Sekelip Mata Budak 3 Tahun Mati Lemas, Selepas Terjun Sungai Belakang Rumah

Siapa sahaja tidak sanggup berdepan kisah kematian sekelip mata. Dalam anda memantau anak-anak, pastinya tidak terlepas dengan sebarang kemalangan bahaya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap ibu ayah pastinya ingin membesarkan anak-anak dengan baik sehingga dia menjadi seorang insan berjaya. Namun, tidak semua mampu memenuhinya kerana takdir ajal maut di tangan Allah sehingga terpaksa berdepan kisah kematian yang tragis.

Siapa sangka keadaan anak yang penuh ceria dan gelak tawa hilang sekelip mata apabila terlibat dengan sesuatu musibah sehingga meninggalkan kesan kerinduan mendalam terhadap keluarga tercinta.

Kisah kematian kanak-kanak lemas

Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun telah ditemui lemas dalam sungai Sungai Lubuk Badak, Baling pada 4 Mei lalu.

Menurut keterangan oleh Ketua Polis Daerah Baling, Superitendan Syed Basri Sye Ali berkata, mangsa bernama Muhammad Danish Iskandar Abdul Muizz telah bersama dengan ibu serta adik perempuannya berusia 1 tahun di hadapan rumah mereka sebelum ditemui lemas dalam sungai.

''Ibunya dipercayai meninggalkannya sendirian sementara dia masuk ke dalam rumah sekejap. Kemudian, neneknya menyedari bahawa mangsa tiada di hadapan rumah tersebut.'' jelasnya.

Tambahnya lagi, hasil pencarian mendapati ibunya telah menemui sepasang selipar kanak-kanak berkenaan di tepi sungai belakang rumah mereka.

''Jarak rumah hanya 2 meter dari tebing sungai dan ketika ini paras sungai agak dalam berikutan keadaan hujan lebat kebelakangan ini,'' ujarnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau berkata, mayat mangsa telah ditemui di Sungai Lubuk Badak Kuala Kedua oleh orang asli Lubuk Legong dalam keadaan terapung.

''Jarak mangsa dijumpai kurang 2 kilometer dari tempat dia dipercayai terjatuh,'' jelasnya.

Berdasarkan siasatan, mangsa telah menetap di rumah berkenaan bersama ibu dan nenek sejak 4 tahun yang lalu. Manakala bapanya seorang peniaga air di Alor Star.

''Kami percaya mangsa terjatuh ke dalam sungai dan siasatan setakat ini mendapati tiada unsur jenayah. Mayat dibawa ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat.'' katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Insiden lemas boleh berlaku tidak mengenal usia, ketahui cara untuk mengelaknya

foto: news medical

Tiada siapa menduga atau meminta insiden kemalangan sehingga terpaksa berdepan kisah kematian insan tercinta.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun apa yang menyedihkan, statistik yang dikongsi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JPBM) berkaitan kejadian lemas mencapai 400 kes setiap tahun.

Tidak dinafikan, anak-anak akan berasa cukup seronok dan teruja apabila melihat kawasan air seperti kolam, pantai mahupun sungai.

Kejadian kemalangan boleh berlaku di mana sahaja sama ada di luar rumah mahupun dalam rumah.

Namun, apakah langkah pencegahan dan cara mengatasi insiden lemas ini agar tidak kembali berulang dan anda sekeluarga dapat melakukan aktiviti air dengan selamat dan menyeronokkan?

#1. Di rumah

  • Ibu ayah perlu memastikan sentiasa  mengawasi pergerakan anak-anak.
  • Jangan tinggalkan bayi mahupun kanak-kanak bersendirian tanpa sebarang pengawasan.
  • Kosongkan bekas air seperti baldi yang tidak digunakan. Adalah lebih baik jika anda terbalikkannya.
  • Tutup sebarang bekas tadahan air di dalam mahupun luar rumah.

#2. Kawasan sungai atau laut

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Elakkan dari membiarkan anak bermain sendirian berhampiran kawasan air.
  • Ajar anak-anak cara untuk mengenali tanda bahaya.
  • Pastikan anak sentiasa memakai pelampung sekiranya berada di dalam air.
  • Berikan pakaian yang sesuai kepada anak.
  • Sentiasa waspada dengan kedalaman air.
  • Memantau pergerakan anak-anak.

#3. Kolam renang

  • Nasihatkan anak-anak supaya tidak makan atau mengunyah gula-gula getah semasa berenang, menyelam atau berada dalam air.
  • Pastikan anak-anak menggunakan pelampung.
  • Jangan biarkan si kecil anda bersendirian.
  • Pastikan ada pengawal keselamatan bertugas.

#4. Pembelajaran secara online

Isu keselamatan dalam air perlu dimulai dengan pendidikan bagi menyedarkan para ibu ayah akan peranan dalam mengurangkan risiko insiden seperti ini berlaku.

Program pendidikan ini melibatkan pengalaman bagi membuka minda setiap individu mengenai kepentingan keselamatan dalam air.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebenarnya terdapat insiatif yang dilakukan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Open Learning Global dengan menyediakan kursus Keselamatan Air secara atas talian dan aplikasi mudah alih di UPM Water Safety.

Ia turut mengajar anda tentang keselamatan berhampiran air, kemahiran asas menyelamatkan diri, teknik menyelamatkan mangsa dan tindakan sewajar yang boleh diambil ketika berhadapan situasi kecemasan di dalam air.

Sumber: Sinar Harian, Free Malaysia Today

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: