Setiap ibu amat mengharapkan anak-anaknya dapat membesar dengan sihat dan sempurna. Walau bagaimanapun, setiap proses perkembangan mereka tidak akan terlepas dari serangan kesihatan seperti demam, selesema mahupun batuk. Namun tahukah anda akan bahaya kuman RSV sekiranya dijangkiti oleh si manja?
Apabila mendapati suhu badan anak panas dan dia kelihatan kurang bermaya, sebahagian ibu menyangka ia hanyalah masalah biasa yang dihadapi oleh anak-anak sedang membesar.
Jangkitan kuman RSV, ibu kongsi kisah anak terpaksa ditidurkan
Menurut perkongsian seorang ibu, Siti Asnita, dia langsung tidak menyangka bahawa demam yang dianggap biasa hampir meragut nyawa anaknya, Adam Naufal.
Semoga ini menjadi peringatan buat kita bahawa benda paling mahal adalah iman dan paling berharga adalah kesihatan.
Bila anak sakit, confirm system down dekat rumah.
Adam nafas laju, struggle dia bernafas kena pasang oksigen. Hasil xray pada paru-paru juga tidak berapa cantik. Suhu pun capai 40 darjah terus.
Hari ketiga di hospital, tapi rasa macam sebulan dah. Hari ini genaplah seminggu Adam sakit.
Dia kena minum susu hospital sebab dia tak nak minum susu sangat, makan pun tidak. Minum pun tidak. Aktif pun tidak. Doktor takut kalau kurang air mineral nanti akan merosakkan organ dalam badan dia.
Adam juga kena buat swab test kali kedua.
Melalui postingnya pada sebelah petang, hari yang sama, Siti Asnita memohon doa rakan-rakan di Facebook kerana doktor membuat keputusan untuk tidurkan anaknya.
”Adam sudah ditidurkan. Hanya kepadaMu ya Allah berserah, bertawakal dan memohon pertolongan. Adam kritikal doktor cakap sedia dengan segala kemungkinan. Tidak tahu lagi sama ada virus covid atau kuman. Mohon doakan semua.” tulisnya.
Keajaiban doa seorang ibu
Masuk hari kelima di hospital, doktor sudah extubated dan Adam sudah pun sedar. Berkat doa-doa rakan di Facebook, Adam telah melepasi fasa kritikalnya.
Terima kasih Adam kembali ke pangkuan mummy, terima kasih sedar baby dan terima kasih atas doa-doanya. Berkat keajaiban doa semua, sama ada yang kami kenal ataupun tidak tetap mendoakan Adam.
Rasa kehilangan yang amat perit sekali bagi Mummy untuk hadap saat-saat kritikal itu.
Mummy takut kehilangan Adam ketika itu walaupun sedar Adam milik Allah, pada bila-bila masa Allah boleh ambil. Tapi keadaan ketika itu Mummy tidak bersedia dan berlaku sangat pantas.
Seperti bayi baru lahir Mummy rasa, peluang kedua yang Allah bagi untuk Mummy. Insyaallah Mummy cuba buat yang terbaik.
Ambil pengajaran daripada pengalaman yang dilaluinya
Kisah Adam bermula daripada hanya demam biasa sehinggalah doktor bagitahu, ”mama kena bersedia dengan pelbagai kemungkinan.” Hanya air mata mengalir, kepala pun tidak dapat berfikir.
Apabila anak demam, ibu ayah secepat mungkin bawalah anak ke hospital. Sama ada demam panas sikit ataupun baru sehari. Jangan tunggu sampai 2,3 hari. Terus pergi ke klinik swasta atau kerajaan.
Semoga kejadian seperti ini tidak berlaku lagi kepada anak-anak kecil yang lain. Jam 10 pagi Adam masih stabil, jam 2 petang doktor cakap Adam kritikal dan Adam bergantung dengan mesin.
Badan anak kecil penuh dengan wayar, tidak sedarkan diri dan hanya mesin bekerja. Bunyi mesin pun membuatkan saya tidak tenang. Takut! Tiada lagi teman di sisi ketika itu. Hanya boleh mengambil wudhuk, solat dan memohon kekuatan dari Allah.
Adam kena jangkitan kuman RSV. Ia adalah normal kepada anak-anak seumur Adam, tetapi sekiranya tiada rawatan awal, boleh jadi bahaya sama macam kes Adam sehingga perlu ditidurkan.
Doktor pesan:
- Apabila masuk ICU, hidup anak hanyalah 50/50, bila sakit jangan sampai masuk ICU
- Masalah ini boleh berulang dan lebih kritikal daripada yang pernah berlaku sebelum ini, jadi hati-hati.
- Jauhkan anak daripada orang yang batuk, selesema, demam
- Jauhkan anak daripada orang merokok, asap rokok atau habuk
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bayi 10 Bulan ‘Pergi’ Akibat Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru, Ibu Alert 7 Petanda Ini!
Baca juga: Awalnya Keluar Tahi, Kemudian Berdarah- Ibu Cemas Mata Bayi 14 Hari Dijangkiti Kuman
Baca juga: Jangan Tunggu Lampin Anak Penuh Dulu Baru Nak Tukar, Ia PUNCA Ruam & Jangkitan Kuman!