Anda mungkin rasa bahawa memakai krim pelindung matahari tidak penting lagi-lagi kerana anda tidak berada di bawah sihar matahari secara terus apabila anda duduk di dalam bilik atau kereta sahaja.
Walau bagaimanapun, dalam sesetengah situasi, pemakaian krim sunblock masih penting. Setiap kali anda duduk di sebelah tingkap atau terdedah kepada cahaya biru, anda masih perlukan pelindung matahari untuk melindungi anda. Lapisan yang nipis pun sudah memadai!
Anda mungkin pernah dengar bahawa kita masih perlu memakai krim pelindung matahari walaupun cuaca mendung.
Perkara yang sama juga perlu dilakukan jika anda dalam kereta, tidak kira cuaca semasa. Sinar UV mampu menembusi penutup awan dan tingkap kaca jadi anda perlu lindungi muka dan lengan dengan BRUSH ON BLOCK® SPF 30 sebelum masuk dalam kereta.
Lagi-lagi jika anda perlu berada dalam kereta buat sementara waktu (semasa trafik sibuk atau semasa road trip) dan apabila matahari terik di luar.
Lebih mengejutkan buat sesetengah orang ialah ada beberapa situasi yang mana anda perlu memakai krim pelindung matahari walaupun anda berada di dalam rumah.
Jika anda bekerja atau banyak meluangkan masa dekat dengan tingkap, anda harus pakai krim pelindung matahari. Ini kerana, sama seperti duduk dalam kereta, sinar UV mampu menembusi tingkap rumah.
Malah, anda juga akan terdedah dengan lampu biru (blue light) iaitu cahaya daripada komputer atau telefon. Jadi, krim pelindung matahari amat penting. Cuba Brush On Block apabila anda bekerja menggunakan laptop pula.
Adakah anda perlu kerap memakai krim ini sepanjang hari walaupun anda berada di dalam rumah? Jika anda selalu keluar, ya sudah tentu!
Sekiranya anda membeli makanan di luar, membeli kopi atau sebelum pulang ke rumah, tidak salah pun untuk sentiasa memakai krim pelindung matahari beberapa kali.
Jangan lupa cahaya matahari ketika waktu tengah hari adalah paling kuat.
Jangan lupa untuk tebus ganjaran anda di sini dan sini di aplikasi theAsianparent!
Artikel ini ditulis oleh Eloise Doubleday
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kenali Chloasma Gravidarum, Tompok Hitam Pada Wajah Ibu Hamil Atau ‘Topeng Kehamilan’
Baca juga: 9 cara hilangkan garisan linea nigra & tompok hitam ketika mengandung
Baca juga: 11 Rahsia Kecantikan Yang Pakar Dan Industri Kecantikan Tidak Mahu Anda Tahu