Senarai Klinik Kesihatan Mental Yang Terbaik Dengan Harga Terapi Berpatutan, Murah Dari Biasa

Klinik kesihatan mental menawarkan harga bawah RM100 untuk sekali sesi terapi secara bersemuka atau online. Percuma pun ada untuk B40.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berhadapan dengan masalah, namun sukar untuk meluahkan dan menceritakan isi hati dengan orang terdekat. Usah bimbang, anda boleh mendapatkan bantuan menerusi perkhidmatan terapi di klinik kesihatan mental yang menawarkan harga berpatutan.

Bukan sahaja berpatutan dari segi caj perkhidmatan, malah ada yang memberikan khidmat secara dalam talian (online) bagi mereka yang tinggal di luar kawasan atau tidak dapat bertemu secara bersemuka.

Di sini kami senaraikan beberapa klinik kesihatan mental yang menawarkan perkhidmatan terapi tersebut di bawah harga RM100 untuk 1 kali sesi.

Malah ada pihak menyediakan khidmat secara percuma untuk golongan B40 serta yang tidak berkemampuan.

10 klinik kesihatan mental tawar khidmat terapi dengan harga berpatutan

1. Meraky Space

Meraky Space merupakan klinik kesihatan mental yang menawarkan harga yang murah bagi satu sesi sama ada walk in atau secara atas talian dengan harga serendah RM50. Anda boleh berkongsi fikiran dan emosi anda dengan pakar psikatri yang bertauliah. 

Mereka akan sedaya upaya memberikan sokongan, maklumat dan bimbingan kepada individu yang ingin menemui semula potensi dan keseimbangan mereka, membuat pilihan yang tepat dan menentukan hala tuju hidup dengan penuh tanggungjawab.

Tenpoh satu sesi adalah selama 60 minit. Anda boleh pilih plan perseorangan atau terapi berkumpulan. 

Alamat: Regus Management Malaysia Sdn Bhd,Level 3, Menara Axis 2, Jalan 51a/223, Seksyen 51a 46100 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Emel: contact@meraky.space

Harga: RM50 untuk 1 sesi

Tempahan untuk sesi terapi boleh dibuat melalui laman web rasmi Meraky Space di meraky.space/therapists/

2. Cara-Cara Space

Cara-Cara Spaces akan membimbing dan memperkenalkan anda dengan perasaan selamat dan mendapat sokongan penuh dari psikatri tidak kira kaum dan agama. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka ialah pakar dalam rawatan kemurungan dan kebimbangan, trauma, kesihatan mental dan banyak lagi.

Ia mematuhi kod etika kerja berpandukan Institut Kaunselor Malaysia.

Alamat: Co-labs, Level 2, Lot 2F-33, Tropicana Gardens Mall, 2A, Persiaran Surian, Tropicana Indah, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Harga: RM50 untuk 1 sesi/ RM80 dijalankan oleh profesional

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tempahan untuk sesi terapi boleh dibuat melalui laman web rasmi Cara-Cara Space di www.caracara.space/therapists

3. Malaysian Mental Health Association

MMHA menyediakan sokongan kesihatan mental dalam pelbagai bentuk untuk memenuhi keperluan hampir setiap individu, termasuk perkhidmatan terapi untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Mereka juga turut menyediakan ujian kesihatan mental sebagai saringan sebelum mendapatkan rawatan. Ujian mental yang diberikan untuk mengenal pasti individu yang berkemungkinan mempunyai masalah seperti:

  • Anxiety
  • Depression
  • Bipolar
  • PTSD
  • Postpartum
  • Psychosis
  • Masalah pemakanan
  • Hubungan keluarga
  • Ketagihan 

Alamat: TTDI Plaza, Block A Unit 2-8, Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

Emel: admin@mmha.org.my

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Harga: RM50 untuk 1 sesi 

4. Mentem Psychological Services

Terletak di Subang Jaya, Mentem Psychological Services menyediakan intervensi dan penilaian psikologi untuk pelbagai jenis masalah psikologi kanak-kanak, remaja dan dewasa.

Mereka memastikan sesi mereka memenuhi keperluan orang ramai dari semua lapisan masyarakat dengan pelbagai keperluan dan kebimbangan seperti yang diinginkan.

Alamat: No. 5-2, First Floor, Jalan USJ 21/1, 47630, Subang Jaya, Selangor, Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Emel: mentempsy.info@gmail.com

Telefon: 03-80251009/012-3661090

Harga: RM80 untuk 1 sesi (penilaian kesihatan mental adalah percuma)

5. Aloe Mind

Aloe Mind komited dalam menyediakan ruang untuk pemulihan dan memberikan pelbagai perkhidmatan mental seperti terapi dalam talian, terapi pasangan dan penilaian psikologi untuk pelbagai isu kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan, tekanan, keletihan dan banyak lagi.

Ahli terapi di sini terdiri daripada ahli psikologi klinikal profesional dan kaunselor berlesen dan berdaftar.

Alamat: North Block, AmpWalk, 218 Jalan Ampang, Ampang, Kuala Lumpur, 50450.

Emel: contact@aloemind.com

Telefon: (WhatsApp): 017 8038384

Harga: Saringan kesihatan mental (RM25), 1 sesi terapi secara online (RM50)

Perseorangan

Satu sesi (75 – 90 min): RM60

Tambahan sesi (60 min): RM60

6. The Inner Lynk

The Inner Lynk Psyychological Wellness Services terletak betul-betul di dalam pusat membeli belah Publika. Mereka menyediakan perkhidmatan untuk masalah mental untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

Lain dari yang lain, mereka mengambil pendekatan berbeza dengan menggunakan seni, muzik, senaman dan spiritual untuk mengeskpresikan emosi untuk menghilangkan tekanan dan meningkatkan keyakinan diri dalam menghadapi rintangan dan cabaran. 

Alamat: Publika, C3-3A-07, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur

Telefon: 010 25221734

Emel: hello@theinnerlynk.com  gia@theinnerlynk.com

Harga: RM50 untuk 1 jam 

7. Mercy Malaysia

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini menyediakan khidmat terapi psikologi 5 sesi percuma sejak 2020 dari usia 18 tahun ke atas.Terutamanya untuk golongan B40 dan mereka yang tidak berkemampuan.

Alamat: 1st floor, MCOBA Building, 42 Jalan Syed Putra, 50460 Kuala Lumpur

Telefon (WhatsApp): 019 3144695

Emel: mmmhpss@mercy.org.my

 Harga: Percuma

8. HumanKind

HumanKind menawarkan sesi kaunseling oleh Sarjana dalam Kaunseling Profesional atau Pelatih Psikologi yang bekerja untuk mendapatkan lesen profesional mereka.

Jika anda mahukan bantuan berkelayakan, mereka juga mempunyai kaunselor berlesen dan ahli terapi seni.

Pusat kesihatan mental ini mengenakan bayaran yang berpatutan tetapi tidak menolak mereka yang tidak mampu membayar jumlah tersebut. Mereka menggesa individu yang mempunyai kekangan kewangan untuk menghubungi mereka secara terus.

Alamat: 37, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 012-235 5463

Website: humankind.my

Harga: RM50 dengan kaunselor pelatih

9. People Psychological Solutions

People Psychological Solutions ialah sebuah klinik kesihatan mental psikologi swasta yang terletak di Mont Kiara. Ia menawarkan penilaian psikologi penuh dan kaunseling untuk profesional dewasa.

Walau bagaimanapun, untuk perkhidmatan dengan harga yang murah sesi akan dikendalikan oleh pakar psikologi klinikal pelatih.

Alamat: Unit 3A-1, Block D, Plaza Mont Kiara, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Telefon: 017-899 2207

Website: people.my

Harga: RM60 untuk 1 sesi

10. Telos Mental Wellness

Telos Mental Wellness terletak di Subang Jaya. Mereka berkebolehan dalam menyediakan terapi yang boleh diakses, berpatutan dan menyokong, dan percaya bahawa sesiapa sahaja boleh menikmati manfaat terapi, bukan hanya mereka yang bergelut dengan isu ini.

Anda boleh mendapatkan pemeriksaan kesihatan mental untuk memahami masalah mental dan emosi anda dengan lebih baik. Semasa ujian dijalankan, seorang pakar profesional akan menyemak keputusan ujian saringan mental.

Semasa menyemak, anda boleh berkongsi apa-apa pengalaman dan kebimbangan anda. Mereka akan mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil untuk menanganinya.

Alamat: WORQ Subang. Unit 2-1, Level 2, The Podium, Tower 3 UOA Business Park, Jalan Pengaturcara U1/51, Seksyen U1, 40150 Shah Alam, Selangor

Telefon: 011-5420 9007

Website: telosmentalwellness.com

Harga: RM 80 bagi 45 minit temu janji

Cara mendapatkan rawatan psikiatri di hospital kerajaan

Jika difikirkan semula, ramai yang dibelenggu dengan masalah ekonomi untuk menampung kos yang bakal ditanggung apabila mendapatkan rawatan mental.

Untuk mendapatkan bantuan pakar psikiatri dengan mudah dan murah, anda boleh mendapatkan rawatan pskiatri di klinik kerajaan atau hospital.

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda lakukan:

  1.  Pergi ke klinik kesihatan kerajaan dan beritahu anda mahu buat ujian DASS (Depression Anxiety Stress Scale). Bayaran RM1 mungkin akan dikenakan untuk tujuan pendaftaran.
  2. Tunggu sehingga keputusan ujian keluar.
  3. Jika keputusan ujian DASS anda teruk, surat rujukan akan diberikan untuk anda dapatkan rawatan lanjut di hospital kerajaan.
  4. Bagi kes kecemasan seperti cubaan bunuh diri, anda mungkin akan dirujuk dan dirawat dengan secepat yang mungkin.
  5. Pergi ke hospital yang dirujuk dan tunjukkan surat anda.
  6. Bayaran RM5 untuk setiap sesi kaunseling bersama pakar psikiatri akan dikenakan.
  7. Anda perlu menjalani beberapa sesi kaunseling.
  8. Ubat anxiety atau ubat depression akan diberikan untuk anda makan sehingga keadaan mental pulih.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tutorial Cara-Cara Untuk Ajar Dan Buat Anak Anda Meniarap (Dengan Gambar)

Baca juga: 10 Hadiah Terbaik Untuk Ibu Baru, Inilah Masa Gembirakan Yang Tersayang!

Baca juga: Jadual Simpan Duit Dalam Tabung Anak, Ibu Boleh Cuba Praktikkan 3 Cara Berguna Ini!