Pernahkan anda mendengar tentang kisah kucing bernama Scarlett, si ibu kucing yang mengorbankan dirinya sendiri dalam usaha menyelamatkan anak-anak dari mati terbakar?
Kisah menyayat hati ini mengingatkan kita yang kasih sayang itu sebenarnya wujud bukan pada manusia sahaja, malah pada makhluk haiwan.
Walaupun kisah ini berlaku beberapa tahun dahulu, namun terdapat beberapa pengajaran yang boleh diambil dari Scarlett, kucing yang kental dalam membesarkan anak-anaknya.
Kisah Kucing: Ibu Kucing Terbakar Semasa Menyelamatkan Anak-anaknya
Pada 30 Mac 1996, ibu kucing dan 5 anaknya ini berada di garaj terbengkalai yang digunakan secara haram sebagai rumah di Brooklyn semasa kebakaran berlaku.
Apabila kebakaran akhirnya terkawal dengan bantuan bomba, David Giannelli, salah seorang pemadam kebakaran di tempat kejadian telah menyedari seekor ibu kucing membawa anak-anak keluar dari garaj tersebut satu demi satu!
Kelihatan ibu kucing tersebut yang diberi nama Scarlett telah terbakar dengan teruk dalam cubaan menyelamatkan anak-anak akibat berlari ke dalam api.
Matanya kelihatan tertutup rapat, telinganya dan tapak kakinya melecur teruk, dan bulunya juga sudah terbakar.
Paling menyedihkan, majoriti bulu di wajahnya juga turut terbakar.
Setelah menyelamatkan semua anak-anak kesayangannya, si ibu menyentuh setiap anak kucingnya dengan hidungnya untuk memastikan mereka berada di sana dan masih hidup.
Ini kerana lepuh di matanya yang menyebabkan matanya tertutup menjadikannya mustahil untuk melihat mereka pada masa itu.
Apabila dia sudah memastikan semua anak-anaknya itu selamat dan dalam keadaan baik, Scarlett terus jatuh rebah akibat sudah lemah dan dalam kesakitan! Betapa besarnya pengorbanan ibu kucing ini!
Kisah Kucing: Ibu Kucing dan Anak-Anaknya Mendapat Rawatan Veterinar
Selepas kejadian tersebut, Scarlett dan seluruh keluarganya comelnya segera dibawa ke klinik veterinar di North Animal Animal League di Port Washington, New York untuk dirawat dengan segera.
Walau bagaimanapun, salah seekor dari 4 anak kucing yang tidak dapat diselamatkan akibat virus yang dihidapinya, 1 bulan selepas kes kebakaran berlaku.
Selepas melalui 3 bulan rawatan dan pemulihan, Scarlett dan anak-anaknya yang masih hidupnya disahkan sihat dan menjalani hidup seperti biasa.
Kucing heroine tersebut yang telah melalui banyak kesulitan untuk anak-anaknya kini telah tiada lagi selepas bertempur dengan pelbagai penyakit setelah 12 tahun tinggal bersama keluarga angkatnya.
Tanggal 15 Oktober 2008, merupakan hari terakhir Scarlett di dunia, namun dia mengajar kita erti keberanian dan kasih sayang tanpa kompromi.
Kisah Kucing: 10 Tanda Kucing Anda Sayangkan Anda
Kucing sememangnya antara haiwan yang selalu dijadikan peneman manusia, salah satunya kerana sifat manja dan penyayang yang dimiliki mereka.
Selain wajah kucing yang comel, beberapa sifat mereka juga menunjukkan betapa mereka menyayangi tuan mereka.
Apakah tanda-tanda kucing menyayangi kita? Jom semak senarai ini:
- Mengusap kening atau dahi kepada kita.
- Sentiasa duduk di ribaan dan kerap tertidur berdekatan.
- Angkat ekor sambil memandangnya tuannya.
- Berbunyi manja (purring) apabila berdekatan.
- Menggeselkan pipi kepada kita.
- Memandang kita tepat dengan matanya, dengan kerdipan.
- Menjilat atau mengigit dengan perlahan.
- Suka mengurut tuannya!
- Memberi anda hadiah yang berupa hasil buruannya.
Sesungguhnya kucing adalah haiwan yang perlu dijaga sebaiknya, dan diberi perhatian semasa dalam penjagaan kita.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Purrworld