Asuh Anak Ikut Cara Mama/Papa vs. Atok/Nenek

Asuh Anak Ikut Cara Mama/Papa vs. Atok/Nenek

Adakah anda merasakan bahawa ibubapa anda seringkali mencari silap dengan cara anda mendisiplinkan anak anda sedangkan pada pendapat anda, cara mereka amat kuno? Mengapakah isu ini berlaku pada setiap keluarga?

Pernahkah anda merasa tidak berpuas hati dengan ibu bapa anda sendiri tentang cara asuh anak anda? 

konflik, disiplin anak-anak

“Alah, biarlah budak tu nak main game. Bukannya dia menyusahkan kau pun. Kan aku ni atuknya, pandailah aku menjaganya”.

'Orang tua ni memang tak faham tau. Aku nak mendisiplinkan anak aku. Dia pulak, asyik nak manjakan budak tu! Dah setengah jam budak tu main game,' Aku hanya mampu merungut dalam hati.  'Inilah masalahnya kalau orang tua masuk campur urusan mendisiplinkan anak-anak kita!'

BERKAIT : Gaduh di depan anak-anak

Asuh Anak: Peranan Datuk dan Nenek Dalam Mendidik Cucu

Betulkah tanggapan sebegitu? Haruskah kita menafikan langsung peranan ibubapa kita dalam mendisiplinkan anak-anak kita? Saidina Umar pernah berkata, ‘Hendaklah ibubapa mendidik anak-anak berlainan cara dengan cara mereka dididik sebab Allah melahirkan anak itu berlainan zaman daripada ibubapanya’. Namun malangnya apa yang sering berlaku hari ini, ibubapa kita terlalu berpegang kepada cara ‘old school’ maka, terjadilah konflik dengan mereka.

konflik, disiplin anak-anak

Isu Asuh Anak: Mengapa berlakunya konflik

1. Masalah komunikasi Komunikasi yang kurang berkesan akan memburukkan lagi keadaan. Ibubapa kita perlu diberi maklumat yang jelas tentang kewajaran kita mengambil sesuatu keputusan untuk anak kita itu. Tanpa komunikasi yang berkesan, ibubapa kita tidak akan faham dan menganggap kita tidak berpengalaman, dan oleh itu mereka sahaja yang betul.

2. Perbezaan pendapat Pernah dengar pantang-larang orang tua yang mengatakan anak-anak tidak boleh dibenarkan masuk ke bilik ibubapanya? Ibubapa moden hari ini pasti merasakan pantang-larang sebegini menjengkelkan dan pastinya mengeluh setiap kali ditegur jika anak-anak kita dibenarkan bermain di dalam bilik kita.

3. Memanjakan anak-anak Sudah menjadi lumrah manusia, atuk nenek akan lebih berlembut dengan cucu-cucu tidak kira segarang mana pun mereka semasa mendidik kita dahulu. Namun, jika mereka terlebih memanjakan anak-anak kita, ini akan membuatkan mereka agak sukar untuk mematuhi peraturan yang telah kita tetapkan.

konflik, disiplin anak-anak, asuh anak

Bertindak matang, hadapi dengan tenang Jadi, apabila cara ibubapa kita tidak serasi dengan cara kita, apa patut kita buat?

1. Tegur anak, bukan atuk/neneknya Walaupun kita adalah seorang majistret terkemuka, jangan sekali-kali cuba berhujah panjang untuk membuktikan yang kita betul, dan mereka salah. Sebaliknya, terangkan pada anak dengan cara berhikmah mengapa kita tidak bersetuju dengan cara atuk/nenek mereka tanpa memburuk-burukkan atuk/nenek mereka.

2. Konsisten dalam mendisiplinkan anak Walaupun pada mulanya ibubapa kita sukar menerima cara kita mendisiplinkan anak, sekiranya kita konsisten, lambat-laun mereka boleh faham juga melalui pemerhatian yang berterusan. Sesekali ajaklah mereka menghadiri bengkel keibubapaan bagi memberi peluang mereka mempelajari dan mengetahui perkembangan terkini dalam teknik keibubapaan. 3. Jangan perbesarkan perkara remeh Demi menjaga hubungan baik antara kita dengan ibubapa atau mertua kita, perlu ada fleksibiliti dalam rutin seharian. Tetapkan apa yang boleh dikecualikan daripada set peraturan yang telah ditetapkan, dan apa yang mesti dikekalkan dalam apa keadaan sekalipun. Walaupun kita ingin menegaskan hak kita sebagai ibubapa, jangan lupakan yang mereka adalah ibubapa kita dan mesti sentiasa dihormati.

BERKAIT: Konflik ibubapa dengan anak remaja

4. Pengalaman adalah guru terbaik

Kita perlu mengiktiraf pengalaman luas yang dimiliki oleh orangtua kita dalam mendidik anak-anak. Mungkin ada beberapa cara ‘old school’ mereka yang masih relevan pada hari ini. Oleh itu, banyakkan mendengar dan berbincang agar lebih mudah mencapai kata sepakat terutamanya bagi mereka yang tinggal sekali dengan orangtua/mertua mereka.

5. Peranan orang tengah Sekiranya semua cara yang dicuba untuk mencapai kesepakatan gagal, jangan pula anda lancarkan perang dingin di dalam rumah itu kerana anak-anak memerhati kelakuan anda. Mereka mungkin akan hilang hormat pada anda atau atuk/nenek mereka. Usahakan untuk mendapatkan bantuan orang tengah, biasanya yang lebih tua atau yang boleh mempengaruhi ibubapa/mertua kita, untuk menyedarkan mereka tentang kesilapan mereka.

BERKAIT: 10 cara mengatasi persaingan antara adik-beradik

Rujukan: How can parenting be cooperative between generations?

Parents vs. Grandparents: How to find balance

7 Ways to Avoid Conflict Over Grandparent Visitation

Should Grandparents Have a Say in Your Parenting?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner