Pada masa sekarang, kita sudah terbiasa lihat anak-anak semuda 2 tahun memiliki telefon bimbit mereka sendiri. Walaupun ibu bapa tahu anak-anak tidak seharusnya diberi telefon terlalu awal, kita tidak dapat nafikan bahawa ada kesenangan memberi telefon pada anak.
Sebagai contoh untuk anak-anak yang lebih berusia, menghubungi mereka apabila mereka di luar atau untuk mengesan lokasi mereka juga lebih memudahkan. Manakala untuk anak lebih kecil, mereka lebih tenang dan diam terutamanya apabila di luar atau di tempat makan.
Telefon Bimbit Anak – Perlu Atau Tidak?
Kredit: freepik.com
Ya, tidak dinafikan juga bahawa memberi telefon bimbit awal pada anak mempunyai kesan negatif terutamanya pada penglihatan serta perkembangan mereka. Jadi ibu bapa harus pertimbangkan beberapa perkara sebelum membenarkan anak anda memiliki gajet ini. Kajian telah menunjukkan bahawa:
- Kanak-kanak yang dibenarkan membawa telefon bimbit masuk ke bilik pasti akan bermain teks hingga ke larut malam.
- 45% remaja mengaku selalu bermain teks semasa memandu.
- 41% remaja mengaku mereka menghantar teks berunsur seks. Kajian menunjukkan tekanan untuk menghantar gambar “seksi” melalui telefon (sexting) boleh bermula seawal darjah 5.
- Purata umur bagi pendedahan gambar lucah pertama adalah sekitar 8 tahun.
- Separuh daripada kanak-kanak mengaku mereka ketagih dengan telefon bimbit mereka
- 36% daripada ibu bapa mengatakan mereka akan bertengkar dengan anak mengenai penggunaan telefon mereka.
Jangan lupa juga masalah pemangsa seks di Malaysia yang menggunakan kaedah sexual grooming, untuk berkawan dengan kanak-kanak sebelum melakukan jenayah seksual!
Ataupun kes lima remaja lelaki berusia 13 hingga 18 tahun yang telah ditangkap baru-baru ini, kerana dipercayai merogol bergilir-gilir seorang remaja perempuan berusia 15 tahun selepas berkenalan di Wechat.
Baca juga: Awasi telefon bimbit anak anda!
Pentingnya Komunikasi dan Pengawasan Ibu Bapa
Kredit: theconversation.com
1# Jangan berikan telefon bimbit terlalu awal
Sekiranya anak selalu dengan orang dewasa yang dipercayai, dia tak memerlukan telefon bimbit kerana ia hanya digunakan untuk kecemasan sahaja.
Anak yang terlalu muda untuk mempunyai telefon bimbit, mungkin belum berupaya untuk menampung tanggung jawab itu.
2# Tetapkan beberapa peraturan sebelum memberi telefon
Buat peraturan dan senarai tanggungjawab dalam bentuk perjanjian bertulis dan ia perlu ditandatangani.
Bawa berbincang dan awasi serta semak telefon bimbit mereka sekali-sekala tanpa amaran.
3# Kawalan ibu bapa sepenuhnya
Gunakan aplikasi yang mempunyai fungsi kawalan ibu bapa tersedia. Tahukah anda Iphone mempunyai fungsi kawalan ibu bapa yang boleh diaktifkan? Malah pastikan anda menyahaktif fungsi membeli di app store bagi mengelakkan anak anda membeli aplikasi tanpa pengetahuan.
Jika perlu, pastikan anda paut emel anda dengan setiap pembelian yang mungkin anak anda akan guna. Tidak salah untuk anda berhati-hati kerana ramai di luar sana akan menyalahgunakan nombor kad sekiranya mereka berjaya mendapatkannya.
4# Jauhi unsur-unsur lucah dari anak
Semua kanak-kanak akhirnya akan terdedah kepada unsur-unsur lucah. Didik anak supaya mereka tahu bahan-bahan lucah tidak baik dan tidak tepat, kerana ia menggambarkan seks dari sudut pandangan yang salah.
5# Kenali anak anda
Ibu bapa perlu perihatin dengan tingkah laku anak mereka. Anak yang bertanggungjawab, bertimbang rasa dan gembira secara keseluruhan lebih cenderung untuk bertanggungjawab dengan alat teknologi.
6# Belajar tentang aplikasi dan trend baru
Sesetengah ibu bapa mungkin sukar untuk memahami trend-trend terkini yang diminati oleh anak-anak namun anda harus mengambil tahu agar anda faham apa yang mereka lakukan. Sebelum ini, pernah terjadi trend remaja makan pod bahan cuci pakaian sehingga menyebabkan maut. Kini ada juga trend di sosial media yang mana anak-anak menari rentak mengiurkan.
Pantau semua trend ini, dan pastikan anda tahu apa yang sedang berlaku. Anda juga digalakkan untuk belajar tentang aplikasi-aplikasi baru terutamanya permainan dalam talian kerana ada sesetengahnya nampak biasa di mata kasar, namun hadir juga beberapa scene dalam permainan yang memerlukan pantauan.
10 Peraturan Penting Yang Perlu Ditetapkan Ibu Bapa
Kredit: pandasecurity.com
- Jangan hantar teks atau gambar, yang anda tak mahu tersebar pada rakan sekolah, guru besar dan ibu bapa.
- Bertimbang rasa dan sentiasa meminta kebenaran sebelum menghantar teks, gambar atau video orang lain. Apa perasaan anda jika orang lain menyebarkan gambar anda tanpa kebenaran?
- Jika seseorang meminta anda menghantar foto seksi, jangan lupa gambar itu boleh disalin dan dihantar kepada orang lain. Jangan hantar gambar-gambar seksi. Jika ada orang minta gambar seksi dari anda, padam mesej itu terus, sekat nombor itu, dan laporkan pada ibu bapa!
- Jangan pamerkan nombor telefon anda di media sosial untuk mengelak spam dan stalker.
- Jangan hebahkan lokasi.
- Jangan menerima panggilan dari numbor yang tidak dikenali.
- Jika anda menerima SMS dari nombor yang tidak dikenali, jangan ketik pautan yang sembarangan kerana ia mungkin adalah spam. Beritahu ibu bapa supaya mereka boleh tolong block dan padamkan.
- Jangan muat turun aplikasi baru tanpa kebenaran ibu bapa dan jangan selalu bazirkan wang saku untuk top-up.
- Cas telefon bimbit di ruang tamu sahaja. Jangan bawa telefon bimbit masuk ke bilik sebelum tidur.
- Telefon bimbit tidak dibenarkan semasa dalam kelas dan di meja makan.
Sumber: Aha Parenting
Baca juga: Penggunaan Telefon Pintar Mengganggu ‘Visual Berfungsi’ Kanak-Kanak
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!