Ibu Terlupa Kunci Telefon, Anak Diam-Diam Order 31 Biji Burger Keju Kegemarannya

Kunci telefon bimbit terbuka, ibu ini terima kejutan dari anak lelakinya berusia dua tahun yang dengan gembira pesan burger kegemaran

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gara-gara terlupa kunci telefon, seorang ibu alami detik mengejutkan apabila tiba-tiba penghantar makanan menghantar 31 biji burger McD ke rumahnya walapun dia tidak membuat sebarang pesanan.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Lupa kunci telefon ibu ini dapat 31 burger hasil pesanan anak berusia 2 tahun
  • Cara elak anak ‘terbeli’ barangan melalui telefon anda

Rupanya-rupanya ia adalah hasil kerja anak lelakinya yang berusia 2 tahun. Kanak-kanak itu telah memesan sebanyak 31 biji burger daripada syarikat makanan segera berhampiran rumah mereka. Pandai betul dia ya!

Lupa kunci telefon ibu ini dapat 31 burger hasil pesanan anak berusia 2 tahun

Ibu ini kemudian memuat naik ke laman instagramnya dengan kapsyen “saya ada 31 burger untuk diagihkan secara percuma. Rupanya-rupanya anak saya sudah pandai menggunakan aplikasi DoorDash (aplikasi pesanan makanan).”

Beliau turut menambah, kesemua burger itu berjumlah RM402.47 (AS$91.70) kerana anaknya telah membuat tetapi 25 peratus tip tambahan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Warga maya yang melihat perkongsian itu terhibur dengan gelagat anak kepada wanita berkenaan. Mereka juga turut berkongsi ada yang pernah mengalami perkara lebih kurang sama dengan ibu ini.

Malah ada daripada warga maya yang anaknya berusia satu tahun lima bulan pernah memesan tiga buah telefon bimbit melalui telefonnya!

Cara elak anak ‘terbeli’ barangan melalui telefon anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malang memang tidak berbau. Namun tidak salah untuk kita ikhtiar selagi ada cara untuk mengelakkannya. Jadi apa yang patut dibuat untuk elak anak ‘terbeli’ sesuatu secara tidak sengaja melalui telefon bimbit kita?

#1. Jangan lupa kunci telefon

Pastikan anda tidak lupa kunci telefon dan dengan syarat anak anda tidak tahu tetapan password telefon anda. Ada baiknya anda hanya gunakan thumb print atau muka sebelum buka telefon bimbit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Ajar anak

Pastikan anda ajar anak jika mereka terjumpa sesuatu pada telefon bimbit seperti pesanan makanan, pastikan rujuk anda terlebih dahulu. Mereka perlu diberitahu mengenai perkara ini supaya tidak sewenang-wenangnya menekan sebarang aplikasi pada telefon anda.

#3. Letak password setiap kali transaksi

Pastikan anda letakkan password untuk sebarang transaksi berkaitan wang dan sebagainya. Jadi ia akan jadi lebih selamat kerana hanya anda saja yang boleh tahu password nya. 

CNN

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bercadang Untuk Beli Telefon Bimbit Pertama Anak? Ibu Bapa WAJIB Baca Peraturan Ini Terlebih Dahulu!

Baca juga:  Suami ‘Berkepit’ Dengan Telefon Bimbit 24 Jam? Ini 5 Cara Isteri Pisahkan ‘Mereka’!

Baca juga:  Ingin Beri Telefon Bimbit Pada Anak Anda? Jawab 5 Soalan Penting Ini Dulu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar