Muka Wanita Ini Berubah Jadi Tua & Berkedut Sewaktu Hamil, Sampai Stres Nak Jumpa Orang!

Kelihatan tua dan berkedut, itulah yang berlaku kepada wanita ini sewaktu hamil. Ikuti perkongsiannya ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Boleh dikatakan banyak perubahan yang akan berlaku dalam badan ibu semasa mengandung dan yang paling ketara adalah pada bahagian kulit wajah. Sampai orang tegur muka nampak berbeza dan macam makcik-makcik!

Sebab itu kadang-kadang dalam drama tv duk tayang iaitu wanita akan rasa takut badan gemuk, kulit tak cantik dan susah nak langsing balik lepas dah beranak pinak.

Ternyata perubahan ini membimbangkan setiap wanita kerana ia mengubah rupa paras ibu dan keseluruhan anggota badannya termasuklah kulit, kuku dan rambut.

Meskipun nampak buruk di mata orang lain, namun percayalah ia hanyalah bersifat sementara dan akan hilang selepas melahirkan anak kelak.

Sekiranya ibu risau keadaan ini akan berlanjutan sehingga tempoh berpantang, adalah lebih baik anda mendapatkan nasihat dan pandangan daripada doktor agar ia tidak menganggu emosi ibu sewaktu berpantang nanti.

Kulit wajah berubah jadi tua semasa hamil

Itulah yang berlaku kepada pemilik nama Nor Sahira apabila dia berkongsi melalui Facebook di mana wajahnya berubah menjadi tua dan berkedut semasa hamil.

"Muka saya berubah teruk semasa mengandung tiga bulan sewaktu hamilkan anak nombor tiga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Semasa itu, muka saya sedikit demi sedikit naik bengkak, sembap, berkedut dan hitam. Tentu awak semua terkejut, kan? Tapi saya yang mengalaminya lebih terkejut. Boleh dikatakan, tidak pernah pembawakan budak seteruk ini.

"Malah semasa mengandung, hari-hari saya stres bila nak berdepan dengan orang ramai. Saya hanya mampu tersenyum tapi dalam hati hancur berkecai.

"Tetapi selepas bersalin, perlahan-lahan semuanya hilang dan memudar. Bengkak muka mula surut, hidung yang besar semakin elok semula dan kulit semakin cerah kembali.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Namun, jangan ditanya saya pakai produk apa sebab saya tidak pakai sebarang produk pun.

"Ya memang tak dinafikan ramai yang kata terlalu berbeza seperti orang tua sewaktu hamil itu. Macam nenek dan saya tak boleh menidakkannya. Sebab memang itu yang terjadi kepada saya.

"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana segalanya dah kembali normal. Terima kasih kepada suami yang sentiasa puji mengatakan saya cantik walaupun saya tahu ia adalah sebaliknya. Dia hanya ingin sedapkan hati isterinya sahaja," ulasnya berkongsi cerita.

Info extra: Adakah perubahan kulit wajah semasa hamil berbahaya?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Meskipun perubahan kulit biasa berlaku semasa hamil dan tidak menyebabkan masalah kesihatan namun anda disarankan untuk memaklumkan kepada doktor sekiranya kulit mengalami radang, melepuh, gatal-gatal atau ruam yang lambat hilang selepas beberapa hari.

Bukan itu sahaja, jika mengesan terdapat perubahan pada warna atau saiz tahi lalat atau pigmentasi yang berlaku turut disertai kesakitan , bengkak dan lebam anda juga harus maklumkan pada doktor yang merawat kandungan anda.

Hal ini kerana biasanya kulit akan lebih sensitif semasa berbadan dua, bukan saja kerana peningkatan hormon dalam badan tetapi juga boleh jadi disebabkan ia meregang dan lembut.

Salah satu sebabnya mungkin dari sabun dan bahan pencuci yang mungkin menyebabkan kulit menjadi pedih dan masalah seperti ekzema mungkin boleh jadi bertambah teruk. Sekaligus kulit bertambah gatal bila terdedah dengan cahaya matahari.

Atas sebab itu, cuba kenalpasti apakah penyebab kepada masalah ini. Adakah disebabkan serbuk pencuci atau minyak wangi yang anda gunakan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara menjaga kulit sewaktu hamil

  • Memakai pakaian yang longgar dan diperbuat daripada kapas dan mengekalkan kelembapan badan.
  • Jika nak berendam dalam tab mandian, tambahkan minyak mandian kepada air untuk mengekalkan keanjalan kulit. Tapi awas ya jangan sampai tergelincir dan berhati-hati.
  • Akhir sekali lindungi kulit daripada matahari dengan memakai produk pelindung cahaya matahari berfaktor tinggi iaitu SPF15 atau lebih lagi.

Justeru, jangan lupa untuk bincangkan masalah anda itu bersama doktor yang merawat kehamilan anda setiap kali berjumpa semasa checkup.

Semoga ibu dan bayi dalam kandungan sihat dan dalam keadaan yang baik sahaja.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Nor Sahira 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan