2 doktor dipecat selepas sahkan bayi pramatang ini mati, tapi dia masih hidup!

Komplikasi bayi pramatang boleh memudaratkan,terutamanya jika bayi itu dilahirkan terlalu awal dan kurang berkembang. Ikuti 6 masalah bayi pramatang ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi yang ada komplikasi bayi pramatang disangka sudah mati

Akibat komplikasi bayi pramatang, sebuah keluarga di India telah diberitahu yang bayi mereka disahkan maut. Tapi semasa dalam perjalanan ke rumah bakar mayat, mereka ternampak pergerakan dalam beg mayat dan mendapati bayi itu masih hidup!

Kisahnya bermula begini, seorang ibu telah melahirkan anak kembar: seorang bayi lelaki dan seorang lagi bayi perempuan.

Bayi perempuan itu telah disahkan mati dalam kandungan tapi bayi lelaki itu selamat dilahirkan walaupun menghadapi komplikasi bayi pramatang.

2 jam kemudian, doktor memberi pengesahan yang bayi lelaki itu juga telah meninggal dunia.

Beg “mayat” tiba-tiba bergerak

Max Super Specialty Hospital, Shalimar Bagh di New Delhi, India (Sumber gambar: Binodkpn)

Praveen Malik, datuk kepada kedua-dua bayi itu berkata mereka sedang membawa “mayat”  bayi itu ke rumah bakar mayat apabila mereka melihat “pergerakan” di dalam beg badan plastik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila kami membuka beg itu, kami mendapati bayi lelaki itu masih bernafas! Saya terkejut dan rasa macam tak percaya,” kata Malik pada CNN.

Dr Sandeep Gupta berkata bayi lelaki itu telah dibawa balik ke hospital dan kini dipasang dengan alat bantuan pernafasan. Keadaan bayi itu masih kritikal.

Kes itu telah mencetuskan kemarahan orang ramai di India dan Ketua Menteri Delhi, Arvind Kejriwal telah berkata pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Max Healthcare mengesahkan 2 doktor yang terlibat dengan pengesahan bayi pramatang itu telah dipecat.

Komplikasi bayi pramatang yang ibu bapa perlu tahu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kini semakin banyak kes komplikasi bayi pramatang

Tahukah anda sebanyak 15 juta bayi dilahirkan secara pramatang setiap tahun dan lebih daripada 1 juta kanak-kanak mati setiap tahun akibat komplikasi bayi pramatang?

Biarpun ramai yang terselamat, mereka perlu menghadapi ketidakupayaan seperti cabaran pembelajaran dan masalah penglihatan atau pendengaran.

Kira-kira 57 peratus kembar dan hampir semua kembar bertiga akan dilahirkan lebih awal dari biasa iaitu sekitar 37 minggu. Tapi 37 minggu dianggap kelahiran cukup bulan untuk kehamilan kembar.

Kebanyakan kembar yang lahir lebih awal akan dilahirkan antara 32 minggu dan 37 minggu.

Apakah komplikasi bayi pramatang yang b0leh berlaku?

Di bawah adalah beberapa komplikasi bayi pramatang yang boleh berlaku pada minggu-minggu pertama selepas kelahiran. Mari semak untuk mendapatkan sedikit pengetahuan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Masalah pernafasan 

Komplikasi bayi pramatang yang paling biasa ini disebabkan oleh sistem pernafasan dan paru-paru yang kurang matang. Akibat kekurangan oksigen, masalah pernafasan boleh menghalang organ-organ lain dari menerima oksigen yang sangat diperlukan.
 
Bayi pramatang, terutamanya mereka yang lahir antara 23 dan 32 minggu, juga lebih cenderung mendapat penyakit paru-paru kronik yang dikenali sebagai displasia bronchopulmonary.

2. Masalah jantung

Komplikasi bayi pramatang: Masalah jantung Sumber gambar: WebMD

 

Salah satu masalah jantung yang berkaitan dengan komplikasi bayi pramatang paling biasa adalah paten ductus arteriosus (PDA) dan tekanan darah rendah (hypotension). 

PDA ialah keadaan di mana terdapat pengaliran darah yang tidak normal berlaku di antara dua arteri utama jantung. Jika tidak dirawat, terlalu banyak darah akan mengalir melalui jantung sehingga boleh menyebabkan kegagalan jantung serta komplikasi lain.

Komplikasi bayi pramatang seperti tekanan darah rendah pula akan dirawat dengan memberi cecair dan ubat secara intravena, dan kadang-kadang pemindahan darah akan diperlukan.   

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Masalah pendarahan otak 

Ia juga dikenali sebagai pendarahan Intraventricular, bayi yang lahir sebelum 28 minggu paling berisikoPendarahan otak yang serius boleh menyebabkan kecederaan otak yang kekal serta masalah pengumpulan cecair di dalam otak (hydrocephalus). 
 
Sesetengah bayi yang mengalami hydrocephalus akan memerlukan pembedahan untuk mengeluarkan pengumpulan cecair.

4. Tidak dapat mengawal suhu badan

Komplikasi bayi pramatang : Bayi tidak dapat mengawal suhu badan

Bayi pramatang boleh kehilangan haba badan dengan sangat cepat kerana tidak mempunyai lemak badan yang mencukupi untuk menjanakan haba. Hipotermia boleh berlaku dan menyebabkan masalah pernafasan dan tahap gula dalam darah yang rendah.

Bayi pramatang selalu menggunakan semua tenaga yang diperolehi dari susu ibu untuk mengekalkan suhu badanOleh itu mereka memerlukan haba tambahan dan dimasukkan ke dalam ikubator sehingga mereka lebih besar.

5. Masalah darah

Satu lagi komplikasi bayi pramatang yang biasa ialah masalah darah seperti anemia dan penyakit kuning. Anemia adalah keadaan di mana badan tidak  cukup sel-sel darah merah.

Untuk bayi pramatang, keadaan ini boleh bertambah serius jika banyak darah telah diambil untuk ujian makmal. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6. Sistem imun yang tidak kuat

Bayi pramatang sangat senang mendapat jangkitan akibat sistem imun mereka yang tidak kuat. Jangkitan boleh merebak dengan cepat di aliran darah dan menyebabkan sepsis: komplikasi yang mengancam nyawa. 

Jika pihak NICU mendapati keadaan bayi pramatang semakin merosot, mereka akan menyemak untuk jangkitan walaupun bayi itu tidak demam. 

 

 

Sumber: Mirror, Babycenter, Dr. Sharifah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Amaran Menyayat Hati Dari Seorang Ayah Selepas Anaknya Maut Kerana Sepsis

Penulis

Rosanna Chio