Bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga, pastinya mengimpikan perkongsian hidup penuh bahagia sehingga ke syurga. Namun, tidak semua bernasib baik dan terpaksa menerima takdir dalam menempuhi kisah penceraian yang begitu memeritkan.
Setiap wanita pula sanggup mengorbankan diri dan nyawa untuk memberikan zuriat buat suami tercinta. Ia kurniaan terbesar dalam melengkapi hubungan suami isteri dan amat memerlukan sokongan kuat dari pasangan.
Kisah penceraian yang menyedihkan
Baru-baru ini perkongsian seorang wanita yang dikenali sebagai Erin menggunakan akaun Twitter miliknya, telah meraih perhatian netizen apabila berkongsi kisah penceraian yang dilalui bersama ”suami dari neraka.”
Difahamkan detik hitam itu bermula ketika dia mengandung tiga bulan dan turut didera secara mental.
”Dulu masa aku menghampiri due date, bekas suami mendoakan supaya aku mati ketika bersalin dan tidak mengaku anak dalam kandungan adalah anak dia. Malah, dia sikit pun tidak mengambil tahu pasal kandungan,”
”Tetapi Allah itu Maha Adil. Aku berjaya melahirkan seorang anak lelaki yang muka sama macam dia. Sekarang baru menggelabah nak jumpa,”
”Dia juga mahukan anak ini berbinkan nama dia sedangkan sepanjang tempoh kehamilan ini dia sedikit pun tidak bertanya khabar,”
Menurut Erin, nasibnya tidak begitu baik apabila dia terpaksa melalui perjalanan kehamilan dengan penuh air mata dan menggunakan kekuatan diri untuk berhadapan sikap lelaki tidak bertanggungjawab ini.
”Sudah lama aku menahan marah dan mengumpul kesabaran apabila mendapat tahu kau hanya mengirimkan doa yang tidak baik dan minta Allah matikan aku ketika bersalinkan anak ini,”
”Tetapi Allah tidak makbulkan doa yang tidak baik. Bahkan Dia beri aku panjang umur untuk jaga anak ini sebagai amanah dari-Nya,” luah Erin.
Tambahnya lagi, dirinya juga sudah banyak memberikan peluang untuk lelaki yang langsung tidak mengenang jasa pengorbanan isteri dalam melahirkan seorang zuriat.
Diceraikan talak 3
Bukan itu sahaja, Erin turut mengatakan bahawa bekas suami tersebut juga mengambil keputusan menggunakan akal pendek dan menceraikannya dengan talak tiga ketika usia kandungan mencecah 3 bulan.
Pada waktu berkenaan juga Erin langsung tidak kisah. Namun dirinya turut diuji dengan dugaan besar apabila pasangannya mula meragui status kehamilan.
”Dulu beriya mempersoalkan kandungan tersebut anak siapa, apabila sekarang anak sudah membesar, mula menggelabah nak mengaku ini anak kandung,”
”Anak ini tidak salah lahir ke dunia, tetapi mungkin menjadi salah setelah memperoleh bapa sepertinya. Dengan kuasa Allah, anak ini berjaya dilahirkan dengan selamat dan wajah seiras bapanya,” luah Erin lagi.
Difahamkan, ketika proses perceraian turut memberikan beban kepada ibu tunggal ini kerana bekas suaminya enggan memberikan kerjasama.
Erin terpaksa naik turun mahkamah dan menguruskan segala proses perceraian seorang diri.
Allah maha adil
Meskipun berhadapan dengan pelbagai onak duri sehingga kering air mata, Erin meluahkan rasa puas hati kerana dia mengetahui bahawa Allah sentiasa ada bersamanya.
”Kali ini Allah berikan aku bahagia yang tidak terhingga dengan anak tanpa kau. Peluang membesarkan anak comel ini seorang diri begitu nikmat,”
Erin turut berpesan kepada bekas suaminya agar jangan lupa diri kerana perkahwinan yang seterusnya belum tentu dia akan dikurniakan zuriat dengan mudah.
Mungkin pada waktu berkenaan barulah dia akan insaf dan mengenang kembali setiap kesalahan yang telah dilakukan. Pelbagai penghinaan, caci maki dan penderaan mental dilalui oleh Erin dengan hati tabah.
Ingat, jangan sampai suatu hari nanti kau kahwin lagi tapi tak boleh dapat zuriat. Masa tu kau kena kenang balik apa kau dah buat dekat anak kau yang pada awalnya kau hina dia anak orang lain.
Hati ibu manalah yang tidak sakit hati dan sedih apabila suami sendiri mempersoalkan kandungan tersebut dan memfitnah anak lelaki lain.
”Mungkin kau boleh berdusta dengan mengatakan perkara buruk pasal aku. Tetapi sekarang Allah sudah tunjukkan satu persatu. Setiap doa yang tidak baik Allah tidak makbulkan,” katanya.
Sumber: Twitter
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
https://my.theasianparent.comlafaz-cerai-yang-sah