Sekarang ini makin popular kolam mini di rumah kan? Boleh kata ia ibarat perkakas wajib bagi sesiapa yang mempunyai anak kecil di rumah.
Harganya yang murah dan mudah didapati di mana-mana menyebabkan ia biasa dibeli oleh rata-rata ibu bapa.
Ia macam jalan penyelesaian supaya ibu bapa tidak perlu bawa anak-anak ke kolam renang besar lagi, selain keselamatan, wang juga dapat dijimatkan. Tetapi ada beberapa bahaya yang perlu anda beri perhatian sekiranya ingin benarkan anak mandi kolam.
Kolam mini? Selamatkah untuk anak?
Kalau berkaitan air, ia memang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa. Tidak kiralah kolam mini atau kolam renang saiz dewasa atau kanak-kanak.
Segala tingkah laku dan gerak geri anak-anak perlu dipantau sepanjang mereka bermain di kolam renang kerana anak-anak ini kadangkala jika terlalu seronok, mereka jadi lupa diri pula.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya ya parents! Jadi ini antara bahaya yang mungkin boleh terjadi kepada anak yang mandi kolam, justeru ibu bapa wajib memantau perkara ini bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
#1. Lemas
Di mana-mana pun anak memang boleh lemas, tidak kira air itu cetek atau dalam. Jadi sentiasalah pantau anak anda walaupun dia hanya mandi di kolam mini di rumah.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh The U.S. Consumer Product Safety Commission (CPSC), kes lemas dalam kalangan kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah adalah perkara yang membimbangkan di Amerika Syarikat.
Menurut kajian itu lagi, hampir 70 peratus kanak-kanak yang tidak dibenarkan berada dekat dengan kolam mini ditemui di dalam kolam itu ketika ibu bapa lalai.
Lebih mengejutkan, 46 peratus dari jumlah kanak-kanak terbabit kali terakhir dilihat berada di dalam rumah!
Ini menunjukkan kelalaian dalam pengawasan ibu bapa merupakan punca utama kanak-kanak lemas di dalam kolam mini dan ia perlu diubah dengan kadar segera.
#2. Klorin
Ini membabitkan kes kolam besar. Ada jenis kolam yang mereka letakkan terlalu banyak klorin dalam airnya.
Kajian yang diterbitkan dalam European Respiratory Journal (ERS) menyatakan anak mandi kolam mengandungi klorin boleh meningkatkan risiko jangkitan saluran pernafasan.
Kajian ini telah mengambil kira penelitian terhadap 430 kanak-kanak berusia 5 ke 7 tahun dan terbukti klorin dalam kolam memang berbahaya kepada anak anda.
Kesannya, si kecil anda lebih berisiko terkena bronkitis, asma atau alahan lantas menjejaskan sistem pernafasan!
#3. Kolam terbalik
Akibat terlalu ringan, kadangkala kolam kecil boleh terbalik dan memerangkap si kecil di dalamnya.
Walaupun ia hanya kolam mini dan tidak akan mengakibatkan kecederaan kronik, langkah berjaga-jaga masih perlu. Cuba bayangkan ia terjadi dan anda tidak berada di situ untuk menyelamatkan si kecil anda? Leka sesaat merana seumur hidup jadinya nanti.
#4. Haiwan berbisa
Kolam mini biasanya diletakkan di luar rumah dalam keadaan masih ada air dan tanpa dibuang airnya. Ibu ayah biasanya malas mahu pam semula, jadi ia dibiarkan begitu saja.
Ia mungkin disukai haiwan berbiasa. Periksa dulu kolam sebelum benarkan anak main di dalamnya.
#5. Risiko penyakit
Kolam mini yang dibuat dari plastik dan bersaiz sekitar 3 ke 5 kaki per diameter serta pelbagai lapangan air dikaitkan dengan penyebaran recreational water illnesses (RWIs).
Buat anda yang belum tahu, ia adalah penyakit bawaan kuman yang berbahaya seperti E.coli, Shigella dan Crypto (Cryptosporidium).
Akibatnya, ia akan menyebabkan kondisi kesihatan kepada si kecil seperti sakit perut, cirit-birit, muntah-muntah dan lain-lain simptom. Jika boleh, buanglah air yang sudah digunakan dan masukkan air baru setiap kali anda beri si kecil bermain di dalamnya. Air baru lebih baik dan dapat elak sebarang penyakit.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Sebelum Beli Kolam Mini, Ibu Perlu Ajar Anak Berenang Dulu Untuk Elak Lemas!
Baca juga: Awas, Anak Masih Boleh LEMAS Walaupun Ditinggal Sendirian Di Pool Sekejap Sahaja!
Baca juga: Seorang Ibu Berkongsi Pengalaman Anak Perempuannya Hampir Lemas Di Kolam Renang Kanak-Kanak