba-tiba dan tidak semua pasangan kuat berdepan dengannya.
Kisah isteri diceraikan suami kerana tidak cantik
Mungkin ada yang diuji dengan sikap pasangan dan ada pula diuji dengan nafsu sehingga melihat isteri jatuh sakit sudah la tidak menarik perhatian.
Siapa sangka kisah isteri cekal hatinya sanggup berjuang meneruskan hidup setelah dia menghidap kanser payudara tahap 4. Disebabkan oleh suaminya tidak mengizinkan buang, akhirnya ditinggalkan tanpa belas kasihan.
Ikuti kisah sebenar yang telah dikongsikan oleh seorang pegawai perubatan, Khairy Malik melalui media sosial Facebook.
Ada terbaca tempoh hari tentang suami tidak mengizinkan isteri bersalin di hospital. Baginya kalau meninggal dunia ketika melahirkan bayi, ia sudah dianggap sebagai syahid. Itu bukan suami yang baik ya!
Teringat kisah waktu aku study dekat universiti dulu, tidak ada kena mengena dengan bersalin di rumah. Tetapi cerita tentang suami tak guna.
Waktu tu rotation jabatan pembedahan. Ada pesakit wanita, muda lagi umurnya dalam 40 tahun telah menghidap kanser payudara tahap 4. Badannya sudah kurus kering, rambut gugur sana sini. Kasihan.
Apabila ditanya, rupanya dari tahun sebelumnya dia sudah awal lagi tahu terdapat ketumbuhan di bahagian payudara. Sebelum kansernya merebak.
Semasa rawatan awal, wanita berkenaan telah dinasihatkan oleh doktor untuk membuang ketumbuhan yang ada sebelum keadaan menjadi lebih parah. Menurut Khairy, apa yang menyedihkan adalah suami wanita berkenaan tidak memberi kebenaran untuk melakukan pembedahan buang ketulan tersebut kerana bimbang si isteri sudah tidak cantik lagi.
”Suami dia cakap, kalau tidak ada payudara memang tak ada beza kalau kahwin dengan lelaki.”
Menerima ugutan cerai
Tidak cukup dengan itu, Khairy mengatakan bahawa suami wanita tersebut juga mengugut akan menceraikannya jika dia meneruskan pembedahan.
Sebab nanti dada dah flat, sudah tidak seksi agaknya. Jadi dia pun teruskan hidup seperti biasa dengan kanser payudara sehingga ke tahap lebih bahaya.
Memang waktu tu kami sedih dengar cerita dia. Selepas itu, professor tanya, ”Sekarang mana suami kamu? Dia tidak teman datang hospital?”
Dia jawab, ”Oh kami sudah bercerai. Dia tidak sanggup beristerikan perempuan yang ada penyakit macam saya. Semenjak saya menghidap kanser, diri sudah tidak cantik macam dahulu. Sudah kurus, rambut banyak gugur dan selalu sakit-sakit.”
Waktu itu professor mengucap panjang. Kami rasa cukup simpati terhadap nasibnya. Bila awal kanser, ugut nak cerai kalu buat operation sebab dada dah tak cantik.
Bila masuk stage akhir, dah merebak sana sini, dah selalu sakit-sakit, kesudahannya diceraikan juga.
Pesanan buat para isteri
Kesimpulan yang aku nak cerita dekat sini, memanglah syurga itu di bawah tapak kaki suami. Tapi tengok juga kalau berkaitan dengan nyawa ataupun melanggar syara’, aku rasa perlu abaikan kot.
Sebab dalam Islam sendiri, nyawa itu sangatlah penting sehinggakan kalau dalam keadaan darurat pun kita dibolehkan untuk makan khinzir. Betapa pentingnya nyawa sampai benda haram pun boleh dimakan demi menyelamatkan nyawa.
Bagi aku, penyakit seperti ini darurat lah. Penting untuk kita berusaha menyelamatkan nyawa. Tidak perlulah kejar mati syahid dengan cara sebegitu sedangkan agama telah mengatakan nyawa lebih penting.
Anda ada pilihan dan penyelesaian, bukannya tidak ada. Kesimpulannya, aku nak cakap kepada si suami, jadilah pasangan yang berguna dan bertimbang rasa.
Jadilah suami dan bukannya tahi. Kepada isteri, ikutlah cakap suami, taat dan patuhlah. Tetapi kalau bab melibatkan nyawa atau bertentangan dengan hukum syara’, lebih baik abaikannya kerana diri sendiri terpaksa menanggung kesakitan.
Sumber: Khairy Malik
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comjalan-ke-syurga