Variasi Resepi Kuey Teow Goreng Yang Sedap, Ini Caranya Yang Macam Restoran Buat

Pernah tak buat kuey teow goreng tapi tak sesedap macam kedai? Ini variasi resepi yang sedap boleh cuba di rumah. Confirm jadi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sering kali kita melihat kuey teow goreng dijual di mana sahaja namun, tahukah anda bahawa sebenarnya kuey teow goreng merupakan salah satu makanan tradisional masyarakat Cina selama ini.

Sajian ini merupakan mee beras yang biasanya dimasak bersama kerang, udang dan juga telur. Ia sejak dahulu lagi telah dijual oleh golongan para petani dan nelayan untuk mendapatkan pendapatan. Kehadiran taugeh serta sayuran lain dalam hidangan ini menambahkan lagi rasa kuey teow goreng supaya ia lebih enak dan sedap dimakan.

Bagi negeri yang majoriti masyarakat Cina berbangsa Hokkien seperti Pulau Pinang, Perak dan Sarawak, kuey teow goreng mereka ialah versi kering atau dipanggil char kuey teow. Ia digoreng pada suhu api yang tinggi, tempoh memasak yang cepat dan digoreng bersama dengan bawang putih, kicap pekat, kicap cair, pes cili, udang, kerang, telur, daun kucai, sosej Cina dan taugeh. Telur itik juga sering kali digunakan dan ia menambahkan rasa kelemakan dalam Char Kuey Teow.

Variasi Resepi Kuey Teow Goreng

Ramai yang teringin nak rasa kuey teow goreng versi asli Cina ini tetapi sukar mencari yang halal, apa kata anda masak sendiri sahaja di rumah. Kami kongsikan beberapa resepi yang viral di Facebook dan beberapa laman resepi terkenal. Mesti jadi!

1. Goreng Versi Asli Cina

Bahan-bahan:

Bahan A

  • 500 gram kuey teow
  • 3 biji telur (pukul hancur sahaja)

Bahan B

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 5 ke 7 ulas bawang putih (cincang halus)
  • Udang dan sotong (jika suka)
  • Minyak secukupnya untuk menumis

Bahan C

  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu teh kicap cair
  • 1 sudu teh kicap pekat manis 
  • 1/2 sudu teh kicap pekat
  • 1/2 sudu teh pitis otak udang 
  • 1 sudu teh sos cili 
  • Taugeh secukupnya
  • Daun kucai (jika suka)

Cara penyediaan :

  1. Tumis bahan (B), bawang dahulu sehingga kuning dan masukkan udang. Biarkan sekejap sehinnga udang bertukar warna.
  2. Kemudian masukkan bahan (A) kuey teow terlebih dahulu. Goreng sekejap sehingga minyak serap pada mee dan baru masukan telur. Biarkan sekejap sehingga telur kering.
  3. Kemudian masukan bahan (C) dan goreng lagi sehinnga sebati pada mee dan akhir sekali masukan taugeh dan daun kucai. Goreng seminit dan tutup api. *Penggunaan api mesti sedang besar supaya kuey teow tidak hancur*

2. Kuey Teow Goreng Che Nom

Bahan-bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1 bungkus kuey teow
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 200 gram isi ayam atau udang
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 2 fillet fish cake dipotong dadu
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Sos tiram
  • Kicap pekat
  • 1 sudu besar sos ikan
  • Sedikit ikan bilis (20 gram)
  • Segenggam daun kuchai
  • Taugeh (ikut suka)

Cara penyediaan:

  1. Tumbuk atau kisar kasar ikan bilis, bawang besar bersama bawang merah.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk kasar dan cili kisar sehingga naik bau. Masukkan isi ayam atau udang bersama potongan fish cake.
  3. Tambah kicap dan sos tiram serta sos ikan. Biarkan ia kering sedikit dan kemudian masukkan telur, kacau hancur.
  4. Masukkan kuey teow dan kacau sekata.
  5. Masukkan taugeh dan daun kuchai.
  6. Perasakan dengan garam (tidak perlu terlalu banyak kerana sos ikan sudah cukup masin) dan gula secukup rasa. Goreng selama 5-8 minit. Siap untuk dihidang.

3. Kuew Teow Goreng Udang Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 3 bungkus kuey teow
  • 1 sudu besar cili kering (kisar)
  • 7 ulas bawang putih (tumbuk atau kisar kasar)
  • Udang (ikut suka)
  • 1 ikat daun kucai
  • 1 mangkuk taugeh
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan sos:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 2 sudu besar kicap mee
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 ke 3 sudu besar kicap manis

Cara penyediaan:

  1. Cuci kuey teow untuk hilangkan minyaknya
  2. Panaskan minyak masak, kemudian tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan cili kisar.
  3. Tumis menggunakan api perlahan sehingga cili masak. Tambah sedikit air dan biarkan sehingga ia masak dan terbit minyak bagi memastikan cili benar garing. Masukkan udang dan kacau rata.
  4. Kemudian masukkan semua bahan-bahan sos dan kicap. Kacau sebati dan sesuaikan rasa.
  5. Kemudian masukkan kuey teow dan gaul. Ketepikan sedikit kuey teow, tambah telur dan biarkan sehingga ia sedikit mengeras, baru dikacau supaya mendapat tekstur telur berketul kasar. Kacau kuey teow bersama telur.
  6. Akhir sekali, masukkan daun kucai dan taugeh. Kacau rata. Boleh tambah kicap jika mahu warna yang lebih gelap.
  7. Kacau sehingga semuanya sebati. Kalau tak cukup gelap boleh tambah sedikit lagi kicap manis.
  8. Semasa dihidang, tabur sedikit cili merah yang dihiris dan bawang goreng.

Tips Masak Kuew Teow Tak Lembik Dan Melekat Pada Kuali

Sebenarnya ada tips untuk masak kuey teow goreng dengan mengekalkan teksturnya agar tidak lembik dan tidak melekat atas kuali. Berikut adalah beberapa tips yang berguna:

1. Kuey teow tidak serasi dengan air, jadi jangan basuh kuey teow terlalu lama. Pastikan ia ditos kering secepatnya. Cuci dengan air paip sahaja, jangan guna air panas.

2. Seeloknya untuk leraikan kuey teow satu persatu supaya ia tidak melekat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Ketika menggoreng kuey teow, lebihkan minyak.

4. Boleh tambah minyak bijak sedikit jika mahukan stail Penang. Tambah minyak bijan sedikit sahaja kerana ia berbau kuat.

5. Lebihkan bahan perasa atau sos seperti sos tiram, kicap, cili boh atau sos cili dan tomato.

6. Tambah air jika mahu menghasilkan kuey teow goreng basah.

7. Jika tambah telur, pastikan telur digoreng kering sedikit, kermudian baru digaul rata dengan kuey teow.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga artikel ini bermanfaat! Selamat mencuba.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Resepi Masakan Sotong Mudah & Sedap, Mesti Makan Nasi Licin & Bertambah-Tambah!

Baca juga : Resepi Laksa Johor Dengan Rasa Yang Mewah & Paling PADU Ikut Cara Che Nom

Baca juga : 7 Resepi Masakan Ikan Untuk Ibu Berpantang, Suami Pun Boleh Tolong Masak!

Penulis

Nursyamimi